Khamis, 13 Februari 2025

EDARAN ZAWIYAH IRAAH 12-TORIQAH FADHLUL ILAHI -KONSEP JALAN SYUKUR

Berkata Maulana Sidi Ahsan Albaqili RA :

toriqah fadhlul ilahi adalah toriqah yg telah di isyaratkan oleh Allah swt dengan kataNya : 
" أنعمت عليهم "
-yg engkau telah beri nikmat atas mereka..

maksudnya :
wahai tuhanku katakanlah kepada mereka :
berikanlah hidayah dan irsyad kepada kami kepada jalan yg menyampaikan kepada hadrah kamu melalui jalan yg engkau beri nikmat atas mereka tanpa permintaan,kepayahan dan tanpa mujahadah

inilah toriqah Rasulullah saw dan yg diamalkan oleh Baginda saw(jalan Fadhlul ilahi yg dikurniakan atas Baginda SAW)
yaitu jalan syukur dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat RA 
           
itulah toriqah yg ditalqin secara langsung Baginda SAW terhadap Syeikh Tijani Ra dan yg dijalani atasnya oleh para Sahabat Syeikh Tijani Ra secara umum atau khusus
tanpa sebarang perantaraan ,atau melalui perantaraan (wakil Syeikh Tijani,yaitu setelah kewafatan Syeikh Tijani Ra)
atau melalui perantaraan2 yg lain sehinggalah berlakunya kiamat

maka tiadalah dapat apa2 untuk ahli toriqah ini melainkan semata2 kurnian ilahi
tidaklah mereka ini berpegang kpd amalan2 mereka
bahkan toriqah/perjalanan mereka adalah beramal atas jalan syukur kerana Allah semata2

inilah toriqah syukur bukanlah toriqah amal
toriqah amal/mujahadah sudah dimaklumi akannya
adapun toriqah syukur/ adalah toriqah yg terahsia(maktum)disisi ahli iradah(toriqah kaum)

jikalau diperjelaskan kpd mereka(ahli iradah) akan jalan syukur
nescaya akan berkuranglah iradah mereka dan robohlah asas binaan (yg dicipta oleh mereka)
dan bergegarlah sendi2 mereka dengan sebab kegerunan dan kebimbangan atas amalan mereka yg bukan kerana Allah swt

Murabbina syarif Ahmad alhadi menambah katanya :
setiap orang yg berpindah drpd toriqah iradah(toriqah kaum) kpd toriqah kami
akan berlaku atasnya, apa yg Allah sahaja yg memgetahui akannya drpd ketakutan,kebimbangan dan rasa malu

kerana keadaan dirinya(sblm ini) yg telah menghabiskan masa lalu drpd hari2nya dan waktunya pd ibadah utk gharad dan habuannya
dan menyangka ia beribadah kerana Allah swt

والله أعلم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan