Sabtu, 29 April 2023

IRADAT MURID YG BENAR ADALAH DIBAWAH IRADAT SHEIKHNYAl


*Sheikh Muhammad Hafiz Al'alawiy AsShinqitiy*

Sheikh Muhammad Al-Hafiz Al-Alawiy As-Shinqithiy(dilahirkan pd tahun 1759 & wafat pd 1830) 
..berasal dari Mauritania, Afrika Utara Barat..
..Beliau seorang ulama besar yang kemudian berangkat ke Fez Maroko untuk menimba ilmu secara langsung drp Sayyidi Sheikh Ahmad Attijani ra..
..Beliau menetap di Fez, Maroko selama lebih kurang 4 tahun bermula dari tahun 1800 hingga 1804/1805...
..Beliaulah orang yang pertama kali membawa dan menyebarkan Thoriqah Tijani ke wilayah sub-Sahara Afrika Barat khususnya Mauritania..

..Beliau merupakan seorang yg soleh dan waliyullah yang telah Allah limpahkan nur cahaya dan karamah kewalian..
..seorang yang sangat alim dan ma'rifatullah..
..menjadi rujukan para ulama' dan masyarakat pada zamannya..

..Beliau merupakan salah seorang Sahabat Khas Sayyidi Sheikh Ahmad Attijani ra yang di beri pesanan oleh Sheikh Tijani ra tatkala hendak pulang ke tanahairnya agar..

 *“jangan sampai menampakkan diri kepada masyarakat (akan kemuqoddamanmu) sehinggalah Allah sendiri yang akan menampakkan (perihal ke muqoddamanmu”)*

..Dirumah beliau mengajar kitab dan mendirikan majlis ta'lim sebagaimana selayaknya seorang mu'allim..
..Aktiviti harian beliau tekun dan sentiasa istiqamah mendidik murid²nya dan masyarakat dalam mendalami ilmu dan akhlaq Rasulullah 

..Suatu hari didatangi seorang ulama yang di segani dan sudah dikenali oleh masyarakat tentang kealimannya, serta ulama' tersebut sudah berulang kali bertemu dengan Al-Khidir alaihissalam..

..Maka terjadilah dialog singkat antara dua ulama' di depan murid² Sheikh Muhammad Hafiz Al'alawiy

Ulama..
"..wahai Sheikh Muhammad Al'Alawiy tahukah engkau untuk apa aku datang ke sini..?"

Syaikh Muhammad Hafidz..
"..Aku tidak tahu.."

Ulama 
"..Aku datang untuk meminta izin agar engkau memberikan amanah yang telah kau dapatkan.."

Sheikh Muhammad..
"..Wahai junjunganku, apakah gerangan yang kudapatkan tidak lain hanyalah berupa kitab² para ulama'..kalau engkau mahukannya daku akan berikan kpdmu.."

Ulama  
"..Tidak wahai Sheikh, aku tidak mahukan itu semua, namun yang daku inginkan agar engkau memberikan kpdku wirid Sheikh Ahmad Attijani ra.."

*(Ulama ini mengetahui perihal ke muqaddam Syekh Muhammad Hafiz Al'awi AsSinqithiy padahal Sheikh Muhammad Hafiz tidak pernah memberitahu siapa pun tentang perkara tersebut)*

Maka Sheikh Muhammad Hafiz terus memberi izin wirid dan membai'ah ulama' tersebut, hingga orang² yang hadir ketika itu mereka terus berdiri dan mereka menginginkan agar juga di bai'ah thariqah..

Kemudian mereka semua pulang ke rumah masing² dan menceritakan kepada keluarganya tentang hal ehwal Sheikh Muhammad Hafiz Al 'Alawiy bahawa beliau seorg muqaddam hinggalah malam itu juga tersebarlah berita kepada semua masyarakat tentang Sheikh Muhammad Hafiz..

..Dan keesokan harinya berduyun²lah masyarakat mendatangi kediamann Sheikh Muhammad Hafiz untuk minta dibai'ahkan thariqah..
 
..Dan tidak lama setelah itu tersebarlah Thariqah Tijani keseluruh pelosok dan masyarakat di sana melalui Sheikh Muhammad Hafiz Al 'alawiy AsSyinqithiy

غاية الامانى

Tiada ulasan:

Catat Ulasan