Menurut al-Imam al-Ghazali Rahmatullah Alaih, dan juga sepertimana Ahli-Ahli Tassawuf yang lainnya.
Adanya empat ciri-ciri yang dimiliki oleh Hati Manusia, iaitu :
- SAB’IYYAH (Binatang buas).
- BAHIMIYYAH (Binatang rakus yang bersumberkan daripada Syahwat).
- SYAITHANIYYAH (Syaitan).
- RABBANIYAH (Tuhan).
Hati Manusia akan berfungsi untuk Menyatukan keempat-empat sifat-sifat tersebut dengan secara sekaligus.
Kita ini pada Hakikatnya adalah Makhluk yang mempunyai banyak Keperibadian.
Didalam Psikologi Modern, hanya orang-orang Gila sahajalah yang akan mempunyai Keperibadian yang banyak.
Jadi, pada Hakikatnya kita ini sememangnya adalah Gila !
Oleh kerana menurut Para SUFI, kita ini memiliki Keperibadian yang banyak.
Menurut al-Imam al-Ghazali pula, kita ini sebagai manusia akan menggabungkan keempat-empat Ciri Hati tersebut dengan secara sekaligus.
Keempat-empat ciri-ciri tersebut itu akan menjadi Ciri Hati Manusia.
al-Imam Al-Ghazali juga telah menggambarkan bahawa, seolah-olahnya didalam diri kita ini adanya sifat :
- ANJING (Sab’un : Binatang buas).
- BABI (Bahimah : Binatang rakus dan pengejar Syahwat).
- SYAITAN dan juga AL-HAKIM (Yang Maha Bijak).
- GHADHAB (Marah) adalah sumber energi.
Orang-orang yang tidak memiliki Jiwa Sab’iyyah itu tidak akan pernah sesekali boleh Marah meskipun dia telah diseksa.
Dia hanya akan tetap Pasrah sahaja dengan segala-galanya.
Maka orang-orang yang sebegitu kebiasaannya adalah seorang yang Penakut dan Pengecut.
Kadang-kadang, kita sebagai manusia ini tersangat-sangatlah memerlukan Jiwa Sab’iyyah ini.
Sebab hal itulah yang akan sentiasa mendorong kita untuk Bertindak dan Bersaing.
Jikalau kita tidak memiliki dorongan yang seperti ini, maka kita tidak akan pernah sesekali lebih maju kehadapan.
Syahwat (Potensi Bahimiyyah) itu adalah Keinginan-Keinginan yang bermacam-macam.
Misalnya,
Adanya Keinginan-Keinginan untuk mempunyai rumah yang mewah, baju yang mahal, makanan yang sedap-sedap sahaja, tidur yang lena dan sebagainya.
Kita juga kadangkala perlu memiliki Syahwat. Jikalau tidak, kita tidak akan pernah mempunyai Kemahuan.
Maka, kita akan menjadi tersangat-sangatlah Lemah.
Jadi, yang mendorong manusia hidup itu adalah kerana Jiwa Babi yang berada didalam dirinya.
Sementara Ciri-Ciri SYAITHANIYYAH dan RABBANIYAH itu pula adalah dua Kekuatan yang berada didalam Hati Manusia, yang akan Mengeksploitasi dan Mengendalikan dua Kekuatan yang sebelumnya.
Didalam diri manusia itu, yang sebetulnya terjadi adalah 'PERTARUNGAN' diantara dua Kekuatan tersebut.
Jikalau Syaitan yang Memenangkannya, maka seseorang itu akan menjadi tersangat-sangatlah Rosak dan Rakus.
Ia akan memakan apa-apapun sahaja tanpa mempedulikan apa-apapun.
Tidak hanya memakan nasi sahaja. Akan tetapi, tanah orang-orang lain ataupun Hak orang-orang lain juga turut dimakannya tanpa memperdulikan apa-apapun.
Namun, jikalau Potensi ataupun Hal Keadaan itu boleh dikendalikan oleh Akalnya Yang Suci (RABBANIYAH).
Maka, kedua-duanya itu hanya akan bergerak kearah yang lebih Bermanfaat bagi dirinya dan seluruh manusia diatas bumi ini.
Ia akan tetap Bersemangat untuk mengumpulkan segala Kekayaan ataupun segala Kebaikan, demi untuk Disumbangkan dan Diperlakukan (Dimuliakan) kepada orang-orang yang berada disekitarnya.
Kata al-Imam al-Ghazali bahawa,
Kita hanya akan sering mengejek-ejek orang-orang yang Menyembah Patung Berhala.
Padahal siapalah yang akan Menyedari bahawa,
Kitalah yang sebenar-benarnya sedang Menyembah Berhala Anjing mahupun Berhala Babi yang berada didalam diri kita sendiri.
Jikalau Berhala Anjing yang kita Sembah didalam diri kita, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Pendengki dan Pendendam semata-mata.
Jikalau Berhala Babi yang kita sembah didalam diri kita, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Rakus dan Serakah semata-mata.
Dan jikalau Syaitan yang kita Sembah, maka kita hanya akan sentiasa menjadi seorang yang Cerdik Pandai didalam Tipu Daya dan Berkhianat semata-mata.
Sentiasa Cerdik Pandai didalam mencari-cari segala Alasan Demi Alasan untuk menutupi segala Kesalahan diri dan sentiasa mencari-cari Pembenaran bagi segala Dosa-Dosa kita sendiri.
Menurut Para ARIFBILLAH',
Sesiapapun atau apa-apapun yang kita Sembah, maka itulah yang akan 'MEMBENTUK RUH' kita sendiri pada Hakikatnya.
Oleh kerana itu,
Agar RUH kita senantiasa sahaja tetap sebagai INSAN KAMIL MUKAMIL Yang HAQIQI.
Dan senantiasa sahaja menjadi INSAN YANG SEMPURNA.
Maka kita haruslah senantiasa berterusan Istiqomah dengan Berusaha dan terusan Berusaha untuk menjadi INSAN YANG BIJAKSANA.
Mengendalikan Hawa Nafsu kita dengan Bimbingan TAUHID Yang HAQIQI dengan Setulus Ikhlas BERSERAH DIRI secara seluruhnya hanyalah kepada ALLAH SWT semata-mata.
Maka dengan sebegitu, RUH kita akan boleh senantiasa sahaja menjadi RUH MALAIKAT-NYA.
Semoga kita senantiasa mencapai KEBAHAGIAAN dan KETENANGAN HATI di Dunia sehinggalah ke Akhirat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan