❁أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ❁
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾
❁اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ۞ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
❁سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞.
JALAN KEHAMBAAN DAN SYUKUR TIDAK MENCARI FUTUH (PEMBUKAAN)
(Seseorang) hamba apabila ingin masuk ke dalam rumah, (maka dia) tidak akan mengetuk pintu (dan) terus untuk masuk, tetapi (dia akan) sabar menunggu.
Jikalau (dia) mengetuk (pintu) juga, itu (adalah) tanda usaha (dia) untuk masuk (ke dalam rumah), itulah kurang adab. Jika dikira dengan jalan sufi (yang) lain, boleh (sahaja) dia mengetuk pintu (dan) buka pintu.
Maka berkata Qutb Sidi Ahsan Al Baqili r.hu, "Teramat jauhlah bezanya antara (seseorang) yang berusaha untuk mendapatkan futuh, dengan (seseorang) yang diberikan futuh. Futuh ahli Tarekat ini (Tijaniy) adalah Hujumi, bukannya diusahakan".
Walaupun (seseorang itu) didalam Maqam Taubat, tiba-tiba diberi pembukaan untuk umat ini.
Sayyidi Ahmad Al-Mubarak rahimahullah berkata dalam kitab Ibriiz yang masyhur yaitu ketika beliau menaqalkan perkataan gurunya,yaitu Qutub Sayidi Abdul Aziz Bin Masu’d Ad-Dibaagh Al-Hasani AL-faasi Al-Maghribi rahimahullah :
" إنَّ طريقة الشّكرِ هي الطّريقةُ الأصليّةُ وهي الّتي كانت عليها قلوبُ الأنبياء والأصفياء مِنَ الصّحابة وغيرهم وهي عبادته تعالى على إخلاصِ العُبوديّةِ والبَرَاءَةِ مِنْ جميع الحُظُوظِ مع الإعترافِ بالعجزِ والتَّقصيرِ وعدَمِ تَوْفِيَةِ الرُّبُوبِيَّةِ حقّهَا وسُكُونِ ذلك على مَمَرِّ السّاعاتِ والأزمان فلمَّا عَلِمَ مِنْهُمْ تبارك وتعالى الصِّدق أَثَابَهُمْ بِما يَقْتَضِيهِ كَرَمَهُ مِنَ الفتحِ فِي معرفتِهِ ونَيْلِ أسرارِ الإيمان بِه عزّوجلّ فلمَّا سَمِعَ أهلُ الرِّيَاضَةِ ما حصل لهؤلاءِ مِن الفتح في معرفتِهِ ونيلِ أسرار الإيمان به عزّوجلّ جعلوا ذلك هو مَطْلُوبَهُمْ ومَرْغُوبَهُمْ فجعلوا يطلبُونهُ بالصِّيام والقيام والسَّهر ودوامِ الخَلْوَةِ حتّى حَصَلُوا على ما حصلوا فالهِجرة في طريقة الشُّكر كانت مِنْ أوّل الأمر إلى الله ورسولهِ لا إلى الفتح ونيل الكُشُوفاتِ والهجرةُ في طريقة الرّياضة كانت للفتحِ ونيل المَرَاتِبِ والسَّيْرُ فِي الأولى سَيْرُ القلوب وفي الثّانية سير الأبدان والفتح في الأولى هُجُومِيٌّ لم يحصُل مِنَ العبدِ تَشَوُّفٌ إليه فبينما العبد في مقام طلبِ التّوبةِ والاستغفارِ مِنَ الذُّنوبِ إذْ جاءَهُ الفتحُ المُبِينُ " انتهى كلام القطب الدبّاغ
Ertinya:
“Bahawasanya toriqah Syukur adalah toriqah asal, iaitu toriqah yang terbina atasnya hati para Nabi - Nabi 'alaihimussalam dan hamba - hamba pilihanNya, mereka adalah daripada kalangan sahabat sahabat Nabi ﷺ dan lainnya,..
…Ibadah mereka kepada Allah ﷻ berteraskan kepada keikhlasan semata-mata, dan mereka ini berusaha mengelak diri daripada terjerumus dalam kancah mengharapkan segala habuan dan tujuan kepada Allah ﷻ
…dan mengiktiraf kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri serta menyedari bahawa dirinya tidak mampu untuk menyempurnakan segala tuntutan tuhan ..
dan mereka ini menerima seadanya keadaan diri mereka mengikut kehendak peredaran masa dan zaman..
Maka apabila Allah ﷻ Yang Maha mengetahui kejujuran mereka dalam beribadah kepada Allah ﷻ , maka dengan sifat kemurahan Allah ﷻ, Allah ﷻ pun membalas kesungguhan mereka dengan suatu habuan yang bersesuaian dengan diri mereka, seperti pembukaan ilahi dalam makrifah akan Allah ﷻ dan juga dapat merasai kemanisan iman yang sebenar…
Maka apabila ahli riadah (mujahadah) mengetahui kejayaan yang dikecapi oleh ahli mahabbah (syukur)...
maka pada ketika itu ahli riadah dan mujahadah menjadikan matlamat ibadah mereka hanya untuk mendapatkan pembukaan ilahi dan umpamanya,,
sehinggakan mereka ini bertungkus lumus dengan bebagai cara, antaranya:
- dengan berpuasa, qiyamullail, berjaga malam dan dengan berkhalwat secara berterusan sehinggalah mereka ini mencapai matlamat yang mereka inginkan.
Maka hijrah yang sebenar dalam toriqah syukur dan mahabbah , ialah :
permulaannya dengan hijrah kepada Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ dan bukannya kepada sebarang pembukaan ilahi dan kasyaf tertentu..
dan adapun hijrah ahli toriqah riadah (mujahadah) permulaannya ialah kepada pembukaan - pembukaan dan mengharapkan kepada sesuatu martabat yang tertentu..
FUTUH YANG SEBENAR
Telah berkata Qutb Sayidi Al Haj Al Ahsan Al Baqili r.hu;
ولا يشغلون بازالة الحجب بل رضوا بما هم عليه وهو عين الفتح
Dan tidak menyibukkan hati tentang bagaimana untuk menghilangkan hijab BAHKAN pasrah (redha) dengan apa jua keadaan mereka yang telah ditentukan (sama ada futuh atau terhijab), itulah pembukaan yang sebenar (Ain Futuh).
سوق الاسرار
سيدي الحاج الاحسان البعقيلي رضي الله عنه
FUTUH ADALAH RAHSIA KEWALIAN
▪️FUTUH @ PEMBUKAAN▪️ itu adalah sebahagian daripada rahsia-rahsia kewalian. Telah menerangkan kepada kami oleh Murobbina Sayidi Assyarif Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala bahawa;
▪️Pembukaan itu adalah amanat ilahi.
▪️Pembukaan itu adalah rahsia Allah ﷻ berkenaan perkara yang tidak boleh dikenali. Kenal akan sesuatu daripada hadrah Allah ﷻ yang asalnya (perkara tersebut) tidak boleh dikenali (hanyalah diizinkan untuk sebahagian orang yang terpilih sahaja untuk mengenalinya). Tidak boleh dikenali sebab diri tidak layak, tidak suci untuk menerima anugerah
▪️ pembukaan itu kerana kemampuannya, jiwanya, tidak larat untuk menerima
▪️pembukaan itu. Syarat bagi menerima anugerah itu besar yakni mesti menjaga rahsia anugerah pembukaan itu sendiri. Sekiranya tidak, diri akan dicampak keluar daripada hadrah Allahﷻ.
Sayugia dalam memelihara dan memperkemaskan niat untuk memasuki pintu ilahi, Murobbina Hafizahullahu Ta'ala telah menegaskan;
▪️"Niat yang suci terus akan mendapat jalan yang suci, niat yang bersih terus akan mendapat jalan yang bersih" ▪️
Tegas beliau lagi;
▪️"Maka memelihara adab tujuan dalam jalan-jalan ilahi adalah sangat penting, agar diri dapat memelihara sifat kehambaan yang sejati. Amalan dan ibadah akan menjadi hijab diri dengan Allahﷻ seandainya diri mempunyai lain-lain niat dan tujuan selain Allahﷻ, dan juga akan menjadi fitnah pada ahlinya yang inginkan kekayaan, inginkan karamah, inginkan maqam, inginkan▪️ pembukaan/futuh, ingin berjumpa dan bersahabat dengan jin, inginkan alam-alam rohani, dan sebagainya. Inilah perkara yang merosakan keikhlasan dalam amal ibadah". ▪️
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan