Kekurangan dan kelemahan umat di zaman ini dibantu dengan kehadiran selawat fateh..ianya merupakan anugerah Allah سبحانه وتعالى kepada umat Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang kebanyakannya dalam keadaan leka,alpa dan cuai..
Keagungan selawat ini ialah menjadi jurubahasa bagi tiga tingkatan martabat berikut...
1.Hakikat Ahmadiah ( ilmu yang dikhaskan semata-mata untuk diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم)
2.Hakikat Muhammadiah ( ilmu auliyaa'illah)
3.Hakikat Adamiah (ilmu syariat)
KEMULIAAN HAKIKAT BAGINDA SAW
Hakikat Ahmadiah itu adalah ibu segala hakikat-hakikat, itulah diri berdirinya Nabi SAW dengan hakikatnya yang ketunggalan, yang bersifat dengan esa dan ketunggalannya ia daripada segala ciptaan secara segala perincian..
iaitu di dalam Hadrah "Ha'ul-Huwwiyah" هَاءِالهَوِيَّةِ
dan pada martabat itu tidak mengetahui akan Hakikat Baginda SAW melainkan penciptanya (Allah SWT).
Itulah jihah/arah penerimaan Hakikat Ahmadiah drdp Hadrah Al-Qidam,
itulah sabdaan Hadis Baginda SAW,
"Tidak mengenali aku secara Hakikat melainkan Tuhanku".
Dan daripadanya (Hakikat Ahmadiah), Allah Ta'ala mengeluarkan dengan semata-mata kurnianNya yang meratai akan Hakikat Muhammadiah
Dan menjadikan akan Hakikat Muhammadiah itu sebagai asal usul ataupun punca bagi segala hakikat-hakikat di dalam kerajaan Ilahi.
Ijazah Am
Selawat Fatih
Disertakan Rantaian Sanad
Bagi siapa yg nak amalkan
Sanad Zahabi (Emas)
Al-Qutubul Maktum Wa-khotmul Muhammadi Alma'lum Sayyiduna Wamaulana Ahmad At-Tijani Al-Hasani RA
⬇
Sidi Muhammad Al-Gholi Al-Hasani RA
⬇
Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja'fari Al-Hasani RA
⬇
Sidi Alhaj Alhusein Alyifrini Al-Hasani RA
⬇
Mujaddidulmillah Waddin Sidi Alhaj Alahsan Alba'qili Al-Hasani RA
⬇
Sidi Muhammad Al-habib Alba'qili Al-Hasani RA
⬇
Sidi Alahsan Alyifrini Al-Hasani RA
⬇
Sayyidina Murobbina Sidi Ahmad Alhadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizullahu Taala
Qobiltu ijazah
BalasPadam