✾ ٱللّٰهُ يَقْبَلُ عَلَيْنَا بِمَحْضِ فَضْلِهِ وَرِضَاهُ ✾
#ssholawats
---------------------------------
⦿أَعُوْذُ بِٱللّٰهِ مِنَ ٱلشَّيْطٰانِ ٱلرَّجِيْمِ
● بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ ١ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ٢ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ ٣ مَـٰلِكِ یَوۡمِ ٱلدِّینِ ٤ إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ ٥ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ ٦ صِرَٰطَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ ٧
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
● إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا٥٦
[ الأحزاب: 56]
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]
---------------------------------
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗔𝗡𝗗𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗬𝗔
Telah berkata Murobbina Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijani حَفِظَهُ اللهُ تعالى ;
Sebagaimana diketahui hari Jumaat adalah Hari Raya bagi orang² muslim.
Baginda ﷺ bersabda :
" إنَّ مِن أَفْضلِ أيَّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعةِ، فَأَكْثِرُوا عليَّ مِنَ الصلاةِ فِيهِ، فإنَّ صَلاتَكُمْ معْرُوضَةٌ علَيَّ "
Maksudnya : "𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗝𝘂𝗺'𝗮𝘁, 𝗢𝗹𝗲𝗵 𝗜𝘁𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 (𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗲𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗵𝗮𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗞𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗶𝗯𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂."
Dengarlah kalam Baginda ﷺ 'DIBENTANGKAN',
Nabi ﷺ tak kata kalau kamu sembahyang atau kamu puasa atau haji akan dibentangkan kepada aku. Selawat sahaja yang akan sampai (dibentangkan) satu persatu dengan nama tuannya dan sighahnya (lafaz selawat yang dibacanya), orang itu baca selawat selawat fatih atau selawat nariyyah atau selawat nuriyyah dan selawat² Auliya Allah ﷻ yang lain, akan sampai setiap nama yang selawat kepada Baginda ﷺ.
Ini dah luar akal. Satu minit berapa orang yang selawat kepada ﷺ atas muka bumi ini ? Juta² orang. Sebab itulah dalam agama ini jangan mengimbangi agama Allah ﷻ dengan akal. (Contohnya tanya) "Bagaimana ﷺ mengenali kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ menjawabkan (menjawab selawat) kita ?" atau "Bagaimana Rasulullah ﷺ mengenal kita satu persatu ?". Itu perkara luar akal.
Permisalan matahari hanya satu tapi berapa mata yang dapat melihat matahari itu ? BerJuta². Jadi Nabi ﷺ satu , juta² daripada ummatnya yang berselawat memang akan sampai dekatnya (Baginda ﷺ). Jangan mengira perkara itu dengan akal atau masa yang dikenali oleh kita.
Jadi BAGINDA ﷺ hari ini seronok dengan hantaran² kita kepada hadrahnya.
Hari Jumaat ini, ramai orang tak tahu kebesaran hari ini. Ada satu orang bertanya " Apa sebab Baginda ﷺ menyuruh kita berselawat pada Hari Jumaat walhal Hari Jumaat itu hari orang lain Hari Adam (hari diciptakan Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام ) ?".
Dalam hadis sahih riwayat Ahmad, daripada Aus ibn Aus رضي الله عنه berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Hari-hari kalian yang paling baik adalah hari Jumaat, padanya diciptakan Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام , padanya diwafatkan Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام , padanya berlaku tiupan sangkakala dan padanya berlaku kiamat, maka kalian perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat.”
Hadis ini yang kata (seperti hadis yang didatangkan diatas) tapi padanya dijadikan Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام dan padanya juga dimatikan (Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام ). Jadi ada orang tanya (kerana) macam ada 'paradoks' sebab apa Nabi suruh kita berselawat tetapi sebut Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام . Kalau ikut logik nescaya Nabi menyuruh kita berselawat pada Hari Isnin sebab Hari Isnin hari yang mulia (Baginda ﷺ), Hari Isnin (Baginda ﷺ) lahir, Hari Isnin diutus (Baginda ﷺ), Hari Isnin Isra', Hari Isnin wafat (Baginda ﷺ). Jadi hari Baginda ﷺ adalah Hari Isnin.
Yakni orang yang baca hadis ini dari sudut tasawuf zauqi (perasaan) "sebab apa Nabi ﷺ suruh kita berselawat Hari Jumaat ? dan sebut Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام ?". Apakah kaitan Nabi Adam عَلَیهِالسَّلام dengan selawat untuk orang lain ?. Ini daripada rahsia² Selawat Fatih.
Bermula dengan penciptaan awal kejadian iaitu Nur Muhammad atau Hakikat Muhammadiah ( الفاتح) dan diakhiri jenis akhir ciptaan Allah ﷻ iaitu Adam (Muhammad At Tiniyah atau Muhammad bangsa tanah) dan itulah manusia atau rupa bentuk adam ( الخاتم ) ini adalah maksud Dari penciptaan alam ini.
Itulah tatawwur dan tanazul Hakikat Muhammadiah sehinggalah kepada Muhammad At Tiniyah dan tanazul serta limpahan demi limpahan itu berlaku pada Hari Jumaat (petang). Hari yang penuh barokah. Hari madad dan Faidh Rabbani. Hari terkumpul segala rahsia dan limpahan² ILAHI.
Sebab itu kita disuruh banyak berselawat pada Hari Jumaat dan sebab itu juga petang Hari Jumaat adalah waktu mustajab doa.
● اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ◯ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ◯ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ◯ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ ◯ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ ◯ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ ۩
●﴿سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا یَصِفُونَ ١٨٠ وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِینَ ١٨١ وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ ١٨٢﴾
[الصافات ١٨٠-١٨٢]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan