بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Dinuqilkan daripada Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala;
Maut bukanlah perkara yang besar. Maut itu adalah halangan diantara kita dengan Tuhan. Seandainya kamu mencintai seorang perempuan, apakah halangan diantara kamu dengannya? Jawabannya adalah perkahwinan. Seandainya kamu dapat mengahwininya, Alhamdulillah, kamu akan dapat berhubung dengan perempuan itu dan sampai kepada puncak cinta.
Demikian itu jualah halangan diantara kita dengan Allah SWT, yakni maut. Jadi, maut itu bukanlah perkara yang buruk. Maut itu adalah Wasitah diantara kita dengan Tuhan. Janganlah ditakuti akan maut.
Hanya kita sahaja yang merasakan bahawa maut itu berat, sehingga mereka-reka cerita tentang maut, ada Pocong, ada hantu, hantu ini, hantu itu, dan pelbagai nama hantu apabila melihat perkuburan.
Di negara Arab, orang Arab bermain diperkuburan, kerana diperkuburan ini mereka tidak disakiti. Hanya ditanah Melayu sahaja kalau kita melihat perkuburan, maka terus masuk kedalam otak kita disitu ada hantu Pocong, hantu itu, hantu ini, dan perlbagai nama hantu. Ini satu kefahaman yang tidak betul. Kalau di Arab, sekiranya orang yang tidak mempunyai duit dan tidak mempunyai tempat tidur, maka mereka akan pergi ketanah perkuburan.
Disisi orang Arab, kubur itu dikatakan sebagai tempat yang memesrakan, yang menghiburkan, tempat untuk berehat, tempat untuk membuang was-was dunia, kadang-kadang sedih tentang rezeki, masalah dengan isteri, masalah itu, dan pelbagai masalah yang lain. Tetapi apabila kita lihat disana, lihat akibat kita apabila berada didalam tanah, semua perkara, semua masalah akan hilang, kerana kita akan melihat pengakhiran akibat kita dimana. Apa yang kita nak hairankan dan sedihkan, itulah rumah kita yang terakhir.
Jadi, sebenarnya rawatan kepada stress kita, psikologi kita yang tidak stabil, pergilah ketanah perkuburan, kerana itu jualah Baginda Nabi SAW sendiri pergi berziarah tanah perkuburan pada akhir malam. Adatnya pada setiap malam pergi ke perkuburan Baqie, sembahyang disana, berzikir, dan bertawajjuh.
Maka demikian, pergilah dan carilah kemesraan diperkuburan, dan lihatlah khabar hadis yang Sohih daripada Bukhari dan Muslim tentang bersolat diperkuburan Baqie’. Khabarkanlah kepada golongan Bid’ah yang mengkufurkan ummat islam yang bersolat ditanah perkuburan bahawa Baginda Nabi SAW bersolat disana. Adapun yang dilarang bersolat adalah dengan menghadapi kubur semata-mata tanpa ada halangan.
Maka, muliakanlah kubur. Baqa itu adalah tempat akhirat, itu tempat barzah. Perkuburan itu bukan dunia, itu adalah perantaraan diantara dunia dan akhirat. Itu adalah alam barzakh. Mereka yang ada disana berada diantara dua alam, yakni antara alam dunia dan alam akhirat, itulah dalam alam barzakh. Yakni tempat yang dipenuhi dengan cahaya barzakh, atau tempat yang dipenuhi oleh kegelapan barzakh, dan juga sebahagian daripada kesan-kesan Jahannam.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Tiada ulasan:
Catat Ulasan