Rabu, 29 November 2023

AWLIYA ALLAH ITU MENCUKUPKAN BEKALAN PERJALANAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sekiranya seseorang itu suka untuk mendatangi Sayidina Rasulullah ﷺ dan Allahﷻ, maka datangilah Awliya Allah, kerana Awliya Allah itu adalah merupakan satu kurnia dari Allahﷻ untuk ummat manusia, dan mereka itu adalah pintu utama untuk seseorang itu memulakan perjalanan memasuki Hadrah Sayidina Muhammad ﷺ. 

Hadrah Awliya Allah itu mewarisi Hadrah Sayidina Rasulullah ﷺ, Hadrah yang mengalir didalamnya segala limpahan-limpahan kenabian dan segala Madad serta Nafahat yang mencukupkan segala bekalan keperluan seseorang itu didalam perjalanannya. 
#selawatfatih

Isnin, 27 November 2023

SETIAP AMALAN KEBAIKAN ADALAH KURNIAAN DARI ALLAH SWT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Suatu nasihat yang halus, kemas, dan rapi dari Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa; 

"Dan janganlah kamu melihat amalan (yang kamu lakukan) itu untuk kamu, (atau) datangnya daripada kamu. (Sesungguhnya) Allah Ta'ala lah yang telah memberi Taufiq kepada kamu".

Keterangan beliau bahawa;

● Janganlah merasa dan memandang diri layak untuk berbuat sesuatu amalan, atau pun,

● Merasa atau memandang diri layak untuk menerima sesuatu amalan dari Allah, atau pun,

● Memandang atau merasa sesuatu amalan itu telah dikhususkan untuk diri kerana kerana merasa layaknya diri untuk berbuat amalan tersebut. 

Menurut beliau Hafizahullahu Ta'ala, amalan hanyalah penzahiran kurniaan Allah Ta'ala.

Cpf

Ahad, 26 November 2023

RISALAH KAIFIYAT BACAAN SELAWAT AL FATIH

●أَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
●اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ◯
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 
Puji-pujian keatas Allah ﷻ yang telah mengurniakan kita dengan sebaik-baik nikmat-Nya yang Agong Saiyidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan dan contoh penerimaan oleh Allah ﷻ di dalam Hadrah-Nya.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Yang Mulia Saiyidina Muhammad ﷺ yang menjadi benih alam, Pembuka atas apa-apa yang tertutup, dan menjadi Penutup atas apa-apa yang terbuka.
Risalah ini di susun atas permintaan Muqaddam Kuala Lumpur, Ustaz Ubaidah sebagai panduan untuk mereka yang berminat beramal dengan Selawat Al Fatih. Risalah panduan ini disusun berpandukan;
I. KITAB MUKHTASAR AURAD AS-SAADAH AT-TIJANIYYAH yang ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
II. Syarahan Selawat Al Fatih dari KITAB AN-NURUL LA-IH FI SYARHI SOLATIL FAATIH yang disyarahkan dan ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
Adapun pada Kaifiyat untuk amalan ini, hamba membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu 
●Kaifiyat Di sisi Zahir akan diri seseorang,
●Kaifiyat Disisi Batin akan diri seseorang, dan
●Kaifiyat Membaca Selawat Al Fatih.
★Dan Kaifiyat ini adalah merujuk kepada Kaifiyat sempurna amalan bacaan Selawat Al Fatih 100x pada nisbah amalan Wirid Lazim dan juga bacaan Zikir Wazifah, kerana pada nisbah amalan Wirid Lazim dan bacaan Zikir Wazifah itu, menyamai akannya solat rohani akan seseorang itu.
KAIFIYAT DI SISI ZAHIR
i. WAKTU 
– Diperbolehkan membacanya pada bila-bila waktu, namun didahulukan waktu yang afdhal membaca akan Selawat Al Fatih itu di malam hari, sehingga digandakan fadhilatnya 500 kali. 
Diqiaskan waktunya yang afdhal itu sekira-kira membaca 5 hizb Al Quran secara tartil selepas daripada masuknya waktu Isyak atau kira-kira 1 jam selepas masuknya waktu Isyak.
ii. NIAT 
– Meniatkan semata - mata untuk makrifah akan Junjungan Besar Yang Mulia Sayidina Muhammad ﷺ .
iii. SUCI DIRI 
– Memastikan diri dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar, serta hendaklah memastikan diri dalam keadaan berwudhuk. Suci pakaian yang dipakai, membersihkan mulut (bersugi) daripada bau makanan (bawang, ulam petai, dan seumpamanya). Dan terlebih afdhal berwangi - wangian akan dirinya dan tempat zikirnya. Dan terlebih besar juga engkarnya adalah pada bau rokok atau tembakau yang dihisap, atau pada bau benda-benda yang memabukkan.
iv. SUCI TEMPAT 
– Hendaklah juga memastikan suci itu pada tempat untuk membaca akan Selawat Al Fatih itu, tempat tidak berselerak, dan duduk atas hamparan yang suci dalam keadaan menghadap ke Kiblat, dan pastikan tidak ada bau yang busuk atau bau yang kurang selesa semasa pembacaan Selawat Al Fatih.
v. MENUTUP AURAT 
– Memastikan diri dalam keadaan sempurna pakaian disisi syarak, menutup aurat seperti mana keadaan diri menutup aurat ketika bersolat.
vi. TIDAK BERCAKAP - CAKAP 
– Hendaklah mengawal diri daripada bercakap - cakap semasa berselawat.
vii. DUDUK
– Duduklah bersila seperti duduknya seorang hamba yang merendah diri dengan Tuan, dan merendahkan sedikit bahagian belakang, yakni menundukkan sedikit kepala dan bahu, serta menjatuhkan pandangan kepada biji tasbih yang dibilang.
viii. TETAP DIRI 
– Hendaklah mengelakkan diri daripada bergoyang atau menggoyang - goyangkan diri mengikuti Selawat yang dibaca, atau berpaling diri memandang akan sesuatu, atau menggerak - menggerakkan anggota badan tanpa ada sebarang sebab dan keperluan.
ix. MEMELIHARA MATA 
– Tetaplah keadaan berselawat itu seperti mana melakukan solat yang mana tidak memejamkan mata ketika berselawat dan bersungguh-sungguh memelihara mata daripada pejam, atau meliarkan pandangan mata yang tidak ada keperluan, melainkan terarah pandangan kepada biji tasbih.
KAIFIYAT DI SISI BATIN
i. IJAZAH SANAD – Ijazah Sanad daripada seorang Guru atau Syeikh yang diberi izin adalah penting kerana ianya merupakan salah satu keberkatan dalam amalan dan daripada Ijazah Sanad ini ianya akan bercambah menjadi kebaikan - kebaikan yang melimpahi diri pembaca, bahkan ianya membantu untuk membuka kefahaman - kefahaman rohaniah yang berbentuk rahsia-rahsia di dalam Selawat Al Fatih.
ii. HADIR HATI – Dibolehkan meletakan nama Ahmad ﷺ dengan Muhammad ﷺ di hadapan kita semasa melakukan selawat dengan niat untuk Tawajjuh dan memelihara fokus konsentrasi dalam nama Ahmad ﷺ dan Muhammad ﷺ, dan memohon kepada Allah ﷻ agar dibukakan kepada kita rahsia-rahsia dan cahaya-cahaya, makna-makna, nur-nur, dengan dua nama itu.
iii. MENENGGELAMKAN DIRI DALAM SELAWAT AL FATIH 
– Maka perbuatlah majlis khas untuk membaca Selawat Al Fatih dan hendaklah duduk berselawat di dalam Majlis Selawat Al Fatih yang khas itu, sambil mengingati kalam - kalam khas akan hakikat - hakikat Baginda Rasulullah ﷺ dan memikirkan tentang kehebatan, kemuliaan, ketinggian, dan kebesaran Baginda Rasulullah ﷺ .
iv. MENDALAMI ILMU HAKIKAT SAYIDINA MUHAMMAD ﷺ 
- Mendalami ilmu Hakikat Sayidina Muhammad ﷺ akan membantu diri untuk masuk, tenggelam, dan bersatu di dalam Selawat Al Fatih. Pada seseorang yang telah tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, bahawa makna - makna hakikat-hakikat, cahaya - cahaya Rasulullah ﷺ , rahsia - rahsia Rasulullah ﷺ , ianya ibarat hujan yang turun ke atas diri. Walaupun lidah telah berhenti, tidak bergerak dengan Selawat Al Fatih, namun diri tetap berselawat dengan Selawat Al Fatih dan fana di dalam Selawat Al Fatih.
v. MENDALAMI HAKIKAT KEBESARAN SELAWAT. 
– Mendalami makna Selawat (hanya Allah yang layak berselawat) akan memperkenalkan kita kepada kebesaran Saiyidina Muhammad ﷺ khususnya kebesaran Selawat Al Fatih yang dinisbahkan sebagai Selawat Allah ﷻ dari PerbendaharaanNya Yang Maha Agong sebagai hadiah untuk ummat akhir zaman, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih.
vi. MEMPELAJARI ILMU SYAMAIL. 
– Mendalami ilmu Syamail akan membantu diri untuk tenggelam dalam mengkhayalkan diri serta rupa paras Saiyidina Muhammad ﷺ , serta mengkhayalkan kehadiran Baginda ﷺ dihadapan kita ketika kita membaca Selawat. Ianya penting untuk membuang lalai atau ghaflah semasa berselawat. Usahakanlah untuk bertafakkur tentang syamailnya Baginda ﷺ yang berbangsa zahir ketika berselawat. Semasa Selawat itu dibaca, maka perkara ini akan menyibukan diri kita dengan Baginda ﷺ dan menjauhi lalai atau ghaflah. Lama-kelamaan ianya akan tetap dalam diri kita, dan dipanggil hudhur dengan Baginda Nabi ﷺ , hudhur kita dengan Baginda Rasululllah ﷺ yang hadir.
vii. MERANGSANG HATI PADA BAGINDA ﷺ.
- Pada diri seseorang itu, tidak dapat tidak, hati memainkan peranan penting dalam membentuk kecintaan dan kerinduan. Justeru itu, hati yang sentiasa dirangsang dengan Baginda ﷺ akan lebih mudah rindu dan tenggelam di dalam majlis Selawat. Merangsang hati dengan Baginda ﷺ boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memperbanyakkan membaca Sirah Baginda ﷺ , atau pun duduk dalam majlis dan mendengar sirah - sirah Baginda ﷺ , bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memperdengarkan kita tentang kisah Baginda ﷺ , atau pun membiasakan diri mendengar Qaseedah (puji - pujian) ke atas Baginda ﷺ .
KAIFIYAT MEMBACA AMALAN SELAWAT AL FATIH
i. Membaca ta'awuz:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
ii. Membaca AlFatihah:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
iii. Membaca Selawat Al Fatih 100x.
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
100x
iv. Membaca
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا.
v. Membaca
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
vi. Membaca Doa Selawat Al Fatih
●اللَّهُمَّ بِجَاهِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ ◯
●Ya, Allah dengan pangkat Baginda ﷺ yg membuka apa yang tertutup, bukakan kepadaku setiap pintu kebaikan yang Engkau bukakan kepada Penghulu kami Muhammad ﷺ Rasul Engkau.
●وَبِجَاهِ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ، إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ "قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menutupi apa yang telah berlalu, tamatkan daku dengan penamat orang² yang terselamat (berjaya) iaitu orang - orang yang mengharapkan keredhaan Engkau.
Yang dikatakan kepada mereka :
"Wahai hamba²-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah"
●وَبِجَاهِ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الْأَعْدَاءِ نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا "قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menolong kebenaran dengan kebenaran, tolonglah daku atas semua musuh dengan kemenangan, yang pernah berkata oleh mereka : "Adakah kami ini bahan gurauan" "Ucapkan : Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi orang yang jahil". 
●وَبِجَاهِ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ، إِهْدِنَا صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ "مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللّٰهِ"◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menunjuk kepada jalan-Mu yang lurus, tunjukkan jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka daripada kalangan para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada' dan orang - orang Soleh, dan merekalah sebaik-baik teman, itulah kurniaan daripada Allah.
𝗡𝗼𝘁𝗮:
Diperbolehkan juga untuk berdoa dengan apa-apa doa yang baik.
●Diakhiri dengan membaca
●بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ۞وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sabtu, 25 November 2023

ULAMAK ZAMAN SALAF


SOALAN

Saya hendak tahu apakah arti salaf dan bolihkah disebutkan nama ulamak-ulamak muktabar zaman salaf yaitu ulamak fiqah dan ulamak tauhid dan ulamak hadith.

Mohon ustaz sebut dengan ringkas supaya mudah saya faham.

Terima kasih.

JAWAPAN :

ARTI SALAF

Arti perkataan السَّلَفُ as-salaf atau سَلَفُ salaf pada bahasa ialah terdahulu atau dahulu.

Dan makna salaf pada istilah ialah zaman terdahulu atau orang-orang terdahulu dari zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam dan para sahabat r.a. dan para tabien dan tabi’ tabien r.a.

Menurut kamus Ma’ani Al-Jami’ :

الصحابة والتابعون وتابعو التابعين ، الذين شملهم قوله صلى الله عليه وآله: خير القرون قرني ثم الذين يلونهم ، ثم الذين يلونهم

Artinya : “Para sahabat dan tabien dan tabi’ tabien yang terkandung dalam sabda Nabi sollallahu alaihi wasallam : Sebaik-baik zaman ialah zaman aku dan kemudian zaman orang-orang yang mengiringinya dan kemudian zaman orang-orang yang mengiringinya.”

Berkata Imam Ibnu Manzhur :

السَّلَفُ : الجماعَةُ المتقدمون

Artinya “Makna salaf ialah kumpulan orang-orang yang terdahulu mereka itu.” (Kitab Lisan Al-‘Arab)

Bila disebut perkataan salafussoleh artinya orang-orang soleh di zaman terdahulu.

Menurut pendapat yang masyhur ulamak menyebut bahawa golongan salaf itu ialah golongan yang hidup pada zaman pertama 300 Hijrah yakni dari zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam hingga ke penghujung abad ke 3 Hijrah.

Jadi para salaf itu ialah orang-orang Islam yang hidup pada zaman Nabi sollallahu alaihi wasallam hingga ke tahun 300 Hijrah.

NAMA ULAMAK SALAF YANG MUKTABAR

Berikut disertakan sebahagian nama-nama ulamak muktabar dalam bidang tauhid dan fiqah dan hadith yang dilahirkkan sebelum berlalu 300 tahun Hijrah dan disertakan tahun lahirnya mengikut tahun Hijrah.

ULAMAK TAUHID ZAMAN SALAF

IMAM ABU JA'FAR AT-THOHAWI (239H)
Dilahirkan di negeri Mesir.

IMAM AL-ASY’ARI (260H)
Nama penuhnya Abu Al-Hasan Ali bin Ismail Al-Asy’ari r.a. lahir di Basra.

IMAM AL-MATURIDI (238H)
Nama penuhnya Abu Mansur Muhammad bin Muhammad Al-Maturidi r.a lahir di Maturid.

IMAM AHMAD (164H)
Nama penuhnya Ahmad bin Hanbal r.a. lahir di Bahgdad.

ULAMAK FIQAH ZAMAN SALAF

IMAM HANAFI (80H)
Nama penuhnya ialah Nu’man bin Tsabit r.a. lahir di Kufah.

IMAM MALIKI (93H)
Nama penuhnya Malik bin Anas r.a. lahir di Madinah.

IMAM SYAFIE (150H)
Nama penuhnya Muhammad bin Idris r.a. lahir di Ghaza.

IMAM HANBALI (164H)
Nama penuhnya Ahmad bin Hanbal r.a. lahir di Baghdad.

ULAMAK HADITH ZAMAN SALAF

IMAM AZ-ZUHRI (51H)

IMAM ABU HANIFAH (80H)

IMAM AS-SYU’BAH (83H)

IMAM MALIK (93H)

IMAM SUFYAN AT-TSAURI (96H)

IMAM SUFYAN BIN ‘UYAINAH (107H)

IMAM IBNU AL-MUBARAK (118H)

IMAM ABDURRAZZAK (126H)

IMAM AS-SYAFIE (150H)

IMAM IBNU ABI SYAIBAH (159H)

IMAM AHMAD (164H)

IMAM AD-DARIMI (181H)

IMAM BUKHARI (194H)

IMAM ABU DAUD (202H)

IMAM MUSLIM (204H)

IMAM IBNU MAJAH (207H)

IMAM TIRMIZI (209H)

IMAM AN-NASAIE (215H)

IMAM ABU AWANAH (231H)

IMAM AT-TABARANI (260)

IMAM IBNU HIBBAN (270H)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Rukyah

Sayidi selalu bercerita tentang kedatangan anak bulan puasa..

"Jika seorang (orang awam/orang biasa) yg adil datang kepada kita/mufti mengatakan dia telah melihat anak bulan puasa,maka wajib lah ketika itu kita semua berpuasa"

Dan Sayidi membuat tamsilan.

Ini baru org biasa yg dtg bawa berita..Kalau orang biasa yg datang membawa berita itu pun wajib kita ikuti, apatah lagi jika Seorang Auliya (yg mana dari kecil hingga lah besar hidupnya sentiasa dalam lindungan ALLAH Subhanahuwataala) datang kepada kita membawa perkhabaran2 baik kepada kita.. maka kita wajib ikuti.. kalam Auliya tidak boleh tawaquf.. kerana dia adalah Auliya (Kekasih ALLAH).. kita tidak berada dalam "medan" kehidupan Auliya.. serah diri dan ikut..

SELAWAT FATIH DAN SELAWAT IBRAHIMIYYAH

Suatu penjelasan ringkas Selawat Fatih dan Selawat Ibrahimiah:

1) pertama sekali hendaklah kita ketahui, semua Selawat dtg drp Hadrah Allah bknlah ulamak/sahabat pandai2 menyusun Selawat mereka sendiri. 

2)Kedua, hendaklah kita mengetahui apakah mksd Selawat secara umum. Mksd Selawat secara umum adalah "Wahai Allah Selawat ke atas Nabi Muhammad", maka kalimat apakah yg dtg selepas itu adalah sebuah gambaran/cerita tentang Hakikat diri Rasulullah. Jika perhatikan Selawat yg warid dr Rasulullah secara syariat seperti Selawat Ibrahimiah dan Ummi maka Rasulullah menyifati dirinya dengan ummi mustafa dan meminta Allah Selawat ke atas dirinya dan keluarganya spt Selawat ke atas Nabi Ibrahim dan keluarga Nabi Ibrahim (Selawat Ibrahimiah). Jd, dpt difahami secara umum dan sclecara bangsa syariat Nabi merendah diri dlm menyifati dirinya secara syariat.

3)Ketiga, secara syariatnya tiada nas yg melarang utk sesiapa menyusun Selawat mereka sndri bahkan ada Sahabat yg telah menyusun Selawat mereka sendiri ketika Nabi masih hidup dan sampai kepada Nabi dan Nabi tidak melarang perbuatan tersebut. Dan kalimat Fatih dan Khatim dlm Selawat ada dlm Selawat yg disusun Saidina Ali dlm menyifati Nabi SAW. 

4)Keempat, Selawat Fatih merangkumi semua Selawat. Ini adalah perkhabaran auliya' Allah yg telah mujahadah utk mencari satu Selawat yg merangkumi semua Selawat, satu Selawat yg apabila kita bacanya maka semua apa yg dibicara oleh Selawat2 lain ada pd nya dan auliya' itu adalah Sidi Mustafa Al Bakri (blh baca kisahnya di atas). 

Peristiwa yg berlaku pd Sidi Mustafa Bakri ini adalah sebuah pentahqiqkan apa yg akan terjadi d akhir zaman, sebuah anugerah kpd ummat akhir zaman yg bnyk aib2 spt org tua, maka ummat jga skarang ini melalui fasa ketuaan. Maka org tua bnyk mendapat rahmat dan keuzuran spt anak2 selalu bg duit, kurang kerja dan bnyk rehat tp ckup mkn minum dan kdg2 ada anak2 belanja mkn mewah. Begitulah perumpamaan ummat akhir zaman. 

Jd, kembali ke kisah Sidi Mustafa Bakri, ketika mana Sidi Musthafa Bakri mendapat risalah Rabbani drp malaikat, Rasulullah dtg secara yaqazah (jaga/sedar) memberitahu kpd Sidi Mustafa Bakri bahawa Selawat ini utk Ummat akhir zaman (yg mana seorang wali besar akhir zaman yg akan memasyhurkan Selawat ini iaitu Syeikh Tijani RA). Kemudian lahir Syeikh Tijani selepas lbh kurang 100-150 thn, dan Syeikh Tijani mendapat talqin Selawat Fatih ini secara yaqazah drp Rasulullah SAW. Dan drp Syeikh Tijanilah Selawat Fatih bnyk tersebar. Ada sanad Sidi Musthapa Bakri ttp tak ramai dan sikit dan sdh jarang2 yg ada sbb mmg asal Selawat ini bkn utk beliau tp beliau hny sebuah perantara utk mentahqiqkan Selawat Fatih yg akan dizahirkan dan disebarkan di tgn Syeikh Tijani.

Dan kisah ini termasuk kisah karamah auliya', sapa yg mudah terima kisah2 spt ini dgn hati yg terbuka maka itulah rezeki mereka dan jika siapa yg susah nk terima maka tiada rezekinya. Sbb anugerah, bkn utk semua org, hanya syariat utk semua org.
Dan Selawat Fatih adalah Selawat Hakikat manakala Selawat Ibrahimah adalah Selawat Syariat, asal kedua-duanya drp Rasulullah SAW jua, satu secara syariat, satu secara karamah Auliya .

Adapun saya menulis ini bukanlah untuk menjawab kepada orang yang bertanya soalan berkenaan Selawat Fatih dan Selawat Ibrahimiyyah ataupun bukanlah juga saya menyuruh dia menyusun soalan supaya dapat saya berikan jawapan kepada dia bahkan tujuan kedua-dua perbuatan saya itu adalah bertujuan untuk menghilangkan was-was yang ditimbulkan oleh dia kepada pecinta Selawat Fatih yang baharu.

Maka, ketahuilah Selawat Ibrahimiyyah adalah Selawat Syar'iyyah Al Muhammadiah dan Selawat Fatih adalah Selawat Hakikat Al Muhammadiyyah. 

Adapun, kedua-duanya datang daripada Nabi Muhammad SAW jua.

Satu datang sebelum kewafatan Baginda dan satu datang selepas kewafatan Baginda yang telah Baginda sampaikan kepada Syeikh Tijani secara yaqazah. Adapun yang pertama, dibimbangi jatuh kafir sesiapa yang menolak dan adapun yang kedua, dibimbangi terputus madad khusus daripada Rasulullah SAW selamanya bagi yang menolak.

Dan ketahuilah, semua perkhabaran-perkhabaran berkenaan berkenaan keistimewaan Selawat Fatih adalah datang daripada Rasulullah SAW sendiri kepada Syeikh Tijani, dan ketahuilah juga adapun yang sampai kepada kita hanyalah lapisan atasnya sahaja, bahkan masih ada batin rahsianya dan batinul batin yang belum disingkapkan kepada kita. Hanya yang terpilih yang mengetahuinya di dunia dan selain daripada yang terpilih akan mengetahuinya di akhirat nanti.

Dan ketahuilah juga, kisah pengajaran Selawat Fatih kepada Syeikh Tijani oleh Rasulullah SAW dan perkhabaran-perkhabaran akan kelebihan Selawat Fatih adalah mutawattir di sisi Fuqara' Tijaniyyah.

Dan ingatlah, Rasulullah SAW itu dibina ia dengan Selawat Fatih dan Selawat Fatih itu dibina ia dengan Rasululllah SAW 
 - Sidi Ahsan Ba'qili

Yakni kedua-duanya saling terkait akan kewujudannya.

Cpf

Rabu, 22 November 2023

MENANTI DAN MENGHARAPKAN NATIJAH DARI AMALAN THORIQAH


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Hendaklah kamu mengetahui, apa yang dibina atasnya oleh Thoriqah (Tijaniy), iaitu terhentinya seorang hamba dihadapan pintu Allah SWT dan dihadapan pintu Nabi Nya, dan dihadapan pintu Wali Nya, (adalah) dengan (kehendak) Allah, bukanlah dengan (kehendak) diri kamu sendiri (atau) dengan amalan yang kamu disuruh akannya (amalan-amalan Thoriqah). 

Tajridlah engkau dari amalan tersebut iaitu sucikanlah (diri) kamu dari menisbahkan amalan tersebut dari diri kamu, walaupun kamu yang melakukannya. Tidak ada daripada kamu sesuatu pun dari amalan itu melainkan kamu adalah tempat penzahiran daripada amalan tersebut.

Kurniaan yang datang dari Allah SWT, yang mana Allah SWT telah menjalankan atas kamu akan ketaatan Allah, dan yang bukan maksiat, dan kamu ketahui bahawasanya kamu telah menuntut akan Wazifah (yang telah menjadi) tugas harian kamu, akan asbab-asbab dunia dan akhirat (menuntut habuan dunia dan akhirat melalui amalan Wazifah), daripada taat akan Allah SWT.

Bahawasanya Allah SWT yang bertanggungjawab dengan tugas-tugas keTuhanannya, yang memberikan akan Nabi Nya hasil buah asbab-asbab tersebut, daripada umpama keuntungan, ganjaran, pahala, syurga, keampunan, keredhaan Nya, dan Mahabbah Nya, dan kedekatan Nya, dan rahsia Nya, khasiat sesuatu perkara, khasyaf Nya, dan selainnya daripada natijah-natijah yang dihasilkan daripada amalan tersebut. 

Dan maksud daripada itu, beradablah dijalan Allah SWT untuk memperkemaskan (mengikhlaskan) akan amalan serta ketetapan Nya, serta tidak menanti akan natijahnya (natijah daripada amalan), kerana ianya (natijah amalan itu) adalah pengkhususan bagi pihak Allah SWT. Bahawasanya tidaklah ia (orang yang ariff itu) berniat pada amalannya untuk menghasilkan sesuatu, bahkan orang-orang yang ariff bukanlah menanti ganjaran-ganjaran amalannya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

● Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Selasa, 21 November 2023

Jalan Tasauf

Mafhum drp perkataan Sayyid Syarif Ahmad AlHadi hfzhllh...

"...Jalan tasauf tidak mensyaratkan seorang itu memiliki ilmu yg luas(mencukupi mengetahui pengetahuan tentang perkara yg mengesahkan perkara² berkaitan keimanan serta perkara² yg mengesahkan ibadah...
...yg paling utama bg menjalani jalan ini adalah hati INSAF(adil)..."

...yakni(insaf)...
ialah hati yg terbuka menerima kebenaran serta akur dgn kebathilan walaupun kebenaran tersebut pahit utk ditelan, lebih² lg kebenaran itu datang dari orang yg lebih rendah kedudukkan darinya...

...walaupun orang menyampaikan kebenaran itu adalah seterunya atau muridnya atau mungkin shj haiwan...

...ayat mudah...
INSAF ialah mudah menerima teguran dgn hati yg terbuka tanpa memandang kedudukkan & kelebihan diri...

...Jika tiada keinsafan dlm diri maka kuranglah kebaikkan bg mereka yg melalui jalan ini(tasauf) walaupun gurunya seorang qutub zaman sekalipun...

...perjalanan tasauf ialah mengenal pasti setiap tajalli & isyarat Allah yg dizahirkan pd setiap makhluknya...

...maka tidak dpt tidak bg murid itu perlu sentiasa terbuka hatinya bg menerima setiap tajalli² & isyarat² ilahi...

Ahad, 19 November 2023

ISTIQAMAH DALAM KEHAMBAAN ITU ADALAH PEMBUKAAN (FUTUH)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Sesungguhnya, tidak akan bertambah pembukaan (Futuh) mereka (Ahli Fathur Robbani) melainkan semakin kukuh (mereka) didalam singgahsana (Maqam) perhambaan terhadap Allahﷻ, dan mereka ini menjauhkan diri mereka daripada membuat pendakwaan palsu, dan daripada mengeluarkan perkataan-perkataan hulul, wehdah, dan ittihad. Kami memohon kepada Allahﷻ daripada sebarang perkataan-perkataan yang membawa fitnah kepada ummat muttakhir ini. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

FAHAMI HAKIKAT SOLAT

Solat itu ianya bukanlah hanya sekadar Mengetahui akan Perbuatannya Solat itu semata-mata !

Akan tetapi, ianya adalah Pengetahuan didalam Solat itu sendiri yang hendaklah ianya diambil benar-benar akan Kefahaman dan Kebenarannya.

Pada Hakikatnya, didalam Perbuatan Solat itu ada terkandungnya akan "RUKUN SOLAT" dan "HUKUM SOLAT". 

RUKUN SOLAT itu terkandungnya 13 Perkara dan manakala HUKUM SOLAT itu pula terkandungnya 3 Perkara. 

Pada RUKUN SOLAT yang 13 Perkara itu seluruh Umat Islam telahpun sedia maklum akan Pengetahuannya, dan tidak perlulah saya menerangkannya dengan lebih mendalam lagi.

Walaupun penghuraian berkenaannya HAKIKAT RUKUN SOLAT itu juga tersangatlah penting untuk Diketahui dan Difahami. 

Akan tetapi, saya disini hanyalah mahu membuka sedikit Pengetahuan berkenaannya HAKIKAT HUKUM SOLAT itu terlebih dahulu, kerana ianya adalah tersangat penting untuk Diketahui dan Difahami dengan sebenar-benarnya.

Pada Hakikatnya, HUKUM SOLAT yang 3 Perkara inilah yang kebanyakkannya umat Islam sendiri tidak ramai yang Mengetahui dan Memahami akan Kebenarannya.

HUKUM SOLAT itu terkandungnya 3 Perkara, iaitu :

1) FEQLI.

2) QAULI.

3) QALBI.

- FEQLI itu Bermaknanya PERBUATAN. 

- QAULI itu Bermaknanya SEBUTAN. 

- Manakala QALBI itu pula Bermaknanya apa ???

Maka, apakah HUKUM QALBI itu ?

Pada Hakikatnya, HUKUM QALBI ini adanya 7 Peringkat, iaitu :

1) QOSAD.

2) TARUH.

3) TAYIN.

4) IHRAM.

5) MIKRAJ.

6) MUNAJAT.

7) TABDI.

Maka, marilah kita mengambil Faham terlebih dahulu akan Hakikatnya QOSAD. 

Apakah Pengertian ataupun Maknanya QOSAD ?

QOSAD ini membawa Maknanya adalah "MENYATAKAN NIAT". 

Pada kebiasaannya yang sering kita sebut, contohnya :

"Sahaja aku Sembahyang (Solat) Subuh 2 Raka'at adalah Kerana Allah Ta'ala..." 

Maka, pada Hakikatnya itu hanyalah LAFAZNYA NIAT semata-mata, dan itu bukanlah Hakikatnya NIAT.

Apakah itu Hakikatnya NIAT ?

"NIAT itu adalah perkara yang TIDAK BERHURUF dan TIDAK BERSUARA..."

Maka disini, 

Hendaklah kita Fahamkan dengan sebenar-benarnya bahawa, janganlah sesekali kita menyamakan LAFAZNYA NIAT dengan NIAT itu adalah perkara yang sama.

Kerana pada Hakikatnya, LAFAZNYA NIAT dengan NIAT itu sendiri adalah perkara yang berbeza.

Sebagaimana didalam Hadis adanya mengatakan :

“Innamal A' malu Binniyat”

Ertinya : Bermula satu Amal itu dengan Niat.

Dan terdapatnya satu lagi ayat yang mengatakan bahawa :

"La Tataharrokhu Zarrotun Illa Biiznillah"

Ertinya : Tidak bergerak walaupun sezarah tanpa Izin Allah SWT.

PERSOALANNYA :

Pada Hakikatnya, mana satukah terlebih dahulu yang hendak didahulukan ?

Adakah GERAK ALLAH SWT terlebih dahulu ?

Seandainya GERAK ALLAH SWT yang terlebih dahulu.

Maka bagaimanakah pula dengan Hal Hakikatnya NIAT ?

Dimanakah Martabat Hakikatnya NIAT itu pula ?

Jadi,

Apakah sebenar-benarnya itu NIAT (QOSAD) ???

Seandainya Hal Hakikatnya NIAT (QOSAD) itupun kita masih belum lagi dapat Memahaminya dengan sebenar-benarnya.

Maka, apatah lagi dengan 6 HUKUM SOLAT yang lain-lainnya.

Pelajarilah akan Halnya HAKIKAT HUKUM SOLAT ini sehinggalah benar-benar dapat Mengetahui dan Memahami akan sebenar-benarnya HAKIKAT SOLAT.

Renung-renungkanlah...

KALAM SUFI :

"Tiap- tiap Perbuatan itu jikalau ianya Dirahsiakan, maka ianya akan lebih Terasa Nikmat..."

Cpf

Amalan ghaib

...Tiada sebarang amalan yg lebih diharapkan penerimaannya(oleh Allah) berbanding dgn amalan yg ghaib dari dirimu...
(yakni hamba menyangka ianya bukanlah amal yg layak dinamakan ibadah...
atau hamba itu tidak perasan dia telah melakukan satu kebaikkan atau ibadah)

...serta (walaupun dirasakan amal itu terbit darimu) tetapi dirasakan amal itu serba kekurangan (yakni malu utk menyandarkan amal itu dilakukan olehnya kerana dirasakan penuh kecacatan & tidak layak diterima oleh Allah...
(bahkan) bakal menyebabkan kemurkaanNya shj)

Disinilah terkadang kebanyakkan dari kalangan ahli ilmu & ahli yg ibadat tersangkut dlm perjalanannya menuju hadrah Allah disebabkan dgn kejituan ilmu yg mereka miliki serta banyaknya ibadah zahir yg mereka kerjakan serta mantap, menyebabkan(tanpa mereka sedari) hati mereka telah berpegang dgn ilmu & amal mereka(tidak lg berpegang dgn kurnia & rahmat Allah)...

...mereka berasa senang dgn keilmuan & amal(yg ada pada diri mereka)...

...(tanpa mereka sedari) rasa senang hati mereka dgn ilmu & amal mereka itu, mereka menyangka sudah dekat kpd Allah serta melayakkan utk menjadi seseorang disisi Allah...

...sedangkan haqiqatnya...
tanda diterima masuk seorang hamba ke dlm hadrah Allah ialah kosong drp kesyirikkan (keakuan) serta perasaan tiada kelayakkan (utk masuk kpd hadrah Allah) disebabkan merasakan tiada memiliki sebarang bekalan(ilmu & amal)...

Cpf

Rabu, 15 November 2023

SYARAT MAHABBAH MURID DENGAN GURU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Berkata Al Qutbl Maktum As Syeikh Ahmad At Tijani r.hu; 

Dan sebahagian daripada sebesar-besar syarat bagi menyatukan seorang murid dengan gurunya itu, ialah bahawasanya seorang murid itu hendaklah ia tidak berkongsi mahabbah akan gurunya dengan guru yang lain, begitu juga tidak berkongsi pada mengagungkan gurunya itu dan juga tidak berkongsi pada istimdad (meminta limpahan madad ) dan begitu juga ia tidak memalingkan hatinya kepada selain daripada gurunya. 

Jika kamu sudah tahu akan syarat-syarat tersebut maka jadilah seorang murid yang sentiasa bersama gurunya dalam apa jua keadaannya, sepertimana seseorang itu bersama dengan Nabi Muhammad ﷺ dalam mahabbah, kemuliaan, istimdad dan juga tidak berpaling diri dengan hatinya kepada selain daripada Nabi Muhammad ﷺ. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Naqal dari Kitab Irsyadul Asfiya, susunan Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Sabtu, 11 November 2023

JANGAN TERPEDAYA DGN GAMBARAN ZAHIR

Berkata Sayyidi Syarif Ahmad AlHadi AlHasani AtTijani hfzllah...

"...Jangan seronok dgn amal & ilmu...
...dan juga jangan terpedaya dgn ilmu & amal selagi x boleh kuasai nafsu sendiri..."

...Yakni...
selagi masih tersimpan didlm hati rasa lebih elok, lebih baik, lebih layak dari orang lain....
...itulah nafsu...

selagi masih terdetik perasaan kurang senang(hasad) atas nikmat yg Allah berikan kpd orang lain...
...itulah nafsu...

selagi masih lg berbuku kebencian & dendam dlm hati...
...itulah nafsu...

selagi rajin beramal, belajar, mengajar, berdakwah kerana dorongan pahala & kelebihan...
...itulah nafsu..

...maka...
selagi mana kehidupan kita & juga ibadah kita masih lg didorong kuat dgn kehendak² nafsu (dinamakan jg KEAKUAN) maka secara haqiqatnya kebaikkan kita masih belum dikira amal yg soleh...


Khamis, 9 November 2023

Nasihat

Syeikh Ahmad Alhadi Alhasani pernah menasihatkan kepada pengamal Selawat Fatih supaya janganlah di amalkan utk tujuan2 tertentu seperti Rezeki dan umpamanya
Kerana ia menempati cuba memperingatkan Allah swt tentang Rezekinya
dan seakan memperkecilkan martabat Selawat Fatih tersebut
 Walhal Allah swt telah menentukan Rezeki hamba2Nya sejak Azali

HATI MANUSIA

Menurut al-Imam al-Ghazali Rahmatullah Alaih, dan juga sepertimana Ahli-Ahli Tassawuf yang lainnya.

Adanya empat ciri-ciri yang dimiliki oleh Hati Manusia, iaitu :

- SAB’IYYAH (Binatang buas).

- BAHIMIYYAH (Binatang rakus yang bersumberkan daripada Syahwat).

- SYAITHANIYYAH (Syaitan).

- RABBANIYAH (Tuhan). 

Hati Manusia akan berfungsi untuk Menyatukan keempat-empat sifat-sifat tersebut dengan secara sekaligus. 

Kita ini pada Hakikatnya adalah Makhluk yang mempunyai banyak Keperibadian. 

Didalam Psikologi Modern, hanya orang-orang Gila sahajalah yang akan mempunyai Keperibadian yang banyak. 

Jadi, pada Hakikatnya kita ini sememangnya adalah Gila !

Oleh kerana menurut Para SUFI, kita ini memiliki Keperibadian yang banyak.

Menurut al-Imam al-Ghazali pula, kita ini sebagai manusia akan menggabungkan keempat-empat Ciri Hati tersebut dengan secara sekaligus. 

Keempat-empat ciri-ciri tersebut itu akan menjadi Ciri Hati Manusia. 

al-Imam Al-Ghazali juga telah menggambarkan bahawa, seolah-olahnya didalam diri kita ini adanya sifat :

- ANJING (Sab’un : Binatang buas).

- BABI (Bahimah : Binatang rakus dan pengejar Syahwat).

- SYAITAN dan juga AL-HAKIM (Yang Maha Bijak). 

- GHADHAB (Marah) adalah sumber energi.

Orang-orang yang tidak memiliki Jiwa Sab’iyyah itu tidak akan pernah sesekali boleh Marah meskipun dia telah diseksa. 

Dia hanya akan tetap Pasrah sahaja dengan segala-galanya. 

Maka orang-orang yang sebegitu kebiasaannya adalah seorang yang Penakut dan Pengecut. 

Kadang-kadang, kita sebagai manusia ini tersangat-sangatlah memerlukan Jiwa Sab’iyyah ini. 

Sebab hal itulah yang akan sentiasa mendorong kita untuk Bertindak dan Bersaing.

Jikalau kita tidak memiliki dorongan yang seperti ini, maka kita tidak akan pernah sesekali lebih maju kehadapan.

Syahwat (Potensi Bahimiyyah) itu adalah Keinginan-Keinginan yang bermacam-macam.

Misalnya, 

Adanya Keinginan-Keinginan untuk mempunyai rumah yang mewah, baju yang mahal, makanan yang sedap-sedap sahaja, tidur yang lena dan sebagainya. 

Kita juga kadangkala perlu memiliki Syahwat. Jikalau tidak, kita tidak akan pernah mempunyai Kemahuan. 

Maka, kita akan menjadi tersangat-sangatlah Lemah. 

Jadi, yang mendorong manusia hidup itu adalah kerana Jiwa Babi yang berada didalam dirinya.

Sementara Ciri-Ciri SYAITHANIYYAH dan RABBANIYAH itu pula adalah dua Kekuatan yang berada didalam Hati Manusia, yang akan Mengeksploitasi dan Mengendalikan dua Kekuatan yang sebelumnya. 

Didalam diri manusia itu, yang sebetulnya terjadi adalah 'PERTARUNGAN' diantara dua Kekuatan tersebut. 

Jikalau Syaitan yang Memenangkannya, maka seseorang itu akan menjadi tersangat-sangatlah Rosak dan Rakus. 

Ia akan memakan apa-apapun sahaja tanpa mempedulikan apa-apapun.

Tidak hanya memakan nasi sahaja. Akan tetapi, tanah orang-orang lain ataupun Hak orang-orang lain juga turut dimakannya tanpa memperdulikan apa-apapun.

Namun, jikalau Potensi ataupun Hal  Keadaan itu boleh dikendalikan oleh Akalnya Yang Suci (RABBANIYAH). 

Maka, kedua-duanya itu hanya akan bergerak kearah yang lebih Bermanfaat bagi dirinya dan seluruh manusia diatas bumi ini.

Ia akan tetap Bersemangat untuk mengumpulkan segala Kekayaan ataupun segala Kebaikan, demi untuk Disumbangkan dan Diperlakukan (Dimuliakan) kepada orang-orang yang berada disekitarnya.

Kata al-Imam al-Ghazali bahawa, 

Kita hanya akan sering mengejek-ejek orang-orang yang Menyembah Patung Berhala. 

Padahal siapalah yang akan Menyedari bahawa,

Kitalah yang sebenar-benarnya sedang Menyembah Berhala Anjing mahupun Berhala Babi yang berada didalam diri kita sendiri.

Jikalau Berhala Anjing yang kita Sembah didalam diri kita, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Pendengki dan Pendendam semata-mata.

Jikalau Berhala Babi yang kita sembah didalam diri kita, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Rakus dan Serakah semata-mata.

Dan jikalau Syaitan yang kita Sembah, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Cerdik Pandai didalam Tipu Daya dan Berkhianat semata-mata.

Sentiasa Cerdik Pandai didalam mencari-cari segala Alasan Demi Alasan untuk menutupi segala Kesalahan diri dan sentiasa mencari-cari Pembenaran bagi segala Dosa-Dosa kita sendiri. 

Menurut Para ARIFBILLAH',

Sesiapapun atau apa-apapun yang kita Sembah, maka itulah yang akan 'MEMBENTUK RUH' kita sendiri pada Hakikatnya.

Oleh kerana itu, 

Agar RUH kita senantiasa sahaja tetap sebagai INSAN KAMIL MUKAMIL Yang HAQIQI.

Dan senantiasa sahaja menjadi INSAN YANG SEMPURNA.

Maka kita haruslah senantiasa berterusan Istiqomah dengan Berusaha dan terusan Berusaha untuk menjadi INSAN YANG BIJAKSANA.

Mengendalikan Hawa Nafsu kita dengan Bimbingan TAUHID Yang HAQIQI dengan Setulus Ikhlas BERSERAH DIRI secara seluruhnya hanyalah kepada ALLAH SWT semata-mata. 

Maka dengan sebegitu, RUH kita akan boleh senantiasa sahaja menjadi RUH MALAIKAT-NYA.

Semoga kita senantiasa mencapai KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN HATI di Dunia sehinggalah ke Akhirat...

Rabu, 8 November 2023

JUMLAH HIJAB DAN PENGHANCURNYA OLEH SYEKH MUROBBINA AHMAD BIN MUHAMMAD ATTIJANY RODLIYALLAHUANHU


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩*

Syekhuna Al Qutb Almaktum Ahmad bin Muhammad Attijany rodliyallah 'anhu berkata :

Sesungguhnya seorang hamba sebelumnya ibarat orang yang terpenjara di dalam sebuah rumah yang kokoh tembok dan atapnya, tidak ada di dalamnya lubang yang bisa ditembus oleh cahaya sangking kokohnya baik sedikit maupun banyak.
Dihadapannya ada rumah-rumah yang terpasang diatas dan disekitarnya, setiap rumah tertutup rapat dan kokoh.
Perumpamaan rumah yg hamba berada didalamnya seperti 165.000 rumah. Setiap rumah tidak memiliki lubang cahaya sedikitpun dan hamba terkurung didlm rumah tersbt,ia tdk bs melihat apa2 kecuali kegelapan.Apabila rumah2 trsbt roboh semuanya sekali gus,mk itulah perumpamaan FUTUH...

*"Sesungguhnya FUTUH datang pada seorang hamba tanpa didahului oleh aturan/persiapan(tanpa susah payah), akan tetapi dengan iman (keyakinan yang kuat) yang Allah SWT letakkan didalam hati hamba-NYA."*

Oleh krn itu Syekhuna Ahmad Attijani rodliyallah 'anhu memberikan perumpamaan FUTUH tersebut dengan hamba yang berada disebuah rumah yang gelap yang semua sisinya dikelilingi oleh 165.000 rumah yang memiliki tembok yang kokoh yang tidak memiliki lubang cahaya sedikitpun. Sehingga seorang hamba tidak bisa melihat matahari padahal matahari itu ada dan memancarkan cahaya, akan tetapi hijab-hijab yang hamba tersebut hidup didalamnya menjadikan ia tidak bisa melihatnya, oleh karena itu apabila semua rumah2 yang gelap yang ada disekitarnya tersebut roboh sekaligus, ia akan bisa melihat matahari yang terbit dan memancarkan cahaya. Maka tidak diragukan lagi bahwa tidak akan tersisa sedikitpun kegelapan bersamanya karena terbitnya cahaya matahari atasnya.

Seseorang telah bertanya :
Bagaimana cara seorang hamba menghancurkan 165.000 hijab-hijab kegelapan tersebut : 

Jawabannya : Bahwa Sayyiduna Ahmad Attijany rodliyallah 'anhu telah membagi hijab-hijab kegelapan tersebut menjadi 2 bagian. Beliau tidak mengumpulkan 100.000 bersama 65.000 hijab. Oleh karena itu hijab-hijab ini bukan dari satu jenis.
Adapun 100.000 hijab bisa dihancurkan dengan *SHOLAWAT FATIH LIMA UGHLIQ*. sedangkan 65.000 hijab lainnya bisa dihancurkan dengan *SHOLAWAT JAUHAROTUL KAMAL 

Khusus sholawat jauharotul kamal mesti talqin thoriqoh attijani dulu.
Untuk sholawat fatih silahkan di amalkan walaupun belum talqin *

SUMBER :

*(ARROSAIL AL 'ULWIYAH LISAYYIDI AHMAD ATTIJANY RODLIYALLAH 'ANHU oleh SYEKH ALI HAROZIM BARRODAH)*

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Suhbah

Pencapaian seorang murid diukur mengikut sejauh mana tahap suhbahnya (perdampingan) terhadap gurunya...

...bukan diukur melalui banyaknya amal & ilmu murid tersebut...

...perbandingan yg jelas untuk memahami "suhbah" ialah dengan melihat bagaimana ahwal para sahabat rhm berdamping bersama Rasulullahﷺ...
antara ahwal mereka rhm, ada yg baru sebentar sahaja ghaib pandangan mereka dari melihat Rasulullahﷺ, serta merta hati menjadi tidak keruan & rindu untuk bertemu lg dgn Rasulullahﷺ...

...Begitu juga dikalangan Ahlus Suffah rhm, yg mana ada yg mengambil urusan dunia sekadar keperluan sahaja & sentiasa duduk diserambi² Masjid AnNabawiy semata² ingin mendampingi & berlumba² mendapatkan sesuatu drp Rasulullahﷺ...

...suhbah itu tersangat penting dlm perjalanan seorang murid kerana mengikut kadar mana kekerapan murid bertemu dgn gurunya, maka akan bertambahlah pengenalannya berkaitan gurunya serta rahsia robbani yg terpercik dari dada gurunya...

...Dari situ, bertambahlah mahabbahnya kpd gurunya...

...mahabbbah menyampaikan kpd tasdiq...

....tasdiq adalah kunci kpd pintu² kejayaan bagi mereka yg berjalan ke hadrah Allahﷻ

Semoga kita semua dikurniakan nikmat sentiasa mendampingi kekasih²NYAﷻ

PERBUKA RAHSIA HAKIKAT MUHAMMADIAH


Syarah selawat fatih 
pada kalimah مُحَمَّدٍ

مُحَمَّدٍ فَهو مُحمّدٌ # ولَـمْ يَزَلْ مُحمَّـدًا 

فَمِـيـمُـهُ لِمَحْـوِ البَاطِـلِ
قُلْ جَاءَ الحَقُّ وَزَهَقَ البَاطِـلُ " 

Muhammad ..itulah Muhammad dan berterusan sebagai Muhammad

dan pada Kalimah Muhamad bermaksud Mahwu( محو) 
yaitu memadamkan akan kebatilan
firman Allah swt :
" قُلْ جَاءَ الحَقُّ وَزَهَقَ البَاطِـلُ " 
apabila datang kebenaran maka akan pergilah kebathilan

وحَـــاءُهُ لِاسْـتِمْرَارِ حُـكْمِهِ أيْ رِسَالَـتِهِ فـيمَا تَقَدَّمَ مِنْ نَشْأَةِ الحَقِيقة المحمّديّة إِلى مَا لاَ نِهَايَةَ لَهُ مِنْ أَنْـفَاسِ الآخِرة والمِـيـمُ الثَّـانِـيَةُ مُلْـكُهُ عَلَى وَجْهِ النِّيَابَةِ والخِلافَةُ المُطْلَقَةٌ عَنِ الحَضْرَةِ الإلهيّةِ

dan huruf ha’ pada kalimah مُحَمَّدٍ bermaksud berterusannya risalah kerasulannya pada perkara yg telah terdahulu terciptanya hakikat Muhammadiyah sehinggalah perkara yg tidak ada penghujung akannya drpd anfas2 akhirat 

-dan mim kedua selepas ha’ 
bermaksud :
kerajaannya atas jalan niyabah/peganti dan khilafah yg mutlak drpd hadrah ilahi

‎ والمِــيمُ الثَّــالِثَةُ جَمْعِيَّةِ الخَلائِقِ في 
‎مِيمِيَّةِ مُحَمَّدِيَّتِهِ وهي حَقِيقَتُهُ المحمّديّة والــدَّالُ رَمْزُ لِكَمَالِ دَلاَلَتِهِ عَلَى اللهِ بِكُلِّيَتِهِ  

-dan mim yg ketiga 
bermaksud 
keseluruhan makhluk ini berada didalam huruf mim tersebut
itulah Mim Hakikat muhammadiyah

dan huruf dal’ adalah rumuz khas bagi menyempurnakan kesempurnaan Baginda saw yg mengajak kepada Allah dengan keseluruhan hakikatnya

‎فَمِنْ بَحْرِ المـيمِ الخَـتْمُ وَمِن بَحْرِ الدَّالِ الهِدَايَةُ ومن بَحـر الحاءِ الفَتْحُ ومِن بحر التَّنْوِينِ النَّصْرُ 

dan drpd lautan huruf Mim bermaksud sebagai penutup jenis ciptaan Allah swt
dan daripada lautan huruf Dal bermaksud memberi hidayah dan drpd lautan huruf ha’ bermaksud pembuka 

dan drpd lautan tanwin
bermaksud Nasr/kemenangan

‎وصَلاةُ الفَاتِحِ شَرْحٌ لِكُلِّ هَذَا فَمَحْمُودٌ ظَاهِرُهُ ومُحمّدٌ بَاطِنُهُ وأَحمدٌ بَاطِنُ بَاطِنِهِ ومَا وَرَاءَ ذَلِكَ مِنَ الأسرارِ لاَ تُفْشَى لِغَيْرِ أَهْلِهَا ولاَ يَطِّلُعُ عَلَيْهَا إِلاَّ مَنْ دَفَعَ مَهْرَهَا

dan selawat fatih adalah syarahan bagi keseluruhan yg disebutkan akannya
Dan Mahmud itu adalah martabat zohirnya dan muhammad itu adalah martabat batinnya dan Ahmad itu martabat batin kepada batinnya

dan rahsia2 yg berada disebalik martabat yg 3 itu
tidak boleh disebarkan kepada bukan ahlinya dan tidak boleh mengetahui akannya melainkan kena bayar maharnya

#Carilah ahlinya yg mempunyai sanad selawat Alfatih moga bersambung nafahat rabbaniah yg terkandung dlm selawat Alfatih kpd pengamalnya.. 
#Beruntung bagi mereka Yang senantiasa melazimi dengan Selawat Alfatih ( Mahkota Selawat)  di akhir zaman.

Ahad, 5 November 2023

MUTIARA MURABBI

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

#MUTIARA MURABBI❤️🌹

🌹Orang yang berada di JALAN SYUKUR berasa MALU dengan amalan dia, rasa amalan dia macam maksiat pada Allah. 

🌹Orang yang berada di JALAN MUJAHADAH berasa BANGGA dengan amalan dia dan berasa dia layak untuk hampir dengan Allah kerana sentiasa mengira-ngira akan jumlah AMALANNYA yang banyak.

🌹Buah-buah amalan mereka (orang Mujahadah) adalah daripada USAHA mereka. Mereka orang jalan Mujahadah mendapat pembukaan dengan usaha mereka. 

🌹Orang yang berada di jalan Syukur dapat pergi dekat Allah, sekadar rasa jauh dari Allah merasa diri jauh dari Allah, tetapi sebenarnya hampir dengan Allah – beradab dan BERSIFAT HAMBA dan buah-buah amalan mereka orang syukur adalah kurniaan dari Allah dan mendapat PEMBUKAAN secara tiba-tiba, dipanggil “Fathul Hujumi" dapat pembukaan tanpa diminta.

🌹Orang yang berada di jalan Syukur, tidak mempunyai sebarang tujuan dalam ibadah, niat mereka suci untuk menzahirkan syariat yang diperintah oleh Allah dan Rasul tanpa meminta apa-apa balasan dari Allah.

🌹JADIKAN KAMU SEBAGAI MAYAT KEPADA MURABBIMU AGAR ENGKAU DAPAT DIDIDIK UNTUK MENJADI MAYAT KEPADA ALLAH SEBELUM KAMU KEMBALI KEPADA ALLAH SEBAGAI MAYAT DI DALAM KEHIDUPAN DI ALAM BARZAKHIYYAH DAN ALAM AKHIRAT.

🌹Pada membicarakan tentang HAKIKAT KEHAMBAAN, Guruku yang dikasihi Sayidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Hafizahullah Ta'ala telah menyatakan,

"KETINGGIAN itu semuanya adalah MUSIBAH, tidak ada MANFAAT"

🌹Yakni kalamnya menerangkan tentang SIFAT KEAKUAN manusia yang sentiasa merasakan dirinya tinggi dan layak (melalui ibadahnya yang banyak, ilmunya yang banyak) untuk mendapat ketinggian maqam, merasakan dirinya layak untuk mendapat futuh, merasakan diri layak untuk menjadi wali, layak untuk menjadi ketua, dan lain-lain rasa kelayakan.

🌹"Merasa Diri Layak" - adalah SIFAT KEAKUAN yang besar dan inilah yang dimaksudkan beliau sebagai musibah dan tidak ada manfaat. 

🌹Bahkan menurut beliau lagi, sifat SYAITAN itu adalah "Merasakan Diri Lebih Tinggi Dari Orang Lain".

🌹Syarat utama untuk sampai ke HADRAH KEHAMBAAN adalah buang iradah dengan Allah...Iradah itu berlawanan dengan perhambaan..jalan Tasawuf adalah buang 'Tujuan' selain dari Allah.

🌹IRADAH itu berlawanan dengan PERHAMBAAN..Martabat kehambaan yang paling tinggi dalam tasawuf dan kewalian itu berada di bawahnya...Kehambaan itu adalah martabah Baginda Rasulullah ﷺ Khas Baginda atau Pewaris Hadrah Baginda Rasulullah ﷺ.

🌹Demikianlah Kalam Guruku yang Kukasihi, Sayidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani..Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Guru kami Sayidi Ahmad Al-Hadi dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh Sayidina Rasulillah ﷺ dan Allah Jallujalalah.

#Via Sayidi Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi AtTijani❤️🌹

۞﷽۞
📿اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩📿

Jumaat, 3 November 2023

Kejayaan dalam Tasawuf

"Orang yang banyak mengira-ngira tidak akan berjaya dalam tasawuf"

- Sayyidi 

** Mengira-ngira adalah nisbah sifat yang suka kepada habuan -habuan dan sering menanti-menanti untuk mendapat sesuatu melalui amalan-amalannya

Jazbah

Perjalanan Tijaniyah adalah perjalanan Jazbah. Sesiapa sahaja yang memasuki perjalanan ini walaupun seorang murid yang baru dia akan melepasi murid yang lama sekiranya dia meletakkan dirinya didalam keadaan rasa tidak layak, rasa penuh kehinaan, rasa tidak mampu, rasa tidak pandai, rasa tak tahu, rasa banyak dosa, sehinggakan dengan zauq ini dia akan ditarik secara tiba-tiba melalui tali Allah untuk menerima pemberian-pemberian dari Allah. 

Rasa selesa dan bangga kerana berada lama dalam perjalanan ini bukanlah syarat mutlak untuk diterima bahkan boleh menjadi hijab, kerana zauq Jazbah untuk diterima itu mensyaratkan kehambaan sehinggalah diri mampu menyembelih keakuan dalam diri.

Justeru itu, walaupun seorang murid yang baru menempuh suluk ini, dia akan ditarik terus oleh Allah sekiranya dirinya diperhiasi dengan zauq kehinaan dan kehambaan, kerana itulah syarat penerimaan Jazbah didalam suluk ini.

- Sebahagian kesimpulan syarahan Sayidi malam tadi

Wallahu a'lam

7 (TUJUH) KEUTAMAAN MEMBACA BASMALAH DI SAMBUNG DENGAN AL-FATIHAH


اَعُوْذُ بِاللّٰهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Disebutkan dalam Kitab Futuhatul Makiyyah dan Kitab Kasyful Hijab, Bahwa Rasulullah ﷺ pernah bersabda dalam Hadis Qudsi : 

وأخرج إبنُ العَرَبِيّ في فُتُوْحَاتِه الْمَكِيَّةِ بِسَنَدِه عن أَبِي بَكرٍ الصدّيق رضي الله عنه مَرفُوعًا، قال النبيُّ صلی الله عليه وسلّم ، قال اللّٰهُ تعالى : يَا إسْرَافِيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. 

Nabi ﷺ bersabda, Allah ﷻ berfirman : "Demi Kemuliaan-Ku dan Demi Keagongan-Ku dan Demi Kedermawanan-Ku dan Demi Kemurahan-Ku.. Wahai Israfil, barang siapa yang membaca 'Bismillaahir rohmaanir rohiim' dengan disambung dengan bacaan surah Al-Fatihah dibaca sekali (di dalam solat atau di luar solat), maka saksikanlah (Wahai malaikat-malaikat-Ku), Sungguh AKU, 

1. Mengampuni dosa-dosanya
2. Menerima seluruh kebaikannya
3. Mema'afkan semua keburukannya
4. Tidak akan membakar lidahnya dengan api neraka
5. Menjaganya dari siksa kubur, siksa neraka, siksa Hari Kiamat dan kepanikan besar (pada Hari Kiamat saat nama-nama makhluq semuanya disebutkan),
6. Dan dia menjumpai-Ku sebelum para Nabi dan para Wali,
7. Dan dirinya termasuk orang-orang yang beriman”. 

AMALAN SAYYIDUL AULIYA', SAYYIDI ASY-SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD TIJANI RA. 

Kerana Hadis di atas yang sampai kepada beliau Sayyidi Asy-Syeikh Ahmad bin Muhammad At-Tijani RA, maka beliau menjadikannya sebagai Amaliyah beliau sepanjang umur. Beliau Sayyidil Auliya' Sayyidis Syekh Ahmad bin Muhammad At-Tijani ra, tidak pernah meninggalkannya sekalipun, baik dalam solat maupun lainnya, dan itu semua kerana besarnya fadhilat atau keutamaan yang ada didalamnya. 

Apabila diamalkan, walaupun hanya sekali saja, maka malaikat akan jadi saksi bahwa Allah ﷻ telah : 

1. Mengampuni dosa-dosanya
2. Menerima seluruh kebaikannya
3. Mema'afkan semua keburukannya
4. Lidahnya tidak akan terbakar api neraka
5. Terjaga dari siksa kubur, siksa neraka, siksa Hari Kiamat dan kepanikan besar (pada Hari Kiamat saat nama-nama makhluq semuanya disebutkan),
6. Dan dia menjumpai-Ku sebelum para Nabi dan para Wali,
7. Dan dirinya termasuk orang-orang yang beriman”. 

Beliau (Sayyidul Auliya') Istiqomah "menyambung bacaan Basmalah dengan Surah Al-Fatihah". 

Berikut pernyataan beliau Sayyidil Auliya' Sayyidis Syekh Ahmad bin Muhammad At-Tijani ra 

وقال سيّدُنا أحمد التجاني رضي الله عنه في سبب ِذلك ما نصّه : عُمْرِي مَا نَتْرُكُ الْبَسْمَلَةَ مُتَّصَلَةً بِالْفَاتِحَةِ لَا فِي الصلاةِ ولا في غَيْرِها للحَديثِ الوَارِدِ في فَضْلِهَا الْمُؤَكَّدِ بِالْيَمِيْنِ. ونَصُّ الحديثِ هو قَوْلُهُ ﷺ :
قال الله تعالى : يا إسرافيلُ، وَ عِزَّتِي وَ جَلَالِي وَ جُوْدِي وَ كَرَمِي، مَنْ قَرَأَ بسم الله الرحمن الرحيم مُتَّصَلَةً بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ مَرَّةً وَاحِدَةً ، فَاشْهَدُوْا عَلَيَّ أَنِّي قَدْ غَفَرْتُ لَهُ، وَ قَبِلْتُ مِنْهُ الْحَسَنَاتِ وَتَجَاوَزْتُ لَهُ عَنِ السَّيِّئَاتِ، وَلَا أَحْرَقُ لِسَانَهُ بِالنَّارِ، وَ أُجِيْرُهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَ عَذَابِ النَّارِ وَ عَذَابِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ وَيَلْقَانِي قَبْلَ الْأَنْبِيَاءِ وَالْأَوْلِيَاءِ وَهُوَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ. إنتهی 

كما في "كشف الحجاب" 

Sayyidi Ahmad At- Tijani ra berkata tentang masalah membaca Basmalah yang disambung dengan bacaan Surah Al-Fatihah : "Sepanjang umurku, aku tidak pernah meninggalkan membaca Basmalah dengan dengan bacaan Surat Al-Fatihah, baik didalam Solat atau yang lainnya, kerana ada Hadis yang datang yang menerangkan tentang keutamaannya, yang Hadis itu diawali dengan sumpah Allah ﷻ. Hadis itu adalah seperti yang di sebutkan di atas".

Seperti yang telah disebutkan dalam Kitab "Kasyful Hijab". 

SEMOGA KITA SEMUA JUGA DI BERI PERTOLONGAN OLEH ALLAH ﷻ UNTUK BERUPAYA MENGAMALKANNYA SECARA ISTIQAMAH SAMPAI AKHIR HAYAT KITA. AAMIIN... 

يَا ﷲُ بِهَا يَاﷲُ بِهَا يَا ﷲُ بِحُسْنِ الْخَاتِمَۃِ... 

هَدَانَا اللّٰهُ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ. آمِيْنَ 

وﷲ اعلم بالصواب 

اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍۨ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي اِلٰی صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلٰی آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ 

بِجَاهِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ صلّی اللّه عليه وسلّم وَبِجَاهِ شَيْخِنَا وَسَنَدِنَا دُنْيًا وَاُخْرًی سَيِّدِي اَبِي الْعَبَّاسِ احمد بن محمّد التِّجَانِي رضي اللّه عنه وعنّا به. آمين 

اَللّٰهُمَّ احْشُرْنَا فِي زُمْرَةِ اَبِي الْفَيْضِ التِّجَانِي وَاَمِدَّنَا بِمَدَدِ خَتْمِ الْاَوْلِيَاءِ الْكِتْمَانِي. آمِيْنَ

#CPF

Konflik Filastin

Pagi ni saya tengok jumlah follower kepada seorang influencer terkenal berkurang dari lebih 1M kepada 869k di TikTok.

Sayapun tak follow beliau, tetapi saya terbaca berita bahawa beliau enggan memberi sokongan terbuka kepada Flastin menyebabkan follower turun mendadak.

Saya percaya, ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap isu ini. Tidak kira Muslim ataupun non Muslim, perasaan neutral wujud kerana buta sejarah. 

Buta sejarah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan siapa yang bersalah dalam konflik ini.

Tidak ramai yang tahu bahawa konflik yang berlaku di Flastin telah bermula lebih 100 Tahun lampau.. biar saya ceritakan di sini. Moga yang buta akan celik, yang pekak dan tuli akan cuba mendengar. 

Setelah keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyah, Liga bangsa telah memberi mandat kepada British untuk menjaga Flastin yang diduduki oleh majority Bangsa Arab.

1917 - Deklarasi Balfour 
- Menteri Luar British, Arthur Balfour menulis surat kepada Lional Walter Rothschild, president komuniti Yahudi Zionist supaya mendirikan rumah nasional Yahudi untuk penempatan rakyat Yahudi di Flastin.

1923 - 1933 - Gelombang kemasukan bangsa Yahudi beramai-ramai ke Flastin secara berperingkat. Kebangkitan Nazisme pada 1933 telah melakukan pembataian kepada bangsa Yahudi. Adolf Hitler menyifatkan Yahudi bangsa yang berbahaya dan perlu dihapuskan. Puak Yahudi dibawa masuk ke Flastin dan menduduki perumahan nasional secara selamat.

1036-1939 - Penduduk Flastin enggan menyerahkan tanah kepada penduduk Yahudi. Berlaku pemberontakan Arab di Flastin. Penduduk Flastin melakukan mogok dan enggan memberikan ruang kepada penduduk Yahudi yang semakin bertambah.

1939 - British mengerahkan 30,000 tentera melancarkan serangan kepada rakyat Flastin yang memberontak dan enggan berganjak. Bom dilepaskan dari udara dan rumah rakyat Flastin dimusnahkan. Lebih 5000 rakyat Flastin terbunuh, lebih 20, 000 cedera dan seramai 5600 orang ditahan dan dipenjara.

1947 - Populasi Yahudi meningkat di Flastin dan PBB melancarkan resolusi 181 dengan membahagikan Flastin kepada dua bahagian iaitu Arab dan Yahudi. Resolusi ini ditolak oleh rakyat Flastin dan rakyat Flastin tidak mahu berganjak.

1948 - Operasi menghancurkan Kota Flastin. Lebih 500 desa dan kota kecil dimusnahkan. Anak2 Flastin dibunuh kejam. Peristiwa ini disebut Nakba yang bermaksud bencana. Lebih 15, 000 rakyat Flastin terbunuh, dan tentera yahudi Zionist berjaya menguasai 78% wilayah Flastin. Sisanya hanya 22% sekitar tebing barat dan semenanjung gaza yang menempatkan rakyat Flastin yang sentiasa dikepung.

Impak peristiwa Nakba, Lebih 750, 000 rakyat Flastin terpaksa meninggalkan rumah mereka. 

1987 - Intifada pertama
Protes rakyat Flastin di Tebing Barat. Pemuda Flastin bangkit melawan tentera Zionist. Mereka dengan beraninya melempar batu ke arah tank2 kereta kebal Zionist. Tertubuhnya Hamas yang diasaskan oleh seorang imam, Syeikh Ahmed Yassin. Hamas melancarkan pasukan bersenjata untuk melawan regim Zionist. Dalam intifada pertama, 1070 warga Flastin terbunuh termasuk 237 kanak-kanak.

2000 - Intifada kedua 
Ariel Sharon (pemimpin Israel) datang ke Masjidil aqsa secara provokasi menyebabkan rakyat Flastin memberontak. Namun, regim Zionist melancarkan serangan kepada penduduk Flastin dengan tembakan, kereta kebal dan serangan udara. 

Selepas intifada kedua, ruang rakyat Flastin semakin menyusut. Lebih Sejuta hektar tanah diambil oleh puak Yahudi. Flastin pada peta dunia telah diubah kepada Israel. 

2008, 2012, 2014, 2021
- Serangan berterusan regim Zionist ke atas penduduk Gaza. Ribuan warga Flastin terbunuh. Rumah, sekolah, masjid dan gedung2 musnah. Pengepungan dilakukan berterusan dan menghalang pembangunan di Flastin. 

2023 - Taufan alAqsa
Buat pertama kalinya, pejuang Hamas memasuki Israel dari gaza untuk bertempur dengan regim Zionist. Lebih 5000 buah roket dilancarkan, mensasarkan markas tentera regim Zionist.

Tentera Israel telah melakukan serangan balas ke atas Gaza dengan memusnahkan rumah, hospital, sekolah, masjid, termasuk gereja kristian orthodox.

Sehingga ke hari ini, tentera Hamas masih meneruskan serangan besar-besaran dan menyeru umat Islam seluruh dunia BANGKIT membantu mereka. 

Hamas dan rakyat Flastin bemati-matian berjuang untuk membaskan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Adakah umat Islam seluruh dunia sudah buta dan hanya berpeluk tubuh? 

Antara kebutaan yang jelas nyata adalah bersikap neutral, bahkan menafikan sokongan terhadap Flastin. Jangan selamanya menjadi buta mata hati, saudara kita di Flastin sedang menunggu kita!

Berkorban dan sumbangkanlah apa yang bersisa dari titik peluh kita, agar ianya menjadi saksi ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Hantarkan bantuan selagi termampu, terus ke bumi Gaza. No akaun sumbangan boleh di access di FB Nadir Al-Nuri 

Kisah panjang ini, telah saya tulis dengan sepenuh perasaan sehingga meremang darah perjuangan di dalam batang tubuh. Tolong sampaikan sejarah ini kepada sesiapa yang masih lena.

Kredit
Asmah Chem