۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;
Bukan Auliya tak balas anta (tak memberi respon terhadap aib² kamu) maksud tak tahu (tidak kasyaf),tidak... Jangan (awas) dari benda itu (merasakan auliya itu tidak kasyaf kerana tidak memberi respon terhadap aib² kamu) bukan maksud tak balas atau buat macam tak tahu (maka) tak tahu, tidak... Nabi ﷺ macam tu. Bukan tahu hati² kawannya sahaja (malah) seluruh alam (baginda ﷺ tahu) dalam hatinya tapi muamalat dengan (sifat) kebapaan (dan) keibuan. kalau bapa ibu tahu aib anak² boleh ke balas anak dengan aib itu ? Tak... (tak boleh balas anak² dengan aib tu) tapi usaha untuk membaiki aib itu. Itu jadi warisan (daripada) Rasulullah ﷺ. Itu maqam kewalian (dan) kenabian, pengantian (warisan) kepada Nabiyullah ﷺ (sifat) kebapaan (dan) keibuan seorang murabbi.
Bukan dapat sikit kasyaf "Ah kamu buat zina semalam !" Mana boleh macam tu atau "Kamu nampak perempuan semalam !" Ini tak ada kewarisan (warisan Rasulullah ﷺ). Waris (warisan Rasulullah ﷺ) adalah yang menutupi. Macam tuhan, Tuhan ﷻ tahu keadaan hamba² Nya tapi masih lagi menutupi aib mereka. Nama (Allah ﷻ) "As Sattar" (yang menutup cela aib).
Dulu bani israel kalau satu orang buat maksiat, pagi awal (pada waktu pagi) malaikat buat tanda atas pintunya 'berzinar' 'pencuri' tak boleh dipadam. Jadi dipaksa taat hadrah Allah ﷻ atau ikut syariah Allah ﷻ bukan cara kerelaan (tapi dengan cara) paksa takut tersingkap rahsia.
Jadi Allah ﷻ tahu keadaan hamba Nya tapi dari (kerana) sifat Nya "As Sattar" (maka ditutup aib hamba² Nya). Duduk satu malam memerangi Allah ﷻ dengan maksiat (tapi) pagi Allah ﷻ menutup aib² Nya. Masih lagi Allah ﷻ memberi sehat, rezeki, menutupi aib² Nya kadang² juga (pada) hari kiamat (Allah ﷻ) memaafkan, tak sebut langsung maksiat itu. Ini tuhan. Jadi Auliya' Allah, pewaris² (pewaris sifat As Sattar) menyerupai sifat² ilahi.
Jadi jangan kalau Auliya' Allah tak muamalat anta dengan apakah yang ada di dalam diri anta, jangan ingat bahawa itu tak tahu atau ahli hijab. Itu tanda warisan Nya kepada (yang diwariskan daripada) Rasulullah ﷺ.
۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan