Apakah HAKIKAT Allah SWT Menciptakan kita ?
Bersahajakah ataupun untuk apa ?
Sedangkan kita tersangat-sangatlah Mengetahui dan Memahami bahawa Allah SWT itu adalah yang MAHA KAYA lagi MAHA BERKUASA.
Jikalau Allah SWT tidak pernah Menciptakan Mahkluk sekalipun, maka Hal itu tidak akan menjadikan apa-apapun Kepada-NYA.
Oleh sebab itulah, segala Amal Ibadah kita juga menjadi tidak adanya apa-apa Nilai sekalipun Dihadapan Allah SWT.
Nabi SAW Bersabda :
"Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu kedalam Syurga kerana Amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada Neraka (kerana Amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan Rahmat daripada Allah."
Tetapi, apakah Rahasianya Allah SWT Menciptakan Makhluk ?
Sebenar-benarnya,
HAKIKAT Allah SWT Menciptakan Makhluk adalah untuk "MENYATAKAN DIRI-NYA" Yang Tidak Nyata.
Jikalau Allah SWT tidak Menciptakan Makhluk, maka dimanakah DIA hendak MENYATAKAN DIRI-NYA ?
“AKU ialah Perbendaharaan yang Tersembunyi. AKU Ingin Dikenal, lalu AKU Ciptakan Makhluk untuk Mengenal-KU.”
Bagaimanakah pula untuk MENYATAKAN ALLAH SWT ?
Jawabnya : Adalah dengan "JALAN MA'RIFAT".
Bagaimanakah pula hendak BERMA'RIFAT ?
Jawabnya : Adalah dengan "JALAN TAUHID" (PENG-ESA-AN).
Didalam banyak-banyaknya Makhluk Ciptaan Allah SWT, hanya Makhluk yang Berbangsa Insan sahajalah Ciptaan-NYA yang Sempurna dan mendapatkan Pujian Dari-NYA.
Kerana Makhluk yang Berbangsa Insan inilah yang paling Mulia dan paling Sempurna untuk MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA.
Firman Allah SWT :
“Sesungguhnya Aku telah Menciptakan Insan dengan bentuk Semulia-Mulia Kejadian. Kemudian Kami kembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya.”
(QS. At-Tin : 4-5)
Apakah sebabnya, setelah Allah SWT Memuji Insan dan selepas itu dikembalikan semula kepada Kehinaan ?
Sebabnya adalah kerana Allah SWT menjadikan Insan adalah untuk MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA semata-mata.
Tetapi, apabila Insan tidak dapat MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA, maka sia-sia sahajalah dijadikannya Insan itu.
Sebab itulah, jikalau Insan yang tidak boleh MENYATAKAN HAKIKAT DIRI-NYA, maka ia tidaklah dipanggil sebagai Insan, tetapi ianya akan dipanggil sebagai Manusia.
Yakni, Manusia yang sia-sia hampa belaka Didunia dan Diakhirat.
Pada Hakikatnya, Allah SWT hanyalah "MEMUJI INSAN" dan bukanlah "Memuji Manusia" (Nas/Manusia).
Iaitu, Allah SWT MEMUJI INSAN yang boleh MENYATAKAN HAL KEADAAN-NYA semata-mata.
Firman Allah SWT :
“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu didalam Kerugian, kecuali orang-orang yang Beriman dan Beramal Soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan Kebenaran serta berpesan-pesan dengan Sabar”.
(QS. Al-'Asr : 1-3)
INSAN BERIMAN !
Yakni, yang senantiasa MENYATAKAN ALLAH SWT dan Beramal Soleh, serta senantiasa "INGAT" akan Allah SWT disetiap masa dan tempat.
Apabila hendak MENYATAKAN ALLAH SWT, maka Wajiblah terlebih dahulu "MENGENAL ALLAH SWT" dengan sebenar-benarnya Kenal.
Tetapi, setakat manakah kita MENGENAL ALLAH SWT ?
Nabi SAW bersabda :
“Siapa yang dengan Solatnya tidak dapat Mencegah Fahsya’ dan Mungkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh Dari-Nya.“
(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
Jikalau rajin Solat sekalipun, tetapi tidak dapat Mencegah daripada Fahsya' dan Mungkar.
Maka Solat itu tidaklah ianya terpakai, atau Solat itu menjadi sia-sia hampa belaka semata-mata.
Dan sebenar-benarnya Solat itu pada Hakikatnya, ianya dapat Mencegah daripada segala perkara-perkara Fahsya' dan Mungkar.
Kerana "HAKIKAT SOLAT" itu adalah "MENYATAKAN ALLAH SWT"...
KEMUNGKARAN (Dosa Besar yang tiada Pengampunan) yang terpaling utama sekali itu adalah MENSYIRIKKAN ALLAH SWT !
Jikalau Solat tetapi masih lagi ada KESYIRIKKAN kepada Allah SWT, maka sampai bila-bila pun Solat itu tidak akan dapat Mencegah daripada segala perkara-perkara Fahsya' dan Mungkar.
Oleh kerana itu, Wajiblah kita terlebih dahulu Mengetahui dan Memahami bagaimanakah "HAKIKAT MENYATAKAN ALLAH SWT".
Ada juga orang-orang yang berkata, apabila telah Mempelajari ILMU HAKIKAT, maka SYARIAT itu tidaklah perlu ianya Ditunaikan.
Jikalau berpendapat seperti itu, maka suruhlah orang-orang itu meletakkan nasi dihadapannya dan suruhlah nasi itu sendiri yang masuk kedalam mulutnya.
Jikalau orang-orang itu boleh melakukannya dengan sempurna, maka sudah bolehlah dia meninggalkan SYARIAT dengan serta-merta.
Perlulah Ditegaskan disini bahawa, SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT itu adalah suatu gabungan yang sangat-sangatlah Kukuh.
Yang tidak boleh ianya dipisahkan, dan jikalau ia dipisahkan jua diantara satu sama lainnya. Maka itu bermaknanya akan pincanglah segala Amal Ibadah.
SYARIAT, TAREKAT, HAKIKAT dan MA'RIFAT itu juga tidaklah boleh ianya Dicampuradukkannya menjadi satu.
Melainkan masing-masing berada dijalannya yang tersendiri, tetapi keempat-empatnya itu Berjalan dengan Seiringan.
4 RUKUN DIRI ini bolehlah ianya di ibaratkan seperti :
- SYARIAT, Ibarat Kaki Yang Melangkah.
- TAREKAT, Ibarat Jalan Yang Dilalui.
- HAKIKAT, Ibarat Iktikad Yang Ditujui.
- MA'RIFAT, Ibarat Matlamat Yang Dicapai.
Maka daripada itu, dapatkah ianya dipisahkan diantara gabungan 4 Rukun Diri tersebut ?
* RENUNGAN.
“Aku adalah Perbendaharaan yang Tersembunyi. Aku ingin Diketahui. Maka Aku Menciptakan Mahkluk agar mereka Mengenal Aku.”
“Aku adalah ‘Kanzun Mahfiyya’ (yang Terpendam dan Tertutup). Aku ingin Ditemukan dan Dikenal. Aku Ciptakan Mahkluk agar mereka Mengenal Aku."
Sabda Rasulullah SAW :
"Ilmu itu ada dua macam. Pertama : Ilmu Lisan, sebagai Hujah Allah dan kepada Hambanya. Kedua : Ilmu Batin yang bersumber di Lubuk Hati, Ilmu inilah yang berguna untuk Mencapai tujuan Pokok dalam Ibadah."
Doa Rasulullah SAW :
"Ya Allah, tunjukkanlah kami bahawa Kebenaran itu adalah sesuatu yang Benar dan berilah kami Kemampuan untuk Mengikutinya. Dan Tunjukkanlah kepada kami bahawa Kebatilan itu adalah sesuatu yang Batil, maka itu berikanlah kami Kemampuan Menjauhinya.”
* KALAM HIKMAH.
Rabiatul Al-Adawiyah berkata :
"Jika aku Menyembah-MU kerana Takut akan Api Neraka-MU, maka Bakarlah aku didalamnya.
Dan jika aku Menyembah-MU kerana mengharapkan Syurga-MU, maka Haramkanlah aku daripadanya.
Akan tetapi,
Jika aku Menyembah-MU kerana Kecintaanku Kepada-MU, maka berikanlah aku Balasan yang besar, dan berilah aku Melihat Wajah-MU yang MAHA BESAR dan MAHA MULIA itu..."
Inilah MARTABAT INSAN KAMIL yang benar-benar MENYATAKAN HAKIKAT ALLAH SWT...cpf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan