Selasa, 24 Oktober 2023

JALAN MA'RIFAT

Barangsiapa yang masih belum lagi berjumpa dengan GURU yang MURSYID (ARIFBILLAH'), maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN TAUBAT.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN TAUBAT, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN ILMU.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN ILMU, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN BERAMAL.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN BERAMAL, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN USAHA.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN USAHA, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN SABAR.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN SABAR, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN TAWAKKAL.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN TAWAKKAL, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN FANA'.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN FANA, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN BAQA'.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN BAQA', maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN HAKIKAT.

Barangsiapa yang tidak dapat berjumpa dengan JALAN HAKIKAT, maka ia tidak akan dapat berjumpa dengan JALAN MA'RIFAT.

Barangsiapa yang masih belum lagi BERMA'RIFAT, maka ia tidak akan pernah bermula dengan JALAN AGAMA.

Dan barangsiapa yang tidak BERAGAMA, maka menjadilah ia sepertimananya Iblis dan Syaitan semata-mata...

Ketahuilah kamu bahawasanya,

Sesungguhnya MA'RIFAT itu adalah "ANUGERAH ALLAH SWT" kepada Insan-Insan Pilihan-NYA. 

Dan MA'RIFAT itu pula bukanlah suatu perkara yang sangat-sangatlah mudah sahaja untuk dicapai dan dimiliki oleh seseorang.

Apabila kamu telahpun mulai mendapatkan ILMU KETUHANAN dengan hasil daripada Belajar. 

Maka, MA'RIFAT itu hanyalah diperingkat Ilmu dengan Keyakinan kamu kepada Ilmu tersebut semata-mata.

Maka ia dinamakannya sebagai ILMU YAKIN. 

MA'RIFAT yang HAQIQI itu ialah,

Apabila kamu telahpun MENGENAL SEGALA SESUATU dengan secara HAQIQI dan bukanlah lagi dengan berdasarkan Ilmu dan Dalil. 

Apabila kamu sudahpun dibukakan Hijab untuk Melihat dengan PANDANGAN BATINMU akan HAKIKAT WUJUD, maka barulah ianya disebutkan MA'RIFAT. 

Apabila telah menerima PANDANGAN BATINMU, maka barulah ianya dinamakan MA'RIFAT pada Tahap AINUL YAKIN.

Maknanya, kamu telahpun YAKIN diatas PANDANGAN BATINMU akan tentang HAKIKAT SEGALA SESUATU. 

Seterusnya adalah KEYAKINAN yang "SAMPAI" kepada Tahapan yang HAQIQI. 

Iaitu HAQQUL YAKIN.

Maknanya kamu telahpun MENGENAL SEGALA SESUATU itu dengan secara HAQIQI.

Didalam PANDANGAN BATIN, ILMU dan RASA yang tidak sesekali dapat digoyahkan lagi.

Iaitu kamu telahpun mempunyai PENDIRIAN DIRI SENDIRI ataupun PENDIRIAN HIDUP.

Sepertimananya Nabi Khidir AS yang hanya duduk diatas BATU tanpa adanya apa-apapun, diantara Pertemuan Dua Lautan (Lautan SYARIAT dan HAKIKAT).

Setelah kesemuanya Perjalanan dan Tahapan itu Meresap (Menyatu) pada diri kamu, maka Allah SWT akan JAZBAH dirimu sehinggalah "SAMPAI" kepada Maqam KAMALUL YAQIN.

Maka, apabila ditanya kepada Nabi SAW bagaimanakah Beliau MENGENAL TUHAN ?

Dijawabnya dengan :

"ARAFTU RABBI BI RABBI..."

Ertinya : AKU MENGENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan