Jumaat, 30 Mei 2025

ROH dan kaitan dengan auliya

ROH 
Roh tak boleh dikotori, sebab itulah Allah menciptakan nafsu hasil percampuran roh dan jasad
Nafsu meliputi roh, tutup roh, kalu ikut nafsu tak akan tenang hidup
Ketenangan kurniaan Allah yang tergantung dengan roh bukannya nafsu
Roh itu diparasit oleh nafsu
Ada makhluk yang Muhammadi, Rabbani dalam diri manusia iaitu Roh. 

Hanya wali boleh cabut nafsu, ada penawar Ilahi untuk melemahkan nafsu
Awas dengan menyangka dengan ibadah boleh mencabut nafsu dengan mudah
Tiada orang yang terkaya daripada auliya Allah di dunia, inilah usaha kamu di dunia 
Berbagai jalan, ribuan jalan Allah tapi amat menyesal sekiranya kamu masih belum bertemu, aib besar, pi cari...jangan redha atas diri, jangan rasa cukup, aib kamu Allah beri umur kamu 60 tahun tapi masih belum bertemu jalan Allah. Zikrullah mengoyakkan halangan kamu kepada Allah, zikir bersanad. Mesti bertemu dengan ahlinya, jangan hanya beramal melalui buku-buku, tak boleh dengan buku sahaja, buku tiada roh, tiada himmah. Mesti cari auliya Allah, cari guru bersanad, yang diketahui pertaliannya sehingga Rasulullah. Jalan Ilahi selalu ada tajdid.
Kalau kamu belum terima anugerah ini, sibuklah diri dengan selawat yang bersanad supaya menghilangkan halangan, buka jalan, dapat penjelasan, keterangan, pencerahan. 
Cukuplah kepimpinan umat Melayu iaitu Syeikh Daud Al Fatani As Sammani yang menyebarkan Selawat Fatih dalam Munyatul Musolli. 
Syeikh Muhammad Al Mustafa Al Bakri As Siddiqi berkata bahawa Selawat Fatih ini milik Khatmul Auliya.
Syeikh Nawawi Bantani pernah mengarang kitab tentang Martabat Tujuh, ulamak2 Mesir pernah berdoa agar didatangkan Syeikh Nawawi kepada mereka kerana melihat kepada kealimannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan