Rabu, 4 September 2024

Hal Roh

Belajar hal roh..
Rugi tak ambik tau..
Roh sudah hidup ribu² tahun..
Kenali 2 roh dalam jasad.. 1 roh current/letrik/power
Dan satu lagi roh operating system (roh insani).. gabungan 3 unsur ini disebut insan. 

Sebelum ditiupkan kedalam jasad, allah ambik perjanjian jasad dgn roh insani disebut syahadat.. iaitu perjanjian menzohirkan martabat insan kealam nyata dengan dijab kabulkan kpd jasad@tanah. (surah al araf 172)

Mengakulah roh jasad dan roh insan  akan perjanjian ini.. bahawa akan tetap mengesakan Allah.. takkan salah guna jasad kerana jasad ada kepentingan dunia..Jangan sampai meninggalkan janji, bahawa dia kena tetap pegang kpd Allah..bukan bantuan² malhluk jasad yg lain.. 

Kalau jasad itu tetap kepada amanahnya kpd allah, roh insan akan akrab. Kalau jasad tinggalkan amanah (system failure), tinggallah jasad dgn roh sifat haiwani.. roh degup jantung, roh kehidupan menggerakkan kesana kemari.. (fan, power supply hidup..tapi hidup tak bermakna)

Roh jasad berketurunan jasad dari adam.. (pindah melalui mani) 
Roh insan berketurunan nur dibawa oleh malaikat..
Allah utuskan malaikat untuk install system pada umur 4 bulan stgh setelah semua componen² jasad siap dipasang seperti cpu, ram, harddsik, power supply, gpu, cable, cooller dll. (Lengkap ciptaan janin)

Roh jasad @ current/ letrik  dihidupkan bila mani dan telur bersatu..cucuk plug, hidup lah dia..hidupnya bergantung kepada basic bios chip yg diinstall ..(blom ada Os. Kalau mati dia sblm 4 bulan stgh, bungkus tanam ja.. takperlu solat, mandi dan kapan...manakala roh insan itu dibawa oleh malaikat pada umur 4 bulan stgh..itulah operating systemnya. Yg ni kalau dah install, akan di soal, di cek apsal jem (troubleshoot).

Roh insan ini punyai firmware version update.. boleh diupgrade kpd latest version.  Lagi bagus hardwarenya(jasad) yg dikawal antivirus yg baik, lagi latest version akan diupdate.. (islam, iman, mukmin)..

Qalbu itu antivirus.. menjaga supaya system sentiasa clear dari malware, virus, trojan, spyware.. sbb tu antivirus jgn shut down.. takperlu set off 10 minute.. sebab beli apps crack dari shopee.. nanti dah off dah buka satu hole untuk membenarkan trojan² bertanduk @ syaitan  masuk kedalam system. (Fa ansahum zikrillah ula ika hizbusyaitan - kamu lalai sebut nama allah (diqalbu), kamu golongan syaitan almujaadilah 19)

Maka perintah allah tu..sungguh² kamu renungkan qalbu itu... supaya kamu tak jadi orang² yg lalai.. (online dgn antivirus off)..mmg cari nahas.. nanti pc heng, blue sceen ok lagi, kalau black sreen tido selamanya.. 

2 jenis roh tu beza.. satu hidupkan jasad.. dan satu lagi hidupkan amanah sebagaimana yg telah diprogramkan.

Tanda hidupnya amanah iaitu roh insani itu degupan..allah..allah..allah.. pada qalbu . 
Tanda hidupnya roh jasad degupan dup.dap..dup..dap..pada qalbi.

Tanda mati kiok, kedua² roh tiada pada jasad.. 
Tanda mati, tapi jgn dikata mati (asyahid/org yg tetap pada amanah janjinya) roh jasad tiada.. tapi jasad tak rosak² kerana roh insaninya hidup dan akrab kpd jasad.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Perumpamaan orang yang mengingati Tuhannya dan orang yang tidak mengingati Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."(Riwayat Bukhari, Muslim, dan lain-lain)

Kerna itu diletakkan syahadat itu nafi dan isbat. Nafi keseluruhan dari qalbu, isbatkan allah allah allah sentiasa. (Hidup insan)

Dan fardhu kpd rukun islam pertama itu 2 perkara. 1. Lafaz (janji 2 kalaimah syahadat) dan 2. tasdiq. Iaitu menetapkan qalbu allah allah allah ( hidup insan.)

Benarlah ayat pertama turun kpd rasul.. "sebutlah nama penciptamu yg menjadikan (Sebutlah allah)... kholakal insan namin alaq. Iaitu jadinya insan bila jantung itu sentiasa sebutan allah allah allah. (Surah al alaq). Hidup insan itu dikala qalbunya sebut allah..allah allah...

Fb Ahmad Albab 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan