۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;
Sabda Nabi ﷺ :
" أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى الله أدْومُها وَإِن قل "
Maksudnya : yang paling disukai oleh Allah ﷻ (ialah) amalan orang beriman yang berterusan walau sedikit (istiqomah).
(Diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah r.a)
Bukannya satu hari bersungguh-sungguh buat 1000 kali,tetapi keesokan harinya hanya buat 3 kali sahaja (sebab) malas. Itu tak disukai oleh Allah ﷻ.
Kalau air menitik atas batu yang keras, menitik³, satu hari akan tinggal satu lubang atau sampai terbelah, tapi kalau kita ambil paip besar dengan pam besar (lalu) mengenakan (menyemburkan) batu itu dengan air (yang) kuat, boleh ade kesan ? Tak ade kesan langsung, sekuat mana kekuatan air itu (sekalipun) tak buat kesan langsung.
Tapi dengan titik (titisan air) yang halus (dan) kecil dengan istiqamah (berterusan) sampai buat lubang dalam batu.
Macam itu (jugalah) hati orang beriman sebab hati orang yang ghaflah (lalai) keras lebih daripada batu kalau membelakangi tuhan. Tiada (yang lagi) keras umpama (daripada) hati orang (orang yang ghaflah). Firman Allah ﷻ :
" ثُمَّ قَسَتۡ قُلُوبُكُم مِّنۢ بَعۡدِ ذَ ٰلِكَ فَهِیَ كَٱلۡحِجَارَةِ أَوۡ أَشَدُّ قَسۡوَةࣰ "
Maksudnya : Kemudian sesudah itu, hati mereka juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.
(Surah Al Baqarah ayat 74)
Jadi apakah yang melembutkan hati ? yang membuat kesan (melembutkan) atasnya hati (hanya dengan) zikrullah sahaja. Sembahyang itu ini tak dikira oleh Allah ﷻ kalau tiada hudur (merasakan kehadiran Allah ﷻ). Puasa kalau tak puasa (dengan) betul tidak dapat daripada puasanya melainkan dahaga dan lapar.
Sabda Nabi ﷺ:
" كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوْع وَالْعَطْش "
Maksudnya : Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan sesuatu dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja.
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah r.a)
Berapa ramai orang baca Al Quran tapi dapat laknat daripada Al Quran. Dalam hadis :
" رُبَّ تَالِ لِلْقُرآنُ وَالقرآنُ يَلْعَنُه "
Maksudnya : Berapa ramai orang yang membaca Al Quran tapi dilaknat oleh Al Quran.
( Kitab Ihya Ulumuddin Karangan Imam Ghazali, Bab "Keutamaan Al Quran dan pembacanya serta celaan bagi orang yang melalaikannya")
Jadi zikrullah sahaja (dengan sanad, bukan zikir ikut suka) yang akan memberi kesan keatas Hati dan roh kita .
Pilihlah satu bilangan dan istiqomah diatasnya (bilangan tertentu). Janji nk istiqomah (macam nazar tapi jangan nazar sebab kalau Nazar akan menjadi wajib) dengan Allah ﷻ nak buat selawat itu (dengan bilangan yang kita tetapkan).
۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan