Isnin, 17 April 2023

HAKIKAT KEDUDUKAN MULIA SAHABAT R.HUM


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

Telah menerangkan kepada kami oleh Sayidina Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Alhadi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala pada perkara Hakikat Sahabat r.hum. 

Sebab apa kita membesarkan sahabat Nabi ﷺ secara Zauqi, bukan ikut Syariat sahaja? Sebab jika kita ada Suluk yang benar, maka tidak ada sesuatu dalam hati kita dengan Sahabat Nabi ﷺ. Bahkan kita rasa berat nak campur dengan urusan-urusan Sahabat atau nak cari belakang Sahabat ini ada salah atau tidak ada salah (mencari-cari kesalahan Sahabat). Tidak boleh!! Bukan sahaja tahan diri tapi tidak boleh langsung. Macam apabila kita ada lintasan sahaja (tentang salah Sahabat), (cepat-cepat kita mohon ampun) Astaghfirulah.. Astaghfirullah.. 

Sebab apa kita membesarkan Sahabat Nabi ﷺ? Sebab Sahabat Nabi ﷺ tidak ada hadrah. Mereka tidak ada hadrah. (Jika ikut tingkatan) Ini Hadrah Kenabian dan ini Hadrah Kewalian. Jadi (Hadrah) Sahabat dimana? Sahabat berada dikeliling Baginda ﷺ. Disekeliling Hadrah Nabi ﷺ. Mereka lahir dalam Hadrah Nabi ﷺ. Mereka tenggelam dalam Hadrah Nabi ﷺ. Jadi tidak boleh menimbangi mereka dengan orang lain. 

Sebab itulah bagi seseorang Wali itu, walau sampai mana pun kebesaran dia, (tetap dia) tidak boleh sampai kadar kedudukan satu seorang Sahabat. Tidak boleh!! Ibaratnya Sahabat itu seperti bintang-bintang. Macam Nabi ﷺ itu adalah Matahari dan Sahabat itu macam bintang-bintang yang meliputi disekitarnya. Sebab itu jika kita nak klasifikasikan siapa Sahabat ini? Wali ke atau siapa? Tak boleh!! Mereka bukan Wali, tetapi (mereka adalah) tiang-tiang Nabi ﷺ. Tiang-tiang Hadrah Nabi ﷺ. Tidak boleh Nabi itu zahir melainkan cukup bilangan Sahabat-Sahabatnya. 

Setiap Sahabat itu adalah satu juzuk daripada Hakikat Baginda ﷺ. Setiap Sahabat itu adalah Khalifah, pewaris kepada satu Nabi. Macam Ambiya (ada)124 ribu, samalah dengan bilangan Sahabat (ada 124 ribu). Setiap orang Sahabat adalah pengganti bagi setiap orang Nabi, dan mereka mengangkat Hadrah Nabi. Sebab itulah apabila Nur Nabi ﷺ keluar kepada Noh, dari Noh untuk sampai ke Awliya yang bangsa Noh dalam ummat ini, ianya kena melalui Sahabat yang waris kepada Noh. 

Yakni Baginda ﷺ adalah satu bulatan yang besar, (dan contohnya) ini ada satu saluran (nisbahnya) dengan Noh, selepas (nisbah saluran) Noh itu ada satu pintu kedua yang bernama Sahabat yang waris kepada Noh. Daripada Sahabat Nabi ﷺ yang merupakan Murobbai'e Noh (itu), selepas itu dari Nabi ke Sahabat, selepas (itu) Sahabat akan hantar kepada Wali yang waris kepada Noh. Selepas itu daripada Wali yang Waris kepada Noh maka akan keluar limpahan bangsa Noh pada ummat Nabi ﷺ. 

Ini satu masalah besar, sebab itu tidak boleh pisahkan diantara Nabi ﷺ dengan Sahabat atau menimbangi Sahabat. Astaghfirullah.. 

Kalau satu orang Sahabat tak ada, hakikatnya Nabi ﷺ iaitu Muhammad Bin Abdullah tidak boleh zahir, iaitu tidak cukup, tak cukup syarat-syarat. 

Ini cara zauq bukan cara syariat. Kalau ikut cara kita, bila disebut Sahabat kita kena diam. (Sebab itu) sabda Nabi ﷺ tahan lidah kamu daripada berbicara tentang Sahabat. Kalau disebut tentang Sahabat itu, tahan lidah kamu daripada berbicara tentang mereka. Sehingga nak mempertahankan mereka pun tak payah. Kalau disebut nama Sahabat dan cerita pasal Sahabat diam sahaja tak perlu lawan. Kalau mereka nak mulakan cerita pasal Sahabat tinggalkan mereka. Jangan campur. 

Jadi, lihat kebesaran Sahabat Baginda ﷺ dalam bulatan Baginda ﷺ , bukannya diluar bulatan Baginda ﷺ. Kalau Wali-Wali itu sampai mana kebesaran mereka? Hanyalah diluar bulatan kenabian, sebab mrreka itu jenis Wali bukan jenis Nabi. Tapi Sahabat bukan Wali dan bukan Nabi, mereka berada ditengah-tengah. Keliling kawan sebab itulah namanya Sahabat Nabi ﷺ. 

Tidak ada orang yang boleh masuk dalam kalangan itu, walaupun Sheikh Tijani yang setiap masa matanya sentiasa melihat Nabi ﷺ dalam keadaan jaga, namun masih tidak boleh dikira sebagai Sahabat kerana Sahabat adalah orang yang berjumpa dengan Nabi ﷺ masa hidup secara jasmani sebelum wafatnya Baginda ﷺ. Maka itu baru dikira sebagai Sahabat. 

Selain daripada itu hanya boleh dipanggil sebagai Sahabat Barzakhi. Sahabat di alam Barzakh. Persahabatan Barzakhi. Suhbah Barzakhiah. Itulah yang selalu dilihat oleh Awliyalillah. 

# Sebahagian daripada perkataan dan ayat diubah suai daripada perkataan asal supaya gaya bahasanya mudah untuk difahami apabila membacanya.

via sidi Ibn Salleh Al-Louie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan