۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani Hafizahullahu Ta'ala;
Keseluruhan thoreqoh itu adalah adab. Sepertimana berkata dari kalangan qaul (dalam kalangan tasawuf) “Barangsiapa yang bertambah atas kamu adab maka bertambah atas kamu thoreqoh. Jadi timbangan dalam jalan Ilahi itu iaitu adab. Adalah adab itu terkumpul di dalam sunnah Baginda ﷺ.Tiada satu pun adab (yang) keluar daripada limputan sunnah Baginda ﷺ.
Itulah maqam yang mulia dan tinggi. Maqam ikut, maqam cari sunnah Baginda ﷺ dan menghidupkan sunnah dan adab Baginda ﷺ adalah satu maqam daripada maqam² kewalian yang khusus. Tandanya ikut Nabi ﷺ. Tidak boleh buat (tidak akan buat) sesuatu melainkan melaikan melalui sunnah dan adab Baginda ﷺ sehingga kalau tak tahu sunnah Nabi ﷺ dalam satu perkara akan tawaquf (tinggal daripada berbuat) sehingga tahu sunnah Nabi ﷺ bagaimana dalam perkara itu.
Seperti kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal, Imam Ahmad Ibnu Hambal dah tahu bahawasanya buah-buahan yang paling disukai Rasulullah ﷺ ialah anggur dan tembikai susu.
Alhamdulillah hadis bagaimana Nabi ﷺ makan anggur masyhur (terkenal). Adalah Baginda ﷺ memakan anggur (secara terus) daripada tangkal dan makan dua-dua (dalam satu suapan) dan habis dengan satu. Bukan ambil biji (ambil sebiji-sebiji lalu) makan. Daripada (oleh kerana) mahabbah (menyukai) Baginda ﷺ kepada anggur dengan ambil (memakannya) dua biji (dalam setiap suapan). Sehingga dilihat air anggur mengalir atas janggut Baginda ﷺ.
Akan tetapi hadis tentang bagaimana makan buah tembikai susu sebaliknya (tidak masyhur) sehingga Imam Ahmad Ibnu Hambal mengambil masa lebih 10 tahun (untuk) mencari cara bagaimana Rasulullah ﷺ memakan tembikai susu.
Itu maksud maqam warak dalam sunnah. Bukan maksud (bukan sahaja mengambil tahu akan) doa keluar rumah, doa masuk tandas (dan seumpamanya kerana) itu yang utama (selalu dilakukan setiap hari) tapi maqam warak dalam sunnah itu mencari (sunnah) yang halus-halus. Kalau Nabi ﷺ bercakap, dimana Baginda ﷺ meletakkan tangan baginda ? bagaimana cara Baginda ﷺ meletakkan kasutnya ? arah kemana Baginda ﷺ mengahalakan kasutnya ? yakni (mengambil tahu tentang) sunnah yang halus-halus kalau orang itu tetap (berada) dalam maqam itu.
Jadi timbul dalam dirinya perasaan berat sehingga tawaquf (tinggal daripada berbuat) pada setiap perbuatannya sehingga dia tahu sunnah Nabi ﷺ di dalam setiap perkara. Jadi ini maqam ikut sunnah Nabi ﷺ. Maqam besar dalam kewalian yang sampai padanya melalui jalan melazimi sunnah Baginda ﷺ atas diri sendiri. Secara keseluruhan dan secara perincian. Ini satu maqam (yang didapatkan) tanpa zikir. Dimanakan maqam ini dalam (hadrah) kewalian dengan nama maqam Ittiba’ (mengikut).
Firman Allah ﷻ (Surah Ali Imran ayat 31) :
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحْبِبْكُمُ ٱللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad ﷺ): "Jika benar kamu mengasihi Allah ﷻ maka ikutilah aku, (siapa ikut aku, dengan serta merta) Allah ﷻ mengasihi kamu juga mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah ﷻ Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Jadi anak murid yang sempurna dalam jalan Ilahi itu yang campur amalan thoreqoh dengan sunnah Nabi ﷺ. Bagaimana tetapnya dengan sunnah begitulah tetapnya dalam hadrah makrifat.
۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan