Selasa, 10 Oktober 2023

SEPERTIMANA HALLAJ: PADA SISI ILMU TASAWUF ATAU KESUFIAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Ilmu yang biasa kita ketahui adalah Ilmu Usul, Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqah, Ilmu Nahwu, 
Sarof, Balaghah, Ilmu Alat, hanya ilmu itu sahaja. Maka, apakah itu ilmu Sufi, Ilmu 
Bahlul Sufi, dan dari manakah datangnya?
 
Jadi, secara semulajadinya mereka (yang) memusuhi Tasawuf kerana tidaklah mereka 
mengetahui akan ilmu yang berbentuk amanah dan anugerah. Oleh kerana itulah kita dikehendaki bersabar dengan mereka, tidak boleh mengingkari atas mereka, kerana itu adalah asal kaedah dalam alam Tasawuf. 

Mereka mengingkari atas kita, tetapi kita tidak boleh mengingkari atas mereka, kerana Allah menggunakan mereka untuk menjaga syariat zahir. Sedangkan jalan ini adalah jalan yang tersembunyi, kena ada gangguan atasnya, kena ada beberapa halangan-halangan, kena ada ujian, kena ada orang yang betul-betul layak baharulah sampai ilmu itu, orang yang betul-betul tahan, orang yang menafikan selain Allah, orang yang tahan dengan ujian, orang yang tahan dengan tohmahan. 

Maka atas itu sebablah apabila Hallaj disembelih, berterusanlah beliau dengan zikir Allah, sehingga darahnya tumpah. Dan pada tumpahan darahnya itu, lalu membentuk akan tulisan kalimah Allah. Tetapi bagi orang yang melihat akan darah Hallaj yang tumpah tersebut mengukir nama Allah di atas tanah, adalah dari jenis ahli engkar yang buta. Walaupun telah melihat akan hal darah tersebut membentuk nama Allah, namun tetap mereka mengatakan bahwa Jin Hallaj telah mengambil darahnya dan menulis akan nama Allah. 

Maka demikian itu, yakni janganlah kamu sibuk dengan orang yang Ahli Engkar
kerana ianya hanya merugikan masa kamu sahaja.

"Dan walaupun engkau (Muhammad) membawa semua ayat kepada orang-orang 
yang diberikan kitab itu, mereka tidak akan mengikuti Kiblat mu" (Surah Al Baqarah, Ayat 145).

Jikalaulah kamu membawa semua ayat-ayat, tidak boleh, mereka tidak akan ikut kiblat kamu dan arah kamu.

[AL ARIFBILLAH SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI AL MAGHRIBI AT TIJANIY HAFIZAHULLAHU TA'ALA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan