۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
Telah berkata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;
Bagaimana kita mendakwa mahabbah kepada Nabi ﷺ tapi menyembunyi dalam diri kita musuh Baginda ﷺ (Nafsu) dan ikut arahan² musuh itu.
Sebagaimana Nabi ﷺ punca kemuliaan, kesempurnaan, kesucian (maka sebagai itu juga) nafsu adalah punca kejahatan, kegelapan, kekurangan, Keaiban, jadi mana boleh kita mendakwa Mahabbah kepada Nabi ﷺ tapi kita membela musuh Baginda ﷺ di dalam diri kita dan meredha atas kewujudan musuh itu dan kita tambah kekuatan musuh itu.
Jadi Baginda ﷺ diutus daripada Allah SWT untuk memerangi kekufuran zahir dan kekufuran batin.bukan nak memerangi Orang Kafir (adapun) Orang Kafir itu (juga) mangsa kepada dirinya (kepada nafsunya) yakni dia juga membela musuh kepada kemurniaan Baginda ﷺ (Nafsu).
Jadi kita kena malu kepada Baginda ﷺ kerana mengendong (umpama ibu menggendong bayi) nafsu yang adalah musuh kepada Rasulullah ﷺ dan dikuasai (kita dikawal) oleh makhluk itu (Nafsu) yang ada dalam diri kita.
Jadi (cara) nak mengsahihkan (membenarkan) Mahabbah dan nisbah (dakwaan) kita kepada Rasulullah ﷺ ialah (kena) usaha untuk sembelih musuh tersebut.
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan