..Keseluruhan alam ini dijadikan agar tersingkap kesempurnaan, keagungan dan kemuliaan Allah ﷻ..
..dan rahmat & nikmat yg terbesar dan teragung dari segala rahmat & nikmat² itu ialah MA'RIFATULLAH..
..kerana seluruh nikmat dunia dan akhirat sebenarnya hanyalah umpama bayang² kecil berbanding nikmat mengenaliNya (ma'rifatullah)..
..Namun, tiada sebarang jalan untuk sampai kepada sebenar² mengenali Allah melainkan melalui kekasihNya, Sayyiduna Muhammad ﷺ..
..Baginda adalah cahaya pertama, asal segala kewujudan, dan pintu tunggal bagi setiap yg ingin mencapai kepada Hadrah Ketuhanan..
..Maka segala tasbih, zikir, ibadah dan maʿrifat sekalian makhluk andai dipandang dari sudut rahsia kewujudan, maka hanyalah sekadar pantulan dari nur dan ibadah Baginda ﷺ (yg hakiki)..
..Setiap zarrah alam ini sentiasa sujud (merendah diri & patuh) serta bertasbih kepada Allah, termasuk langit, bumi, gunung, lautan, bahkan setiap juzu'² anggota tubuh manusia sendiri..
..setiap kebaikkan yg terbit dari setiap juzu’² alam sebenarnya sinaran dari Nur Hakikat Bagindaﷺ..
..Hanya jin dan manusia yg tertutup daripada hakikat ini disebabkan terhijabnya daripada cengkaman nafsu dan rasa keAKUan diri sendiri..
..sehingga terlupa kepada hakikat ruh, yakni fitrah ruh mereka yg sebenar yg sentiasa bertawajjuh kepada Allah..
..Kadang kala dengan rahmat Allah, hijab diangkat, maka jadilah mereka menjadi ringan beribadah, merasai kelazatan zikir..
..serta mengecapi nikmat maʿrifat yg asalnya sekadar i'tiqadi bertukar menjadi rasa penyaksian (syuhudi)..
..maka setiap kali hilangnya hijab² nafsu, maka semakin hamba itu berjalan kepada Hadrah Tuannya Jalla WaA'la..
..Tetapi kemuncak segala perjalanan (kepada Allah) yg hakikinya adalah sampai kepada Hadrah Nubuwwah iaitu sampai menyaksikan hakikat bagi kewujudan iaitu Hakikat Muhammadiah..
..Kerana tiada seorang pun yg mampu melepasi Baginda dalam semua keadaan & dalam semua perkara..
..kerana Baginda adalah lautan tanpa tepi (yg tiada siapa yg mampu berenang melepasi lautan Baginda ﷺ..
..Baginda hakikatnya merupakan cermin yg memantulkan segala tajalli² Allah..
انما الله المعطى وانا القاسم
..Mereka yg fana’ fillah hakikatnya fana’ dalam nur Baginda ﷺ..
..hanya terkadang mereka tidak menyedari hakikat ini..
..Para aqtab, apabila sampai ke puncak mak'rifatullah, maka mereka menyaksikan (syuhud) bahawa seluruh tajalli adalah wajah Muhammad ﷺ..
..dan mereka berenang di dalam lautan Hakikat Bagindaﷺ, serta hidup dengan gelombangnya, minum dari limpahan rahmatnyaﷺ..
..Dan siapa yg menyedari rahsia ini, maka pasti sejak dari awal suluk (perjalanannya kepada Allah), maka dia tidak akan lagi berpaling kepada jalan² lain..
..Dia pasti menyibukkan lidah dan batinnya dengan selawat kepada Bagindaﷺ..
..khususnya melalui Selawat Fatih, yg merupakan nur sempurna dari Hakikat Muhammad ﷺ..
..Dengan bahtera inilah hati berlayar di lautan Baginda sejak mula, sehingga kepada limpahan serta minuman Hakikat Bagindaﷺ yg tiada penghujung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan