Rabu, 10 Januari 2024

MERENDAH DIRI


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala dalam majlis Daurahnya pernah mengatakan kepada kami: 

"Seorang hamba sentiasa merasakan dirinya dibawah tapak kaki orang lain" 

Maksud beliau adalah bagi seorang yang bergelar hamba Allah hendaklah sentiasa merendah diri dengan saudara seislam yang lain dan berhusnu dzon dengan saudara seislam yang lain serta beranggapan bahawa mereka adalah terlebih baik daripada diri mereka sendiri.  

Abu Madyan r.a berkata: Perasaan rendah diri seseorang yang telah berbuat maksiat dosa itu, lebih baik daripada kesombongan seseorang yang taat. 

Maksudnya, ada kalanya, seseorang hamba berbuat (amal ibadah) kebaikan yang (sehingga) menimbulkan rasa ujub, sombong, sehingga dapat menggugurkan segala amalan-amalan yang sebelumnya (terbatal amalan kebaikannya yang terdahulu). 

Dan ada kalanya seseorang yang berbuat dosa, sehingga menyedihkan hatinya (timbul rasa menyesal), sehingga timbul rasa takut kepada Allah dan menyebabkan (rasa terancam akan) keselamatan dirinya (akan menerima balasan azab dan neraka, lantas mencari keampunan daripada Allah, rasa takut pada Allah). 

Dalam terjemahan Kitab Al Hikam, Syaikh Ibn Athoillah As Sakandari, ada diriwayatkan suatu kisah daripada Asya'bi bahawa daripada Alkhalil Bin Ayyub bahawasanya seorang Abid dari Bani Israil ketika dia sedang berjalan, dia dinaungi awan. 

Tiba-tiba datang seorang pelacur Bani Israil dan tergerak dalam hati pelacur itu (untuk berkata): Ini seorang Abid Bani Israil, aku ingin mendekati kepadanya, semoga aku mendapat Rahmat Allah kerana mendekat kepadanya. 

Maka ketika pelacur itu mendekati kepada Abid itu, tiba-tiba si Abid itu mengusirnya dengan berkata "Pergi engkau dari sini !". Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi SAW bahawa Aku (Allah) mengampunkan dosa pelacur itu dan membatalkan amal si Abid itu. Maka berpindahlah awan tersebut dari atas kepala Abid itu keatas kepala pelacur itu. Wallahu a'lam. 

Semoga Allah melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya kepada Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Hafizahullahu Ta'ala. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan