Sabtu, 21 Oktober 2023

AL ARIFBILLAH SAYIDI AHMAD AL HADI AL HASANI AL MAGHRIBI AT TIJANIY HAFIZAHULLAHU TA'ALA


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

■ Beliau dilahirkan di bumi Tunisia, pada tarikh 4 Muharram 1395 hijrah bersamaan 16 januari 1975 masihi. 

■ Nasab keturunan beliau daripada kabilah Sibaiah Az-Zahabiah, daripada keturunan besar Maulay Idris yang masyhur di bumi Maghrib (Moroko) dan beliau adalah berketurunan daripada Sayidina Alhasan r.hu. 

■ Beliau juga telah mendapat pujian daripada Rasulullah ﷺ dan kebanyakan daripada beberapa wali Qutub dan wali-wali. Pujian-pujian tersebut terarah kepada kesahihan nasab beliau dan pertambatan hubungannya (sanad toriqah dan pengajiannya) dengan hadrah kenabian, sama ada pada zahir atau pada batin dan pertemuan itu berlaku ketika mana beliau dalam pengembaraan (mencari ilmu daripada rijaal/wali Allah). 

■ Beliau menghabiskan permulaan kehidupannya seperti kehidupan kebanyakan masyarakat setempat, sehinggalah datang secara tiba-tiba Ahwal Ilahi dan Jazbah Rabbani yang membawanya kepada perjalanan Ahlillah, dan bukanlah dengan usahanya (ketika itu umur beliau dalam lingkungan dua puluhan) 

■ Bliau dijemput (secara barzakhi) oleh Qutubul-Maktum, Khotmul Auliya Al-Muhammadi dalam menjalani perjalanan Ahlillah dan diserapkan dengan hadrah-hadrahnya yang suci dan ilmu-ilmu hakikat. 

■ Pada permulaannya, beliau menerima toriqah Tijaniah al-Aliyah daripada Asy-Syarif Al-Wasil Sayidi Habib bin Hamid At-Tunisi, dan beliau juga menerima pelbagai sanad toriqah Tijani. Kemudian beliau terus mengembara jauh berpandukan kepada gerak hatinya berserta tawakkal kepada Allah. 

■ Pada pertemuan beliau dengan wali-wali qutub dan lainnya, beliau telah diberitahu dengan perkara-perka yang amat menyenangkan serta menyatakan secara kasyaf keadaan diri beliau dan perkara tersebut sukar untuk ditutur dengan kata-kata. 

■ Tetapi, sentiasalah diri beliau jadi tumpuan adalah kerana terarah kepada sanad toriqahnya yang muktabar, iaitu sanad toriqah yang menjadi pegangan tetap beliau, sama ada dari segi feqah toriqah atau dari segi Zauqi, iaitu sanad Al-Ba'qili, sanad yang melalui susur jalur kepada Mujaddid millah wa-ddin, Qutbaniayatul-Uzma, Sayidii Ahsan Al-Ba'qili Al-Hasani Al-Maghribi, sanad yang dipernamakan disisi ahli sanad, dengan sanad Az-Zahabi (emas) secara umumnya, dan juga dipernamakan dengan sanad-Qutbaniah (sanad wali-wali qutub) secara khususnya. 

■ Beliau juga menerima ijazah secara mutlak daripada Sayidi Abdul Aziz Al-Ba'qili anak kepada Sayidi Ahsan Al Ba'qili, beliau adalah seorang Qutub Al-kamil Al-Mulamati, pewaris sir-sir ayah dan abang beliau (Sayidi Muhammad Al-Habib). 

■ Dalam majlis pengijazahan toriqah, beliau (Sayidi Abdul-Aziz Al-Ba'qili), telah menuturkan katanya kepada beliau,dengan katanya: 

"Aku telah memberi izin kepada kamu sepertimana Rasulullah ﷺ, Syeikh Tijani r.hu, dan abangku memberi izin padaku. Dan aku juga memberi izin kepada kamu dalam mentashihkan Toriqah Tijani daripada segala kesalahan". 

■ Didalam pengembaraan, beliau telah bertemu dengan Qutub Sayidi Mukhtar Asy-Syinqiti di padang Sahara Maghrib, Qutub tersebut dikenali akannya dengan nama Sayid Dahah, masyhur dikalangan orang arab dan lainnya dan Qutub tersebut telah berkata kepadanya (dengan lisan izin llahi): 

"Pergilah ketempat mana yang engkau suka, sesungguhnya engkau akan dibantu, dikasihi dan diterima " 

■ Dan di dalam pengembaraan beliau, beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang berumur, iaitu Qutub Maulai Tuhami Al-Wazzani Al-Idrisi di maqam Sayidi Arabi As-Saaihi. Qutub tersebut berumur sekitar 136 tahun. Qutub tersebut telah menyambut kedatangannya di maqam tersebut adalah dengan melalui arahan daripada Sayidina Rasulullah ﷺ dan Syeikh Tijani r.hu (berlaku secara jaga). 

■ Kemudian setelah itu, beliau mengembara dari Sudan (barat) ke bumi Maghribi. Setelah menziarahi Maqam Syeikh Tijani r.hu yang mulia di bumi Fes, Maghribi, datang pula isyarat kepadanya dan juga arahan supaya menjejakkan kakinya ke bumi Jawi (Malaysia) untuk mengembangkan toriqah Tijani di kalangan masyarakatnya. 

■ Sebahagian daripada kelebihan diri beliau Hafizahullahu Ta'ala: 

* Beliau mempunyai zauqi yang khas dalam toriqah Tijani, dan beliau juga mempunyai keperibadian yang disukai, berperwatakan tenang, akhlak dan sifat semulajadi yang baik 

* Barangsiapa yang melihat keterampilan dirinya, nescaya akan mengingatkan beliau kepada orang-orang terdahulu yang disenangi oleh masyarakat. 

* Beliau amat menyayangi umat Nabi Muhammad ﷺ tanpa membezakan mana-mana kumpulan, kerana mewarisi daripada sifat gurunya dan guru besar beliau yaitu Sayidi Ahsan Al-Ba'qili r.hu. 

* Dan keadaan dirinya juga dikuasai oleh semangat ahwal Al-Mulamati, dan berpengetahuan dalam bidang Khotmiah dan Katmiah, dan setiap orang 

besar toriqah yang bertemu dengannya, akan merasa hairan dengan sesuatu yang ada pada dirinya dan keadaannya. 

* Barangsiapa yang mendengar penjelasan irfaniah, keterangan-keterangan zauqi daripada lautan Hakikat Muhammadiah dan Ahmadiah yang dihuraikannya, nescaya akan merasa kagum dengan huraian demi huraian yang dipertuturkan oleh lisannya seperti : 

1-Kunhil-Haahuti ( كنه الهاهوتي) 

2-Hadratul-a'ma' ( حضرة العماء ) 

3-Tanaazul A'ma Al-Haahuti (التنزل العماني الهالويي) dan sehingga ke martabat Uluhiyah 

4-Ismul-A'zom Zohir 

5-Ismul-A'zom batin 

6-Tajalliyat-kunhi dalam cermin Hakikat Muhammadiah 

7-Rahsia antara huruf Ha' Alhuwiyah dan wau Al-wujud (هاء الهوية وواو الوجود) 

8-Tanaazul yang empat 

9-Jauhar fird (الجوهر الفرد) 

10-Wehdah syuhud 

11-Martabat Tanaazul Ahmadiah 

12-Aliif-Ahmadiah 

13-Mim-Muhammadiah 

14-Hakikat-Tiniyah (tanah) 

15-Hakikat Iblisiah 

16-Syajarah-Muhammadiah (pokok Muhammad) 

17-Lautan nafsu yang tujuh 

18-Nafsu Kamilah 

19-Nafsu Mukammilah 

20-Rahsia nafsu Mukammilah Masalah Khotmiah (khotmul Auliya' Al Muhammadi) 

21-Masalah Katmiah Ahmadiah 

22-Hakikat Maaiyah Al-Muhammadi (air zam-zam) 

23-Hakikat Ahmadiah Makkiyah 

24-Hakikat Muhammad Al-Madaniyah 

25-Hakikat Al-Mahmiyat Al-Muhammadi 

26-Akal-Kulli 

27-Ruh-Kulli 

28-Nafsu-Kulli 

29-Insan-Kaamil 

30-Maddatul-Wujud 

Dan lain-lain. 

■ Dan sebagai makluman untuk saudara sekalian pada masa ini, kebanyakan orang sudah tidak mampu untuk mengusai ilmu-ilmu hakikat dan makrifat seperti mana yang diperolehi beliau, itulah kelebihan diri beliau. 

■ Dengar dan perhatikan sendiri kepada ibarat, isyarat, dan istilah yang dituturkannya pada zaman kita ini. Selalunya kita terdengar akan perkataan : 

* "telah berkata ahli-ahli hakikat" atau "telah berkata orang A'rif" 

* Barangsiapa yang sentiasa bersamanya, nescaya ia mengetahui dengan yakin sekali dengan kelebihan dan limpahan faidh yang ada pada dirinya. 

* Dan juga akan kedengaran : daripada manakah dia belajar ? atau "ini sesuatu yang baru". 

■ Sesungguhnya limpahan-limpahan yang sampai padanya adalah melalui Syeikh beliau, yaitu Syeikh Tijani r.hu. Sekarang ini, kita sungguh bertuah kerana dia berada di kalangan masyarakat kita di Malaysia. 

■ Kita pohon doa kepada Allah, dan moga-moga dengan berkat Syeikh Tijani r.hu, kita semua akan diberkati oleh Allah melalui beliau, dan ditambahkan lagi limpahan Syeikh Tijani r.hu atas diri beliau. 

■ Moga-moga beliau dapat memberi manfaat kepada sekelian muslimin, dan moga-moga Allah tidak menjauhkan kita daripada dapat berjumpa dengan beliau untuk mendengar kemanisan ungkapan demi ungkapan dan perbahasan demi perbahasan ditutur olehnya. 

Amiin....

وصلى الله وعظم ومجد وشرف وبارك على سيد الوجود وعلم الشهود سيدنا ومولانا محمد بحر الكرم والجود وعلى اله وصحبه وسلم تسليما والحمد لله رب العالمين

Tiada ulasan:

Catat Ulasan