Khamis, 8 Mei 2025

HADRAH KHUSUS ; RAHSIA SELAWAT FATIH, KURNIAAN ILAHI

Alhamdulillah yg mencukupkan segalanya 
Dan Selawat dan salam Atas Baginda SAW Nabi pilihan Allah SWT
Dan selawat dan salam atas Ahli Bait dan para sahabatnya Ahli takwa lagi Murni dan Mulia..

Telah meminta daripadaku Sebahagian daripada Orang-orang Mulia perihal penglibatan kumpulan yang hendak menunju ke jalan Allah SWT secara sebenar
Pada peringkat² di dalam Hadrah Ahmadiyah Muhammadiyah Tijaniyyah yg mulia ini 

Maka Aku Tunjukkan beberapa kaedah bagi sesiapa yang bercita² untuk sampai ke dalam Hadrah Khusus di dalam toriqah ini.  

Pertama dan yang paling utama 
-wajib melazimi akan syariat yang mulia dan melazimi Sunnah Nabawi yg Suci sekadar kemampuan beserta dengan penuh kesungguhan dan ihtiyat(amat berhati²)

Maka tidak di-uzurkan bagi para murid jalan akhirat pada meninggalkan sesuatu daripada syariat dan sunnah dengan pilihannya sendiri atau kerana ghaflah atau malas atau kerana mengikut keadaan semasa
Dan umpamanya drpd keuzuran yang digunakan(alasan) oleh Pengangur /pemalas 

Disebut oleh pepatah Arab 

" رجل لم يُستأمن على شيء من آداب الشرع فكيف يستأمنه الله على أسراره " 
Ertinya:

"Seseorang yang tidak bersikap amanah atas sesuatu daripada adab² syariat
Bagaimana mungkin ia bersikap amanah dengan rahsia² Allah SWT.."

Kedua -
Bertungkus-lumus untuk mendapatkan Mahabbah yang tulen bagi keseluruhan orang yang ada nisbah kepada agama Islam tanpa terhenti pd mana² mazhab atau mana² iktikad atau mana² jemaah atau mana² kumpulan dan umpamanya..

Dan tidak dinafikan yang demikian itu membenci secara zahir (menolak) ahli bidaah dan ahli Ra'yi(ahli guna akal)

Dan kata-ku : 
Perkara ini dipermasukkan juga di dunia medan hakikat atas semua yg lahir daripada hakikat Muhammadiyah yang mulia (keseluruhan alam ini)..

-Apabila para murid melengkapkan 2 syarat tersebut, mestilah murid tersebut memurnikan sanad dan qasadnya ..
Kerana kedua² perkara inilah yang paling penting untuk menghasilkan sebenar2 peningkatan di dalam toriqah ini 

-sanad yang A'li -
Mencari sanad yang A'li ( ¹. ), sanad yg melimpahkan madad² semasa , menunjukkan kepada taslimnya murid kepada Empunya waktu drpd kalangan Auliya yg memegang tampuk daulah Ilahiyyah...

Kerana bahawasanya rasa cukup adalah sebesar² penghalang drpd dapat bertemu dengan para pembesar² Auliya
Dan drpd dapat masuk di dalam Suluk mereka 
Penghalang itu adalah dinamakan hijab Semasa(حجاب المعاصرة) 
atau hijab ke-anakan (حجاب البُنوة) drpd kalangan Auliya terdahulu 

-(¹-) (dan tidak mencukupi dengan sanad A'di(biasa) atau mencukupi dengan sanad warisan terdahulu)

Dan daripada hikmah dan Rahsia Allah di kalangan para hambanya
Ialah menzahirkan pimpinan para khalifahnya dan para Mujaddid pada selain rumah² yg dinisbahkan kewalian dan pengkhususan
Adalah kerana menutupi kewalian (dirahsiakan) pada setiap waktu ...

Dan perumpamaan demikian itu ialah Allah SWT menzahirkan Syeikhuna Albaqili di pendalaman bukit Suus yang berbicara dengan bahasa Ajam

Beliau drpd keturunan yang tidak didahului dengan sebarang kemasyhuran dan tiada sebarang pertalian dengan Toriqah Tijaniyah...

Dan perumpamaan demikian itu di dalam Hadrah ini banyak sekali..

Alangkah Ruginya bagi sesiapa yang menghakimi dan membuat keputusan atas Allah SWT dan menghadkan Kurniaan dan pemberian Ilahi dengan sangkaannya dan lemahnya pandangannya 

Adapun pemurnian qasad dan melontar jauh setiap tujuan dan habuan berserta dengan Allah itulah matlamat utama
Melainkan bagi seseorang yang adalah ia drdp usaha pada Mentashihkan kehambaan dan Baroah(براة)/Tajrid drpd keinginan diri 

Iaitu dengan sekira² tidaklah terhijab murid Toriqah ini drpd mencapai hakikat Toriqah mereka
Melainkan murid yg berusaha menghasilkan keinginan dan tujuan nafsu 

Dan di antara yang demikian itu(tujuan) termasuk pembukaan,maqam kewalian dan umpamanya
Kerana yang menghalang drdp dapat pembukaan adalah menuntut pembukaaan

Tidaklah disembah akan Allah dengan tujuan dan habuan

Seperti mana telah berkata oleh Sidi Ahsan Albaqili RA : 
" كما خلقك سبحانه من غير غرض فاعبُده من غير غرض "
Seperti mana Allah SWT menjadikan kamu tanpa sebarang tujuan
Beribadahlah kepadaNya tanpa sebarang tujuan ..

-Itulah tiang dan asas di dalam Masyrabnya  
Dan itulah yang di-isyaratkan oleh Syeikh Ahmad Tijani di dalam kitab jawahirul maani :

"Yaitu 1 kalimah لا إله إلا الله drpd sahabat²ku (yg penuh keikhlasan (ahli mukhlas)
tanpa tujuan serta Allah SWT dapat menyaingi ibadah jin dan manusia "

Toriqah ini terbeza ia secara tunggal daripada Toriqah² iradah yang lain ,Yaitu melontar kemahuan diri ..

Manhaj ini Menyalahi akan baki pimpinan ahli nisbah yang mengasaskan Toriqah mereka atas menuntut akan kemahuan diri (iradah) daripada tazkiyah nafs, pembukaan dan umpamanya ..

Maka sesungguhnya Seorang hamba, tiada baginya iradah dan tujuan beserta dengan tuanNya 
Dengan sebab itu, Toriqah ini dinamakan dengan Toriqah kehambaan semata-mata..
Toriqah Yang tidak dapat dibandingkan dan ditimbang dengan selainnya 

Maka Amat sukar sekali (dikira seakan mustahil) Bagi sesiapa yang hendak melaksanakan suluknya atas adat kebiasaan drpd perkara masyhur yg berjalan atasnya di dalam Toriqah² pimpinan sufi yang lain (pada ketika ini..)

Mendatangkan dengan apa yang telah disebutkan dan mencukupi secara mutlak drpd zikir² khususi 
Dan menenggelamkan nafas² dan waktu² pada selawat Fatih
Itulah tiang dan asal-usul yang mengisyaratkan akannya oleh Syeikhuna Tijani RA sebelum kewafatan beliau
Dengan katanya:
" صلاة الفاتح والحزب السيفي يغنيان عن غيرهما "

Selawat Fatih dan Hizib Saifi mencukupi daripada Selain keduanya..

Dan Sebab itu Sidi Ahsan Albaqili RA telah menguatkan katanya pada keseluruhan karangan dan risalah²nya yang mulia supaya menjauhkan daripada zikir² ikhtiyar

Kerana zikir² ikhtiyari itu membuka pintu tujuan dan habuan serta Allah
Yg adalah ia menjadi penghalang drpd mentahkikkan adab² kehambaan semata-mata 
Yang diasaskan atasnya toriqah yang mulia ini 

Moga Allah SWT memberi kesempurnaan hidayah dan Taufiq kepada kami dan kamu semua dan kepada keseluruhan Pengikut hadrah Toriqah

Dan Selawat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yg penyayang
Dan juga selawat dan salam atas Ahli keluarga Baginda SAW dan sahabat-sahabat ahli yang kukuh dan Tahkik (dipersada kehambaan)

Moga Risalah ini dapat membantu hajat kamu semua .
Dan Kepada Allah SWT segala urusan drpd mulanya dan setelahnya

-Nukilan
Syarif Ahmad Al-Hadi Alhasani petang mulia Hari Arafah 1444 hijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan