اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Orang yang beriman telah membayar ganti diri mereka dengan darahnya, sekarang kita hanya meminta daripada saudara kita untuk menyerahkan roh pada Allah, pada jalan Ahlullah, itu sahaja. Tidak perlu bunuh diri, tidak perlu bagi harta, tidak perlu berhijrah, tidak perlu tinggalkan, cukuplah hanya dengan berserah diri dan tinggalkan fahaman dan pandangan sendiri. Itulah Tasawuf!
Tasawuf itu adalah meninggalkan pandangan dan fahaman sendiri. Itu sahaja.
Yakni tinggalkan keinginan dan kehendak sendiri, itulah sahaja Tasawuf. Namun boleh sampai kepada tingkatan iman itu, yakni sepertimana iman yang telah
dibayar oleh para sahabat Baginda Nabi ﷺ dengan darah dan roh mereka.
[Keterangan daripada Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan