Isnin, 2 Oktober 2023

ASBAB DIPERNAMAKAN TORIQAH TIJANI SEBAGAI TORIQAH KEHAMBAAN SEMATA MATA DAN KURNIAAN ILAHI ( فضل الإلهي)


Seperti mana telah berkata oleh Sidi Ahsan Albaqili RA : 
" كما خلقك سبحانه من غير غرض فاعبُده من غير غرض "
Seperti mana Allah SWT menjadikan kamu tanpa sebarang tujuan
Beribadahlah kepadaNya tanpa sebarang tujuan ..

-Itulah tiang dan asas di dalam Masyrabnya  
Dan itulah yang di-isyaratkan oleh Syeikh Ahmad Tijani di dalam kitab jawahirul maani :

"Yaitu 1 kalimah لا إله إلا الله drpd sahabat²ku (yg penuh keikhlasan (ahli mukhlas)
tanpa tujuan serta Allah SWT dapat menyaingi ibadah jin dan manusia "

Toriqah ini terbeza  ia secara tunggal daripada Toriqah² iradah yang lain ,Yaitu melontar kemahuan diri  ..

Manhaj ini Menyalahi akan baki pimpinan ahli nisbah yang mengasaskan Toriqah mereka atas menuntut akan kemahuan diri (iradah) daripada tazkiyah nafs, pembukaan dan umpamanya ..

Maka sesungguhnya Seorang hamba, tiada baginya iradah dan tujuan beserta dengan tuanNya 
Dengan sebab itu, Toriqah ini dinamakan dengan Toriqah kehambaan semata-mata..
Toriqah Yang tidak dapat dibandingkan dan ditimbang dengan selainnya 

Maka Amat sukar sekali (dikira seakan mustahil) Bagi sesiapa yang hendak melaksanakan suluknya atas adat kebiasaan drpd perkara masyhur yg berjalan atasnya di dalam Toriqah² pimpinan sufi yang lain (pada ketika ini..)

Mendatangkan dengan apa yang telah disebutkan dan mencukupi secara mutlak drpd zikir² khususi 
Dan menenggelamkan nafas² dan waktu² pada selawat Fatih
Itulah tiang dan asal-usul yang mengisyaratkan akannya oleh Syeikhuna Tijani RA sebelum kewafatan beliau
Dengan katanya:
" صلاة الفاتح والحزب السيفي يغنيان عن غيرهما "

Selawat Fatih dan Hizib Saifi mencukupi daripada Selain keduanya..

Dan Sebab itu Sidi Ahsan Albaqili RA telah menguatkan katanya pada keseluruhan karangan dan risalah²nya yang mulia supaya menjauhkan daripada zikir² ikhtiyar

Kerana zikir² ikhtiyari itu membuka pintu tujuan dan habuan serta Allah
Yg adalah ia menjadi penghalang drpd mentahkikkan adab² kehambaan  semata-mata 
Yang diasaskan atasnya toriqah yang mulia ini 

Moga Allah SWT memberi kesempurnaan hidayah dan Taufiq kepada kami dan kamu semua dan kepada keseluruhan Pengikut hadrah Toriqah

Dan Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yg penyayang
Dan juga selawat dan salam atas Ahli keluarga Baginda SAW dan sahabat-sahabat ahli yang kukuh dan Tahkik (dipersada kehambaan)

Moga Risalah ini dapat membantu hajat kamu semua .
Dan Kepada Allah SWT segala urusan drpd mulanya dan setelahnya

-Nukilan
Syarif Ahmad Al-Hadi Alhasani petang mulia Hari Arafah 1444 hijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan