بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Bermula kata Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala:
“Barangsiapa yang tiada mengenal akan Baginda Sayyidul Wujud ﷺ di dunia ini, nescaya tiada pula ia mengenal akan Baginda ﷺ di akhirat.”
Maka fahamilah bahawasanya pengenalan itu bukanlah dengan mata kepala, tetapi dengan hati yang disuluh oleh nur selawat.
Adapun jalan selawat itu ialah pembuka segala pintu pengenalan. Kerana dengan selawat, terbukalah hijab antara hati hamba dengan tajalli nur Muhammad ﷺ. Dan tatkala terbuka hijab itu, dikenallah ia akan asal segala rahmat, ibu bagi segala nikmat, sumber limpahan kurnia Allah Ta'ala kepada sekalian makhluk.
Maka barangsiapa yang menghidupkan malamnya dengan selawat, mengisi siangnya dengan selawat, menambat lidahnya dengan selawat, nescaya terhubunglah ia dengan maqam pengenalan. Dan pengenalan itu bukan sekadar mengenal nama dan sirah, tetapi mengenal dengan hati yang hidup, hati yang diharumi mahabbah, sehingga syuhudnya pada Baginda ﷺ menjadi pintu syukur kepada Allah.
Maka demikianlah jalan ini, bahawasanya selawat itu rahsia syukur, selawat itu kunci mahabbah, selawat itu perahu yang membawa salik ke hadhrah Sayyidul Wujud ﷺ. Barangsiapa tiada menempuh jalan ini, takutilah akan ia terkandas di mahsyar kelak, tiada mengenal kepada yang memberi syafaat.
وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ
Segalanya adalah madad dari guru kami yang mulia Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala. Semoga Allah sentiasa memelihara beliau dalam limpahan kebaikan dan menempatkan beliau disisi kekasih - kekasihNya yang mulia dan terpuji Al Qutbl Maktum Syeikh Ahmad At Tijani r.hu dan Sayidina Muhammad ﷺ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan