Jumaat, 3 November 2023

Konflik Filastin

Pagi ni saya tengok jumlah follower kepada seorang influencer terkenal berkurang dari lebih 1M kepada 869k di TikTok.

Sayapun tak follow beliau, tetapi saya terbaca berita bahawa beliau enggan memberi sokongan terbuka kepada Flastin menyebabkan follower turun mendadak.

Saya percaya, ramai dari kalangan rakyat Malaysia yang bersikap neutral terhadap isu ini. Tidak kira Muslim ataupun non Muslim, perasaan neutral wujud kerana buta sejarah. 

Buta sejarah menyebabkan mereka tidak dapat membezakan siapa yang bersalah dalam konflik ini.

Tidak ramai yang tahu bahawa konflik yang berlaku di Flastin telah bermula lebih 100 Tahun lampau.. biar saya ceritakan di sini. Moga yang buta akan celik, yang pekak dan tuli akan cuba mendengar. 

Setelah keruntuhan Empayar Turki Uthmaniyah, Liga bangsa telah memberi mandat kepada British untuk menjaga Flastin yang diduduki oleh majority Bangsa Arab.

1917 - Deklarasi Balfour 
- Menteri Luar British, Arthur Balfour menulis surat kepada Lional Walter Rothschild, president komuniti Yahudi Zionist supaya mendirikan rumah nasional Yahudi untuk penempatan rakyat Yahudi di Flastin.

1923 - 1933 - Gelombang kemasukan bangsa Yahudi beramai-ramai ke Flastin secara berperingkat. Kebangkitan Nazisme pada 1933 telah melakukan pembataian kepada bangsa Yahudi. Adolf Hitler menyifatkan Yahudi bangsa yang berbahaya dan perlu dihapuskan. Puak Yahudi dibawa masuk ke Flastin dan menduduki perumahan nasional secara selamat.

1036-1939 - Penduduk Flastin enggan menyerahkan tanah kepada penduduk Yahudi. Berlaku pemberontakan Arab di Flastin. Penduduk Flastin melakukan mogok dan enggan memberikan ruang kepada penduduk Yahudi yang semakin bertambah.

1939 - British mengerahkan 30,000 tentera melancarkan serangan kepada rakyat Flastin yang memberontak dan enggan berganjak. Bom dilepaskan dari udara dan rumah rakyat Flastin dimusnahkan. Lebih 5000 rakyat Flastin terbunuh, lebih 20, 000 cedera dan seramai 5600 orang ditahan dan dipenjara.

1947 - Populasi Yahudi meningkat di Flastin dan PBB melancarkan resolusi 181 dengan membahagikan Flastin kepada dua bahagian iaitu Arab dan Yahudi. Resolusi ini ditolak oleh rakyat Flastin dan rakyat Flastin tidak mahu berganjak.

1948 - Operasi menghancurkan Kota Flastin. Lebih 500 desa dan kota kecil dimusnahkan. Anak2 Flastin dibunuh kejam. Peristiwa ini disebut Nakba yang bermaksud bencana. Lebih 15, 000 rakyat Flastin terbunuh, dan tentera yahudi Zionist berjaya menguasai 78% wilayah Flastin. Sisanya hanya 22% sekitar tebing barat dan semenanjung gaza yang menempatkan rakyat Flastin yang sentiasa dikepung.

Impak peristiwa Nakba, Lebih 750, 000 rakyat Flastin terpaksa meninggalkan rumah mereka. 

1987 - Intifada pertama
Protes rakyat Flastin di Tebing Barat. Pemuda Flastin bangkit melawan tentera Zionist. Mereka dengan beraninya melempar batu ke arah tank2 kereta kebal Zionist. Tertubuhnya Hamas yang diasaskan oleh seorang imam, Syeikh Ahmed Yassin. Hamas melancarkan pasukan bersenjata untuk melawan regim Zionist. Dalam intifada pertama, 1070 warga Flastin terbunuh termasuk 237 kanak-kanak.

2000 - Intifada kedua 
Ariel Sharon (pemimpin Israel) datang ke Masjidil aqsa secara provokasi menyebabkan rakyat Flastin memberontak. Namun, regim Zionist melancarkan serangan kepada penduduk Flastin dengan tembakan, kereta kebal dan serangan udara. 

Selepas intifada kedua, ruang rakyat Flastin semakin menyusut. Lebih Sejuta hektar tanah diambil oleh puak Yahudi. Flastin pada peta dunia telah diubah kepada Israel. 

2008, 2012, 2014, 2021
- Serangan berterusan regim Zionist ke atas penduduk Gaza. Ribuan warga Flastin terbunuh. Rumah, sekolah, masjid dan gedung2 musnah. Pengepungan dilakukan berterusan dan menghalang pembangunan di Flastin. 

2023 - Taufan alAqsa
Buat pertama kalinya, pejuang Hamas memasuki Israel dari gaza untuk bertempur dengan regim Zionist. Lebih 5000 buah roket dilancarkan, mensasarkan markas tentera regim Zionist.

Tentera Israel telah melakukan serangan balas ke atas Gaza dengan memusnahkan rumah, hospital, sekolah, masjid, termasuk gereja kristian orthodox.

Sehingga ke hari ini, tentera Hamas masih meneruskan serangan besar-besaran dan menyeru umat Islam seluruh dunia BANGKIT membantu mereka. 

Hamas dan rakyat Flastin bemati-matian berjuang untuk membaskan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Adakah umat Islam seluruh dunia sudah buta dan hanya berpeluk tubuh? 

Antara kebutaan yang jelas nyata adalah bersikap neutral, bahkan menafikan sokongan terhadap Flastin. Jangan selamanya menjadi buta mata hati, saudara kita di Flastin sedang menunggu kita!

Berkorban dan sumbangkanlah apa yang bersisa dari titik peluh kita, agar ianya menjadi saksi ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Hantarkan bantuan selagi termampu, terus ke bumi Gaza. No akaun sumbangan boleh di access di FB Nadir Al-Nuri 

Kisah panjang ini, telah saya tulis dengan sepenuh perasaan sehingga meremang darah perjuangan di dalam batang tubuh. Tolong sampaikan sejarah ini kepada sesiapa yang masih lena.

Kredit
Asmah Chem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan