●أَعُوذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
●اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ◯
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Puji-pujian keatas Allah ﷻ yang telah mengurniakan kita dengan sebaik-baik nikmat-Nya yang Agong Saiyidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan dan contoh penerimaan oleh Allah ﷻ di dalam Hadrah-Nya.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Yang Mulia Saiyidina Muhammad ﷺ yang menjadi benih alam, Pembuka atas apa-apa yang tertutup, dan menjadi Penutup atas apa-apa yang terbuka.
Risalah ini di susun atas permintaan Muqaddam Kuala Lumpur, Ustaz Ubaidah sebagai panduan untuk mereka yang berminat beramal dengan Selawat Al Fatih. Risalah panduan ini disusun berpandukan;
I. KITAB MUKHTASAR AURAD AS-SAADAH AT-TIJANIYYAH yang ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
II. Syarahan Selawat Al Fatih dari KITAB AN-NURUL LA-IH FI SYARHI SOLATIL FAATIH yang disyarahkan dan ditulis oleh Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta’ala
Adapun pada Kaifiyat untuk amalan ini, hamba membahagikannya kepada tiga bahagian, iaitu
●Kaifiyat Di sisi Zahir akan diri seseorang,
●Kaifiyat Disisi Batin akan diri seseorang, dan
●Kaifiyat Membaca Selawat Al Fatih.
★Dan Kaifiyat ini adalah merujuk kepada Kaifiyat sempurna amalan bacaan Selawat Al Fatih 100x pada nisbah amalan Wirid Lazim dan juga bacaan Zikir Wazifah, kerana pada nisbah amalan Wirid Lazim dan bacaan Zikir Wazifah itu, menyamai akannya solat rohani akan seseorang itu.
KAIFIYAT DI SISI ZAHIR
i. WAKTU
– Diperbolehkan membacanya pada bila-bila waktu, namun didahulukan waktu yang afdhal membaca akan Selawat Al Fatih itu di malam hari, sehingga digandakan fadhilatnya 500 kali.
Diqiaskan waktunya yang afdhal itu sekira-kira membaca 5 hizb Al Quran secara tartil selepas daripada masuknya waktu Isyak atau kira-kira 1 jam selepas masuknya waktu Isyak.
ii. NIAT
– Meniatkan semata - mata untuk makrifah akan Junjungan Besar Yang Mulia Sayidina Muhammad ﷺ .
iii. SUCI DIRI
– Memastikan diri dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar, serta hendaklah memastikan diri dalam keadaan berwudhuk. Suci pakaian yang dipakai, membersihkan mulut (bersugi) daripada bau makanan (bawang, ulam petai, dan seumpamanya). Dan terlebih afdhal berwangi - wangian akan dirinya dan tempat zikirnya. Dan terlebih besar juga engkarnya adalah pada bau rokok atau tembakau yang dihisap, atau pada bau benda-benda yang memabukkan.
iv. SUCI TEMPAT
– Hendaklah juga memastikan suci itu pada tempat untuk membaca akan Selawat Al Fatih itu, tempat tidak berselerak, dan duduk atas hamparan yang suci dalam keadaan menghadap ke Kiblat, dan pastikan tidak ada bau yang busuk atau bau yang kurang selesa semasa pembacaan Selawat Al Fatih.
v. MENUTUP AURAT
– Memastikan diri dalam keadaan sempurna pakaian disisi syarak, menutup aurat seperti mana keadaan diri menutup aurat ketika bersolat.
vi. TIDAK BERCAKAP - CAKAP
– Hendaklah mengawal diri daripada bercakap - cakap semasa berselawat.
vii. DUDUK
– Duduklah bersila seperti duduknya seorang hamba yang merendah diri dengan Tuan, dan merendahkan sedikit bahagian belakang, yakni menundukkan sedikit kepala dan bahu, serta menjatuhkan pandangan kepada biji tasbih yang dibilang.
viii. TETAP DIRI
– Hendaklah mengelakkan diri daripada bergoyang atau menggoyang - goyangkan diri mengikuti Selawat yang dibaca, atau berpaling diri memandang akan sesuatu, atau menggerak - menggerakkan anggota badan tanpa ada sebarang sebab dan keperluan.
ix. MEMELIHARA MATA
– Tetaplah keadaan berselawat itu seperti mana melakukan solat yang mana tidak memejamkan mata ketika berselawat dan bersungguh-sungguh memelihara mata daripada pejam, atau meliarkan pandangan mata yang tidak ada keperluan, melainkan terarah pandangan kepada biji tasbih.
KAIFIYAT DI SISI BATIN
i. IJAZAH SANAD – Ijazah Sanad daripada seorang Guru atau Syeikh yang diberi izin adalah penting kerana ianya merupakan salah satu keberkatan dalam amalan dan daripada Ijazah Sanad ini ianya akan bercambah menjadi kebaikan - kebaikan yang melimpahi diri pembaca, bahkan ianya membantu untuk membuka kefahaman - kefahaman rohaniah yang berbentuk rahsia-rahsia di dalam Selawat Al Fatih.
ii. HADIR HATI – Dibolehkan meletakan nama Ahmad ﷺ dengan Muhammad ﷺ di hadapan kita semasa melakukan selawat dengan niat untuk Tawajjuh dan memelihara fokus konsentrasi dalam nama Ahmad ﷺ dan Muhammad ﷺ, dan memohon kepada Allah ﷻ agar dibukakan kepada kita rahsia-rahsia dan cahaya-cahaya, makna-makna, nur-nur, dengan dua nama itu.
iii. MENENGGELAMKAN DIRI DALAM SELAWAT AL FATIH
– Maka perbuatlah majlis khas untuk membaca Selawat Al Fatih dan hendaklah duduk berselawat di dalam Majlis Selawat Al Fatih yang khas itu, sambil mengingati kalam - kalam khas akan hakikat - hakikat Baginda Rasulullah ﷺ dan memikirkan tentang kehebatan, kemuliaan, ketinggian, dan kebesaran Baginda Rasulullah ﷺ .
iv. MENDALAMI ILMU HAKIKAT SAYIDINA MUHAMMAD ﷺ
- Mendalami ilmu Hakikat Sayidina Muhammad ﷺ akan membantu diri untuk masuk, tenggelam, dan bersatu di dalam Selawat Al Fatih. Pada seseorang yang telah tenggelam di dalam Selawat Al Fatih itu, bahawa makna - makna hakikat-hakikat, cahaya - cahaya Rasulullah ﷺ , rahsia - rahsia Rasulullah ﷺ , ianya ibarat hujan yang turun ke atas diri. Walaupun lidah telah berhenti, tidak bergerak dengan Selawat Al Fatih, namun diri tetap berselawat dengan Selawat Al Fatih dan fana di dalam Selawat Al Fatih.
v. MENDALAMI HAKIKAT KEBESARAN SELAWAT.
– Mendalami makna Selawat (hanya Allah yang layak berselawat) akan memperkenalkan kita kepada kebesaran Saiyidina Muhammad ﷺ khususnya kebesaran Selawat Al Fatih yang dinisbahkan sebagai Selawat Allah ﷻ dari PerbendaharaanNya Yang Maha Agong sebagai hadiah untuk ummat akhir zaman, sehinggakan Awliya yang terdahulu, yang mati sebelum Selawat Al Fatih berasa cemburu kerana tidak berpeluang untuk berselawat ke atas Baginda Nabi ﷺ dengan Selawat Al Fatih.
vi. MEMPELAJARI ILMU SYAMAIL.
– Mendalami ilmu Syamail akan membantu diri untuk tenggelam dalam mengkhayalkan diri serta rupa paras Saiyidina Muhammad ﷺ , serta mengkhayalkan kehadiran Baginda ﷺ dihadapan kita ketika kita membaca Selawat. Ianya penting untuk membuang lalai atau ghaflah semasa berselawat. Usahakanlah untuk bertafakkur tentang syamailnya Baginda ﷺ yang berbangsa zahir ketika berselawat. Semasa Selawat itu dibaca, maka perkara ini akan menyibukan diri kita dengan Baginda ﷺ dan menjauhi lalai atau ghaflah. Lama-kelamaan ianya akan tetap dalam diri kita, dan dipanggil hudhur dengan Baginda Nabi ﷺ , hudhur kita dengan Baginda Rasululllah ﷺ yang hadir.
vii. MERANGSANG HATI PADA BAGINDA ﷺ.
- Pada diri seseorang itu, tidak dapat tidak, hati memainkan peranan penting dalam membentuk kecintaan dan kerinduan. Justeru itu, hati yang sentiasa dirangsang dengan Baginda ﷺ akan lebih mudah rindu dan tenggelam di dalam majlis Selawat. Merangsang hati dengan Baginda ﷺ boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti memperbanyakkan membaca Sirah Baginda ﷺ , atau pun duduk dalam majlis dan mendengar sirah - sirah Baginda ﷺ , bersahabat dengan mereka-mereka yang sentiasa memperdengarkan kita tentang kisah Baginda ﷺ , atau pun membiasakan diri mendengar Qaseedah (puji - pujian) ke atas Baginda ﷺ .
KAIFIYAT MEMBACA AMALAN SELAWAT AL FATIH
i. Membaca ta'awuz:
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ
ii. Membaca AlFatihah:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
iii. Membaca Selawat Al Fatih 100x.
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
100x
iv. Membaca
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا.
v. Membaca
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
vi. Membaca Doa Selawat Al Fatih
●اللَّهُمَّ بِجَاهِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ ◯
●Ya, Allah dengan pangkat Baginda ﷺ yg membuka apa yang tertutup, bukakan kepadaku setiap pintu kebaikan yang Engkau bukakan kepada Penghulu kami Muhammad ﷺ Rasul Engkau.
●وَبِجَاهِ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ، إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ "قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menutupi apa yang telah berlalu, tamatkan daku dengan penamat orang² yang terselamat (berjaya) iaitu orang - orang yang mengharapkan keredhaan Engkau.
Yang dikatakan kepada mereka :
"Wahai hamba²-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah berputus asa dengan rahmat Allah"
●وَبِجَاهِ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الْأَعْدَاءِ نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوًا "قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ" ◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menolong kebenaran dengan kebenaran, tolonglah daku atas semua musuh dengan kemenangan, yang pernah berkata oleh mereka : "Adakah kami ini bahan gurauan" "Ucapkan : Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi orang yang jahil".
●وَبِجَاهِ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ، إِهْدِنَا صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ "مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللّٰهِ"◯
●Dengan pangkat Baginda ﷺ yang menunjuk kepada jalan-Mu yang lurus, tunjukkan jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka daripada kalangan para Nabi, para Siddiqin, para Syuhada' dan orang - orang Soleh, dan merekalah sebaik-baik teman, itulah kurniaan daripada Allah.
𝗡𝗼𝘁𝗮:
Diperbolehkan juga untuk berdoa dengan apa-apa doa yang baik.
●Diakhiri dengan membaca
●بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ١ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ٢ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ٣ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ٤ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ٥ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ٦ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ٧
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ۞وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan