Sabtu, 20 Januari 2024

JANGAN MENJADIKAN AGAMA ALLAH ﷻ SEBAGAI RUTIN

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Telah menasihati oleh Murobbina Syeikh Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Magribi At Tijani Hafizahullahu Ta'ala akan kami, mafhumnya;

Jangan menjadikan agama Allah ﷻ sebagai rutin harian. Ada orang hidup dalam rutin tersebut sampai mati. Maksud menjadikan agama Allah ﷻ sebagai rutin itu dengan melakukan ibadah kerana kebiasaan seperti makan, minum dan sebagainya yakni buat kerasa sudah terbiasa.

Contohnya pagi bangun mandi² bersiap² lalu pergi masjid ambik wudhuk dan solat subuh lepas tu keluar masjid pergi cari makan, balik rumah atau kerja sampai dekat zohor dan lakukan perkara yang sama berulang² setiap hari sampai hujung hayat.

Menjadikan agama Allah ﷻ sebagai rutin itu akan menghilangkan kelazatan dalam beribadah. Bila beribadah tak rasa apa². Tak rasa macam sedang berhadapan dengan tuhan. Tak menambahkan makrifah kepada Allah ﷻ. Buat ibadah kepada Allah ﷻ tapi rasa macam makan, minum tidur ( kerana telah menjadi rutin ). Buat ibadah kerana rutin bukan kerana nak sembah Allah ﷻ.

Sepatutnya semakin buat ibadah semakin bertambah nikmat atau makrifah kepada Allah ﷻ tapi yang jadi sebaliknya. Buat ibadah tetapi tidak memberi kesan kepada diri. Usahakan supaya bila lakukan ibadah, bertambah makrifah kita kepada Allah ﷻ. Bukan ibadah sekadar rutin biasa.

۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞

۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞

Tiada ulasan:

Catat Ulasan