"..Jika kamu menginginkan keredhaan Allahﷻ yang sempurna(kamil) di dunia dan akhirat, maka mekarkanlah kecintaan kepada Nabiﷺ hingga kamu merasainya(secara zauqi)..
..kerana sesungguhnya barangsiapa yang sampai kepadanya(zauqi tersebut) nescaya akan tercapailah baginya keredhaan Allahﷻ yg sempurna di dunia ini & di akhirat..
...Tiada cara lain untuk mencapai cinta Bagindaﷺ sebagaimana menekuni berselawat kpd Bagindaﷺ beserta kehadiran hati(merasai kebersamaan bersama Bagindaﷺ), kerana mengagungkan & membesarkan Allahﷻ dan RasulNya..
...Kerana ketekunan berselawat(dlm keadaan demikian menumbuhkan kecintaan kpd Bagindaﷺ, dan terus tumbuh dan berkembang selagi mana berkekalan berselawat keatasnyaﷺ hingga tidak ada ruang lagi didlm hati untuk yg lain..
...sesungguhnya sesiapa yang mencapai keadaan ini nescaya jiwanya akan berhubung dgn Ruh Nabiﷺ dalam keadaan ghaib, dan Ruh Nabiﷺ akan menariknya kepada Allahﷻ dan mengembara bersamanyaiﷺ di dalam kolam makrifatullah dan haqiqat..
..sehingga menjadi ia dari kalangan arifiin(arif billah)secara ainnul yaqin & bukan sekadar i'tiqad shj..
Dia berada di kemuncak keredhaan Allahﷻ bagi sesiapa yang mencapai makrifah, kerana dalam cinta terhadap Bagindaﷺ itu merupakan keredhaan Allahﷻ.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan