Selasa, 13 Ogos 2024

SIR2 ADALAH PENGHALANG JALAN MENUJU KPD ALLAH

🌹EDARAN ZAWIYAH IRAAH 16🌹
🌹TORIQAH FADHLUL ILAHI🌹

🌹KISAH AHLILLAH🌹

Aku mendengar drpd Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah taala berkata :

mencari akan sir2 dan membuka ruang kpd khasiat suatu amalan adalah sebahagian drpd mafasid/kerosakan yg besar yg memasuki akan ahli nisbah secara umumnya dan juga dlm toriqah tijaniyah secara khususnya(nisbah perbincangan masalah ini)
tidaklah tersangat mudharat kpd orang yg salik di jalan ahlillah seperti berpaling kpd umpama menyibukkan diri dengan kesibukkan inginkan terhadap rahsia dan khasiat tertentu suatu amalan

kerana hadrah ilahi menguji akan penuntut/pencari Allah dengan umpama ujian tersebut(khasiat/sir2) 

hadrah memandang kpd salik tersebut adakah sudah terputus akar2 berpaling kpd sir2 ada sehalus2 kecenderungan kpd pembukaan kauni

yaitu hadrah memandang adakah ia benar2 sampai kpd Allah ataupun tidak(dengan terhenti kpd umpama pembukaan2)

semestinya hujah akan dikemukan kpd
murid tersebut tidaklah kpd lainya

hadrah ilahi sucilah ia drpd syirik dan tidak meredhai akan salik yg berhajat kpdnya tetapi berpaling kpd selainnya

jikalu berhujah seseorang akan banyaknya apa yg diriwayatkan oleh pimpinan2 auliya drpd tasaruf2 dan sir2 

jawapannya ialah amalan mereka pd sir2 adalah setelah mereka sampai kpd hadrah Allah swt bukanlah sebelum mereka sampai 
yaitu setelah nafsu(juga kelaziman2 yg lain) mereka sampai secara keseluruhan 

dan juga setelah hilang keinginan dan tadbir mereka beserta dengan Allah swt

bukanlah seperti hal orang lain(yg terhenti terhadap ujian) yg telah menjadi keroh oleh air murni dirinya(itulah sekurang2 yg berlaku)

boleh jadi yg terlebih dekat atas yg kita persaksikan/fahami ialah kisah yg berlaku antara wasitah agung Maulay Damrawi dengan Syeikh Tijani Ra

Syeikh Tijani RA telah mengatakan dengan jelas:
bahawa tiada jalah baginya untuk menghidu akan haruman makrifah dan apatah lagi hendak memasuki akan hadrah ilahi 
selama mana ia tidak menjauhkan keinginan kpd suatu sir dan mengunakan tasarruf dengan sir tersebut

adalah Sidi Damrawi salah seorang yg pakar dalam ilmu sir2 srta menjadi ketua dalam bidang tersebut

yg adalah Syeikh Tijani Ra telah mengatakan kpd guru ilmu sir beliau :
“bahkan bin azuz(guru sir beliau) adalah syaitan ummat ini”
sepertimana yg dikhabar kpd syeikh Tijani oleh Rasulullah saw (secara yaqzah)
‎( قلت ؛ فكم من شيطان دال على حضرة الظلمة ، مُتزَيٍّ بزي أهل النسبة )
Sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
berapa banyak syaitan yg menunjukkan kpd kegelapan dan memakai pakaian ahli nisbah/toriqah

dan drpd apa yg diriwayatkan tentang Maulay Damrawi 
yaitu sebelum beliau di arahkan buang ilmu2 sir

beliau telah mengumpulkan sahabat2 beliau pd setiap hari jumaat,dan beliau membuat garisan2 dan bulatan(azimat) di atas pasir maka berteraburlh atas mereka dinar2 dan dirham
kemudian dibahagikan kpd setiap mereka utk kegunaan yg mencukupi pd minggu tersebut

sehinggalah beliau ditegah oleh Syeikh Tijani Ra drpd perbuatan tersebut

Sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
barangsiapa yg meninggalkan sesuatu kerana Allah 
Allah akan mengantikan sesuatu yg lebih baik drpdnya
apabila beliau meninggalkan perkara tersebut(sir/tasaruf kauni) krn mengikut akan perintah gurunya

maka Allah set menggantikan sesuatu yg lebih baik yg demikian itu
-yaitu beliau dijadikan sebagai wasitah antara hadrah nabawiyah dan Tijaniyah-

dikisahkan bahawa Maulay Damrawi telah menanggalkan perisai azimat drpd lengannya pd hari pembunuhannya krn taslim akan ketentuan ilahi yg telah dikasyafkan akannya
adalah sebelum itu,beliau kerap kali mengherdik akan pembunuhnya yg datang meminta doa drpdnya dengan katanya :
dia adalah pembunuhku

jikalau ia tidak menanggalkan azimat tersebut,nescaya perluru tidak dapat menembusi akan badannya

tetapi beliau(dan seumpamanya) telah hilang kehendak/keinginan diri mereka yg tinggal hanya kehendak ilahi

sayidi Ahmad Alhadi mengulas :
kisah yg serupa dengan kisah beliau adalah kisah perbuatan yg dilakukan oleh sidi Muhammad Alkabir
bahawasnya Muhd Alkabir telah keluar utk memerangi akan kegelapan serta beliau sendiri telah mengetahui dan mendapat kasyaf bahawa beliau akan dibunuh dlm musafirnya

tidaklah ia keluar melainkan kerana hendak melaksanakan kehendak ilahi yg azali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan