إعلم أنّ الفتح والوصول إلى الله في حضرة المعارف لا يبعثه الله تعالى إلاّ على يد أصحاب الإذن الخاصّ، كإذن الرسالة. ومتى فُقِدَ الإذنُ الخاصّ، لم يوجد من الله له فتح ولا وصول، وليس لصاحبه إلاّ التعب.
ومن تعلّق بمطالعة كتب التصوّف، وسار إلى الله بالنقل منها، والأخذ عنها، والرجوع إليها، والتعويل عليها، فليس له من سيره إلاّ التعب، ولا يحصل له من الله شيء، نعني من الوصول إلى حضرة المعارف والاختصاص. وأما الثواب، فيحصل له بقدر إخلاصه.
والمراد بأصحاب الإذن الخاصّ في كلام سيدنا رضي الله عنه: الأولياء الأحياء في كل عصر، لا الأموات.
منقول من كتاب جواهر المعاني
Ketahuilah bahawa pembukaan (al-fath) dan penyampaian seseorang kepada Allah عَزَّ وَجَلَّ dalam Hadrat al-Ma‘arif (Majlis Makrifat) tidak akan diberikan oleh Allah عَزَّ وَجَلَّ kecuali melalui perantaraan mereka yang memiliki izin khas, sebagaimana izin kerasulan. Apabila izin khas ini tidak ada, maka tiada pembukaan dan tiada penyampaian kepada Allah عَزَّ وَجَلَّ, dan usaha seseorang itu hanyalah keletihan semata-mata.
Barang siapa yang bergantung kepada pembacaan kitab-kitab tasawuf, lalu berjalan menuju Allah عَزَّ وَجَلَّ 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 dengan mengambil ilmu daripadanya, merujuk kepadanya, dan bersandar sepenuhnya kepadanya, maka tiada baginya dalam perjalanan itu melainkan keletihan semata-mata. Dia tidak akan memperoleh apa-apa dari sisi Allah عَزَّ وَجَلَّ dalam hal penyampaian kepada Hadrat al-Ma‘arif dan kedudukan istimewa di sisi-Nya. Namun, pahala tetap diperoleh berdasarkan keikhlasannya.
Yang dimaksudkan dengan Aṣḥāb al-Idhn al-Khāṣ (pemilik izin khas) dalam perkataan Sayyidunā رضي الله عنه ( Sidi Ahmad al-Tijani رضي الله عنه
) adalah para wali yang masih hidup dalam setiap zaman, bukan mereka yang telah wafat.
(Petikan dari kitab Jawahir al-Ma‘ani wa Bulugh al-Amani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan