۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Ketahuilah wahai para saudaraku, kamu telah datang kepada satu zaman yang sangat istimewa. Zaman ini adalah zaman bayi. Allah ﷻ melimpahkan sebesar² kurniaannya keatas para bayi.
Apa itu zaman bayi ? Zaman bayi ialah zaman yang dipenuhi kelemahan dan kehinaan. Ketahuilah zaman ini penuh dengan kehinaan, kelemahan, kedhoifan, kefakiran, kejahatan, keburukan dan kehancuran.
Sebaik² orang pada zaman ini adalah bayi (yakni orang yang mengakui akan kelemahan dirinya). Allah ﷻ memberikan kurniaannya yang tak ternilai kepada para bayi pada zaman ini. Allah ﷻ menyambut dan melayani ummat pada zaman ini seperti seorang ibu misali menjaga dan menyayangi anaknya.
Apabila seorang bayi menumpahkan air atau membuat masalah² lain maka seorang ibu akan melayani anaknya dengan sebaik²nya. Ibu tersebut tidak menghiraukan akan masalahnya tapi dia mengambil berat dengan keadaan anaknya.
Apabila anaknya pecahkan pasu kaca kesayangannya, ibu itu tidak menghiraukan akan pasu yang dia sayang itu. Baginya tiada apa² disisinya sekalipun itu adalah pasu kesayangannya, Ia lebih risaukan anaknya. Adakah anaknya terluka ? Adakah anak dia baik² saja ? Itu sifat seorang ibu. Tidak marah langsung kepada bayinya sebab apa pecahkan kaca malah lagi bertambah risaunya dan kasih sayangnya kepada sang anak.
Maka Allah ﷻ pada zaman ini melayani ummat zaman ini seperti Ibu melayani seorang bayi. Yakni sekalipun bayi itu membuat kesalahan dan berterusan dalam melakukan kesalahannya, Allah ﷻ tidak melihat pada kesalahannya tapi Allah ﷻ melihat kepada dirinya. Apakah dia elok dengan keadaan itu ? Sehingga Allah ﷻ memberi ujian (halangan) kepada hambanya. Begitu sayangnya Allah ﷻ kepada hambanya.
Umpama seorang ibu apabila melihat anaknya memegang pisau lalu ibu tersebut mengambil pisau daripada bayi itu dan memberikan permainan yang sesuai untuk bayi itu.
Walaupun dari sudut pandangan seorang bayi ketika ibunya mengambil pisau itu rasa geram, rasa tidak puas hati, marah kepada ibunya sebab apa ambil permainannya. Kerana apa ? Kerana dirinya tidak tahu bahawa pisau itu membahayakan dirinya.
Sama seperti seorang hamba, apabila ditarik sesuatu daripada dirinya, hamba itu merasakan satu bala' yang menimpanya sedangkan hamba itu jahil daripada apa yang diambil daripadanya itu. Hamba itu tidak tahu bahawa itu adalah perkara baik untuknya.
Maka selayaknya ummat pada zaman ini adalah menjadi ummat bayi. Mengiktiraf akan kekurangan dan hanya mampu menangis dan berharap dengan tangisan itu agar didengar dan dipandang oleh tuhannya.
Ummat perlu akui akan kelemahannya seperti seorang bayi mengakui kelemahannya. Dapat mengiktiraf kekurangan dan kelemahan itulah kurnian.
Bukan jadi bayi yang tak sedar diri yakni tidak merasakan dirinya bayi. Rasa seperti dirinya tuan. Apabila berak ada orang basuhkan. Abila nak makan ada orang suapkan. Apabila mengantuk ada orang buaikan. Tak (bukan macam tu). Dia tak sedar bahawa dia dimandikan, disuapkan makanan, dibuaikan bukan sebab dirinya hebat tapi sebab dirinya lemah. Dirinya tidak mampu melakukan perkara tersebut. Maka ada orang yang mempunyai rasa sayang terhadapnya melakukan perkara itu kepadanya kerana rasa sayang tersebut.
Jadi seorang bayi itu bukannya dilayan istimewa kerana kelebihannya tapi sebaliknya (iaitu kerana kelemahannya). Kerana kasih sayang daripada orang tuanya melihat kesian ini bayi lemah, tak mampu melalukuan sendiri, tak mampu menjaga diri, tak mampu membawa diri maka dibantu oleh orang tuanya.
Sama seperti ummat ini, kamu boleh buat ibadah bukan sebab diri kamu hebat tapi disebabkan kasih sayang Allah ﷻ keatas kamu. Allah ﷻ kesian melihatmu lemah jadi Allah ﷻ tak berikan ujian maksiat (tak uji dengan kemaksiatan) kepadamu sebab Allah ﷻ tahu jika Allah ﷻ uji kamu dengan maksiat atau ujian lain nescaya kamu akan menjadi seburuk² makhluk.
Sedarlah bahawa kamu dilayan dan dipandang Allah ﷻ bukan kerana kelebihan kamu tapi kerana kehinaan dan kelemahan kamu. Jangan merasakan diri kamu itu tuan. Jangan jadikan Allah ﷻ itu hamba kamu (yakni merasa diri ini layak). Serahkanlah diri kamu kepada Allah ﷻ dengan cara datang menyerah diri dengan kehinaan diri kepada Auliya Allah. Akui kelemahan kamu dihadapan Allah ﷻ.
۞ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ۞
۞ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞
۞ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ ۞ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين ۞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan