۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
Sepertimana SELAWAT AL FATIH itu, salah satu PERBENDAHARAAN ALLAH YANG MAHA AGONG, darinya tersimpan dan terzahir akan segala rahsia-rahsia alam, maka bagaimana pula dengan mereka yang terpilih untuk membacanya dan beramal dengannya, siang dan malam, pada setiap hembusan nafas yang keluar dan masuk.
Maka tidaklah masuk dek akal kedudukan mereka itu, walaupun mereka yang awam, kerana kurniaan, anugerah, dan pilihan Allah Ta'ala tidak terikat dengan darjat keilmuan seseorang.
Bagi ummat Baginda Rasulullah ﷺ, mereka semua diistimewakan, mereka semua adalah pilihan Allah Ta'ala, mereka dicemburui oleh Nabi yang terdahulu, maka apakah adakah keraguan pada kurniaan dan anugerah untuk ummat Baginda Rasulullah ﷺ?
SELAWAT AL FATIH itu adalah satu anugerah dan kurniaan dari Allah Ta'ala. Bagi yang mengambilnya sebagai satu kurniaan dan anugerah, mereka adalah sebahagian dari golongan yang tersangat beruntung dari kalangan ummat Sayidina Muhammad ﷺ yang sememangnya telah beruntung.
Aqal manusia hanyalah sekitar dalam bulatan alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan