1⃣ Hendaklah orang yang men-talqin-kan akan zikir-zikir dan wirid-wirid tariqah itu telah mendapat izin yang sah pada men-talqin-kan akan seseorang.
2⃣ Hendaklah orang yang menerima Talqin (Bai'ah) itu, kosong daripada sebarang wirid lazim yang datang daripada Syaikh-Syaikh Tariqah yang ada pada dirinya atau sudah tercabut (ditinggalkannya) daripadanya, dan jikalau masih ada padanya sebelum di-bai'ah akannya, maka tidaklah dia kembali kepadanya (amalan itu).
3⃣ Tidak menziarahi Wali-Wali Allah samaada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
(Hanya diizinkan menziarahi Maqam Baginda Rasulullah, Para Sahabat, Syaikh Ahmad At-Tijani dan Wali-Wali jalur Tijani sahaja.
Ini bertujuan bagi menyatukan hati Murid (Salik) itu dengan Guru-nya) dan supaya Murid itu tidak berkongsi Mahabbah (Kecintaan), Pengagungan serta Istimdad (meminta limpahan kerohanian) akan Guru-nya dengan Guru yang lain).
(Lihat penjelasan ini lebih terperinci di dalam Kitab Terjemahan Irsyad Al-Asfiya' seperti gambar dan info yang telah kami kongsikan di atas tadi pada halaman 230-236).
4⃣ Berterusan memelihara Solat lima waktu dengan berjemaah dan memelihara akan urusan-urusan syariat.
5⃣ Berterusan Mahabbah akan Syaikh Tijani رضي الله عنه dengan tiada memutuskannya sehinggalah dia meninggal dunia.
6⃣ Tidak merasa aman daripada sebarang tindakan Allah.
7⃣ Tidak terbit keluar daripada diri seorang Murid itu cercaan, kebencian dan permusuhan terhadap Syaikh Tijani رضي الله عنه .
8⃣ Berterusan mengamalkan Wirid sehingga bertemu ajal.
9⃣ I'tiqad (Pegangang) yang sempurna terhadap Tariqah dan Syaikh Tijani رضي الله عنه .
🔟 Bebas daripada menjadi penentang kepada Tariqah dan Syaikh Tijani رضي الله عنه .
Telah berkata Syaikh Tijani:
Sesiapa yang mengambil Wirid kami, dia termasuk daripada kalangan orang yang terselamat. Maka dia akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab dan tanpa disiksa bersama kedua ibu bapanya, isteri-isterinya dan zuriat keturunannya (tidak termasuk cucunya).
1⃣1⃣ Hendaklah seseorang Murid itu menerima Wirid yang sah daripada seseorang yang telah mendapat izin yang sah pada menalqinkan akannya, samaada daripada seorang ketua/ikutan atau daripada orang yang telah mendapat izin yang sah.
1⃣2⃣ Berhimpun ketika Wazifah dan Zikir Hailalah pada setiap Asar Jumaat.
1⃣3⃣ Tidaklah dia membaca Selawat Jauharah Al-Kamal melainkan di dalam keadaan suci (setelah ber-wudhu'), dan bukan dengan tanah (Tayammum), kerana Baginda Rasulullah dan Khalifah yang empat hadir ketika dibacakan akan Selawat Jauharah Al-Kamal ini.
1⃣4⃣ Tidak memutuskan hubungan sillaturrahim sesama manusia yang lain, dan lebih-lebih lagi sesama Ikhwan Tijani.
1⃣5⃣ Tidak meremehkan tanggungjawab terhadap Wirid.
1⃣6⃣ Tidaklah seseorang itu menonjolkan diri (jadi ketua) dengan memberi Wirid tanpa izin yang sah.
1⃣7⃣ Menghormati setiap orang yang dinisbahkan kepada Syaikh Tijani رضي الله عنه , dan lebih-lebih lagi kepada orang-orang teristimewa daripada Ahli Tariqah ini.
1⃣8⃣ Suci badan dan pakaian sekadar kemampuan (ketika zikir).
1⃣9⃣ Suci tempat zikir.
2⃣0⃣ Duduk menghadap kiblat melainkan kerana uzur seperti dalam musafir dan umpamanya.
2⃣1⃣ Tidak bercakap ketika berzikir.
2⃣2⃣ Dapat menghadirkan rupa ketua/ikutan di hadapannya sekadar kemampuan pada permulaan zikir hinggalah tamat zikir dan juga memohon Istimdad kepada ketua tadi.
2⃣3⃣ Menumpu serta memahami kalimah-kalimah zikir.
- Dipetik daripada Terjemahan Kitab Irsyad Al-Asfiya'. (Seluruh perincian daripada syarat-syarat ini ada di dalam kitab tersebut).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan