Rabu, 18 September 2024

FITNAH JALAN KESUFIAN AKHIR ZAMAN

#Tausiyah Sayyidi di Zawiyah Tijaniyah Fes Al Kubra

Berhati hati dengan fitnah sufi zaman ini

Dengan fitnah itu akan jadi musuh Allah bukan murid jalan Allah

Bila dapat perkara itu, kita mesti ghaddul basar( merendah pandangan) itu ujian Allah, nak Allah atau nak lain dariNya

 Akhir zaman.. 
Dengan fitnah itu akan jadi musuh Allah bukan murid jalan Allah. 

Kalu jumpa org yg banyak ckp tentang kasyaf, karamat, buang dan tinggalkan jalan itu ..TAK BETUL.. 

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. dan para sahabat, mensahihkan kehambaan, dan hamba tiada milik, tiada apa-apa, dia hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya, keakuan, tiada langsung, tidak gembira dengan amalannya, tidak rasa bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak tuhan, bukan hak dia, itu kehambaan,

Tapi sekarang jalan Allah dah bercampur antara haq dan batil..ramai orang cari ketuanan, siyadah( keketuaan) BUKAN UBIDIYAH , 

itu masalah, jadi guna jalan Allah nak jadi guru, guna jalan Allah untuk dapat perkara luar biasa, nak guna jalan Allah untuk dapat martabat mulia, itu bukan kehambaan, itu selain kehambaan, itu ketuanan, fitnah, Nauzubillahi min zalik,

#Jadi kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita, Alhamdulillah, kita malu dari pemberian itu sebab kita tahu tak layak, itu rasa kehambaan, jadi hamba yang betul malu dari amalan dia macam orang yang maksiat malu dengan maksiat dia, itu jalan Allah, berhati lah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke jahannam,

#Jadi jalan Allah sangat bersih, bila campur sikit, bila ada selain Allah akan jadi jalan gelap,memang boleh dapat pembukaan, tapi janganlah kira jalan Allah dengan pembukaan sebab orang sufi hindu, sufi siam, buddha boleh dapat pembukaan tapi pembukaan zulmani( GELAP) mereka boleh tasarruf atas alam, boleh terbang, boleh karamat, boleh jadi bomoh dan macam2, tapi semua di dalam pembukaan gelap, jadi maksud perkara kharqul adat( خرق العادة) karamat, luar biasa bukan itu timbangan kewalian, sebab orang kafir pun boleh dapat, 

#jadi bukan maksud kita dapat sesuatu yang luar biasa maksudnya jalan itu betul, itu kira tak betul, timbangan tak betul, jadi janganlah kira jalan Allah dengan timbangan itu, sebab kadang2 ada istidraj syaitan main atas orang nak masukkan lagi dalam jalan yang tak betul, jadi bagi karamat, kasyaf, luar biasa itu istidraj, maklum istidraj itu tarikan kepada kesesatan, berhati2 memang jalan sufi itu jalan kepada Allah dan juga jalan kepada syaitan, sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi hikmah dari Allah, bukan wahabi nak buat tu, bukan jabatan agama nak buat macam tu, itu semua adalah hikmah dari Allah. 

sebab jalan ini sangat mulia, tapi sangat bahaya, hikmah Allah, jadi sekarang ahbab, anak2, adik2 kita semha nak ikut jalan Allah yang suci yang mulia yang betul, nak angkat jalan itu, nak zahirkan jalan itu, sebab itu cari dan buat himmah tinggi, buat niat baik, in sya Allah akan jadi pintu kebaikan buat umat melayu, 

#sebab umat melayu sekarang sangat jauh dari fahaman melayu yang betul sebab kesan macam2, dah kacau fahaman melayu yang asli, kalau umat melayu atas fahaman melayu yang asli nescaya umat melayu akan kembali kuat, pegang fahaman melayu yang asli, jadi kita cuba nak naik, nak renew fahaman itu, bukan nak ambil perkara baru, bukan nak ambil fahaman luar negara dari luar bukan, 

#kita nak menghidupkan fahaman melayu yang sangat mulia, fahaman dulu, dengan fahaman itu lahir ketua2 umat melayu seperti Syeikh Daud Al Fatani, Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Syeikh Arsyad Al Banjari, spt Tok Ku Pulau Manis, ketua ummah, lahir dari fahaman itu, tapi sekarang kenapa tidak lahir seperti mereka? Sebab ketua yang ada sekarang semua sesat, ketua pas semua fahaman wahabi, fahaman macam2, fahaman ikhwan, jadi ketua umat Islam hari ini semua fahaman sesat, lihatlah kita sekarang sangat kontra, sangat jauh dari sejarah melayu yang betul, ketua umat melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan