Khamis, 19 Mei 2016

AHMAD MUHAMMAD

Kata Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala; Telah disyarahkan oleh Imam al Bajuri nama "Ahmad", bahawasanya kalimah "Ahmad" itu pada asalnya dinamakan, kerana Sayidina Nabi SAW  itulah orang yang paling banyaknya memuji Allah SWT. Maka dikhususkan "Maqam Mahmud" keatas Sayidina Nabi SAW kerana Bagindalah yang paling banyak memuji akan Allah SWT berbanding dengan orang yang lain. Maka demikian itulah Sayidina Nabi SAW dinamakan "Ahmad" dan "Muhammad". Dan demikian itulah sayugianya setiap orang digalakkan untuk menamakan anak²nya dengan nama "Ahmad" ataupun "Muhammad".

Maka telah dipesan lagi oleh Murobbina Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, bahawasanya telah berkata sebahagian Ulama Adab, bahawasanya jika marah akan seseorang itu kepada seseorang yang lain yang bernama "Ahmad" atau "Muhammad", maka janganlah dimarah ia dengan panggilan namanya "Ahmad" atau "Muhammad", kerana beradab ia pada nama "Ahmad" atau "Muhammad" itu. Sesungguhnya pada nama "Ahmad" dan "Muhammad" itu, terletak segala ketinggian darjat dan martabat.

Maka moleklah dinamakan akan anak² dengan gandingan nama yang lain pada kalimah "Ahmad" dan "Muhammad", akan sepertinya "Ahmad Hassan" atau "Muhammad Hassan". Demikian itu, jika marah seseorang pada dirinya, maka akan dimarahi pada namanya "Hassan" dan bukannya "Ahmad" atau "Muhammad", kerana beradab ia akan pada ketinggian nama "Ahmad" dan "Muhammad".

Ya Allah, Engkau Berkatilah dan Rahmatilah guruku Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala, dan Engkau tempatkanlah beliau disisi kekasih2Mu yang terpuji, yakni disisi Sheikh Ahmad At Tijani ra. dan disisi Sayidul Wujud, Sayidina Wamaulana Muhammad SAW.
Aamiinnn..

Fb Sidi Nazrul

Tiada ulasan:

Catat Ulasan