Jumaat, 19 Januari 2024

Sunnah pemakanan

Untuk menghancurkan lemak-lemak jahat di badan terutamanya di perut.

Tiada cara lain yg lebih sempurna, iaitu lepas bangun pagi ketika perut lapar terus makan buah yg manis-manis. 

Jangan terus minum air kosong, makan makanan berat, air herba seperti halia, air lemon, masam, pahit dan sebagainya ketika perut kosong..

Ianya akan melemahkan limpa dan hati, dan juga menggangu hormon dlm tubuh. Kerana semua herba bersifat panas.

‎من أكل حين يصبح سبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر

“Barangsiapa di pagi hari memakan tujuh butir kurma ajwa, maka ia tidak akan terkena racun dan sihir pada hari itu.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari dan Muslim). 

Para ulama' membahas السم ini adalah membuang segala kotoran dan racun di dalam usus pada pagi hari.

Terus makan buah yg manis-manis. Buah yg paling manis adalah buah kurma rutab ataupun ajwa.

Lebih sempurna jika kombinasikan dgn 2 zat di pagi hari, iaitu buah kurma+timun batang, buah kurma+buah tembikai.

Para ulama’ meneliti ketika perut lapar dan kosong selepas bangun tidur/sahur terus mendahului benda-benda manis seperti kurma, madu atau tebu..

‎نعم سحور المؤمن التمر - رواه أبو داود

Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah tamar..

Hadith ini juga menandakan Nabi saw mendahului yg manis-manis ketika sahur/perut kosong.

Dan Nabi saw juga berbuka puasa dgn beberapa biji kurma sebelum solat maghrib. Iaitu mendahului yang manis-manis ketika perut kosong.

Bayi yg baru lahir juga diberi manisan kurma(tahnik) atau madu sebelum diberi susu ibu. 

Dan ianya dianggap sunat, mempunyai 1001 rahsia mengapa perlu yg manis-manis ketika perut kosong ..

Samaada daripada perubatan cina klasik Ying Yang, Yunani dan Arab kuno sepakat ketika perut lapar terus memakan yg manis-manis.

Kemudian jangan juga makan makanan berat seperti nasi, tepung, daging sebelum 12 tengah hari.. 

Kerana waktu ini organ pencernaan kita masih belum bersedia untuk mencerna makanan berat.

Selepas 12pm atau pun 1pm dah blh makan berat, kerana organ pencernaan sudah bersedia untuk mencerna makanan berat. Tetapi pastikan ada kombinasi sifat panas dan sejuk.

Jika masih terasa lapar sebelum 12pm, boleh makan buah-buahan yg manis-manis. Bantu organ-organ di dalam tubuh kita dengan memakan buah-buah yg kaya antidioksidan.

Jangan minum air berlebihan atau 3 liter sehari, minum ketika haus sahaja.

Berkata al-imam برهان الدين الزرنوجي di dalam تعليم المتعلم jika badan kita banyak air, maka sifat tubuh kita juga akan jadi seperti air, iaitu PEMALAS dan TAK BERMAYA.

Manakala pkl 8 malam, pastikan perut kosong, jgn makan atau minum air(walaupun air kosong). Kalau blh 2 jam sebelum isya' adalah waktu makan yg terakhir.

‎جدب لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم السمر بعد العشاء

Rasulullah saw melarang kami dari perbuatan berjaga malam (berbual-bual) selepas dari solat isya’. Riwayat Ibn Majah

Imam Ibnu Majah dalam komentar ringkasnya terhadap maksud perkataan جدب beliau berkata: ‘’Iaitu memberi amaran dan melarang kami’’.

Walaupun tidak dinisbatkan pd Nabi saw melarang makan pada waktu malam. Tapi ini adalah penelitian para ulama' terhadap tingkah laku Nabi saw.

Bermula 8 malam sehingga 4 pagi semua organ di dalam badan sudah mula berehat kecuali jantung separa berehat.

Jika kita makan makanan berat di waktu ini, makanan di dalam tubuh tidak dicerna sepenuhnya dan akan berlaku pembusukan dan minimbulkan pelbagai penyakit.

Ketika makan berat di siang hari, jangan terus minum air dan makan buah-buahan. Pastikan ianya renggang masa dalam 15 minit, atau 30 minit, sejam lebih baik. Biar enzim pencernaan bekerja tanpa gangguan air. 

Jangan makan terus makan buah/dessert selepas makan makanan berat . Para ulama' mengatakan jika kita terus makan buah selepas makan berat akan berlaku (العفونة) iaitu pembusukan di dalam usus.

Ianya sama seperti kita memasukkan racun di dalam perut.

Ibnu Qayyim membahas dlm kitabnya tentang makanan orang-orang di dalam syurga seperti firman Allah di dalam al-Waqiah.

‎وفاكهة مما يتخيرون ولحم طير مما يشتهون 

“Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan”

Daging ayam adalah tergolong dalam kategori burung-burung.

Apa rahsia dia dlm ayat ini? Iaitu huruf wau..

Huruf wau dalam bahasa arab memberi makna يفيد المهلة..

Iaitu renggang masa atau perlu ada jarak di antara buah-buahan dan makanan berat.

Jika amalkan pemakanan yg betul mengikut jadual organ-organ bekerja, insya Allah semua penyakit dalam badan akan keluar. Berat badan akan kembali ideal dalam masa yg singkat.

Ambil kata-kata hikmah daripada doktor arab di zaman Rasulullah saw yg bernama الحارث بن كلدة

‎المعدة بيت الداء و الحمية رأس الدواء، و عودوا كل جسم ما أعتاد

Perut adalah sarang bagi penyakit dan dengan menjaga pemakanan adalah penawarnya. Maka kembalikanlah tubuh ini dalam keadaan yg sediakala.

Ust Abdul Halim UK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan