Sabtu, 14 Mei 2016

PENTINGNYA TAQLID

PENTINGNYA TAQLID !

Bayan Nasihat Pelajar oleh Maulana Muhammad Anwar Al Badakhsyani

Tulisan : Maulana Helmi

***

Maulana Muhammad Anwar Al Badakhsyani datang berkunjung ke madrasah kami pagi tadi sambil menyampaikan bayan nasihat kepada anak-anak murid kami.

Yang mengkagumkan saya ialah, beliau  menjadikan petikan nasihat Imam Bukhari rah. sebagai point nasihat untuk kami semua.

Antara petikan dari nasihat beliau adalah:

Hari ini kerana kalian masih jahil, masyarakat nampak kalian sedikit walalupun pelajar disini ramai. Namun Demikian, akan tiba suatu hari nanti setelah kalian jadi ulamak maka masyarakat disekeliling akan nampak kalian seperti  beribu orang walaupun kalian berseorangan.

Perhimpunan kalian dimadrasah ini hakikatnya adalah perhimpunan para fuqaha, sulaha', dan ulamak cuma kalian masih kecil belum nampak ketokohan kalian. Dulu Kami juga seperti kalian, kecil, lemah, jahil dan tak nampak apa-apa kelebihan. Saya pernah dianggap gila oleh penduduk kampung kata beliau kerana berjalan kali 3 Hari tiga malam untuk ke madrasah. Namun selepas beberapa lama Allah ubah keadaan, tangga pan masyarakat telah berubah, begitu juga dengan guru-guru kalian ini.

Hari ini anak-anak semua adalah ibarat benih-benih ilmu yang ditanam oleh Allah swt di kebun madrasah ini, insyaallah suatu hari nanti kebun ini akan berbunga dan berbuah hingga kalian akan jadi imam bagi orang bertaqwa, kalian akan ada ramai pengikut.

Sebab itu kita kena berdoa:

واجعلنا للمتقين اماما

Jadikan lah Kami imam bagi orang-orang Mutaqqin

Oleh sebab itu sebelum kalian jadi pemimpin kalian kena belajar sungguh-sungguh, sebagaimana pesanan Imam Al Bukhari rah:

تعلموا قبل ان تسودا

Belajarlah sungguh-sungguh sebelum kalian jadi pemimpin.

Dan sebelum kalian dilantik sebagai pemimpin maka kalian kena belajar dari guru-guru kalian. Ikutah jejak langkah mereka kelak murid kalian pula akan mengikuti jejak langkah kalian.

Sebab itulah dalam menafsirkan ayat:

وجعلنا للمتقين اماما

Al Imam Al Bukhari rah. mengatakan bahawa, maksud ayat ini ialah:

"Ya Allah jadikan Kami golongan yang mengikuti jejak langkah aslaf kami dan jadikan orang sesudah kami mengikuti jejak langkah kami".

• Kepentingan bertaklid kepada mazhab kerana agama Islam adalah agama yang menggalakkan ummatnya bertaklid kepada ulamak berdasarkan kepada beberapa dalil Quran Dan Athar sahabat.

Firman Allah swt dalam Al Quran:

فاسألوا أهل الذكر ان كُنتُم لا تعلمون.

Apabila kita dituntut utk bertanya maka automatik kita wajib mengikuti apa yang disampaikan kepada kita maka itulah taqlid.

والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان الحقنا بهم ذريتهم وما التناهم من عملهم من شي      

Para ibubapa yang mendidik anak-anak mereka dengan Iman maka dihari kiamat anak-anak yang mengikuti mereka akan digabungkan bersama mereka disyurga.sudah tentu anak-anak dalam ayat ini bertaklid kepada Iman nenek moyang mereka.

إنما شفا العي السؤال
Penawar bagi penyakit jahil adalah bertanya.

Kata-kata Abdullah Bin Mas'ud ra:
من كان مستنا فليستن بمن قد مات فان الحي لا تؤمن عليهم الفتنة
أولئك اصحاب محمد (ص) كانوا اعمقهم علما وأرقاهم افئدة واقلهم تكلفا قوم اختارهم الله تعالي لصحبة نبيه (ص) ونقل دينه فاقتدوا
بهديهم.

Menunjukkan bahawa bertaqlid kepada para sahabat itu merupakan suatu yang dituntut didalam agama.

• Pentingnya belajar melalui wasitah (berguru) tidak direct menuntut ilmu dari majalah, kitab Dan lain-lain. Sebab itulah imam Bukhari mengatakan bahawa:  إنما العلم بالتعلم . Iaitu hanya ilmu yang dihasilkan dengan bertalaqqi dengan guru sahaja yang diakui sebagai ilmu.

Sedangkan Nabi saw yang paling bijak sekalipun memerlukan guru (Jibril as) apatahlagi kita yang sememangnya jahil lagi hina.

•Untuk mencapai kesempurnaan dalam sesuatu urusan maka seseorang itu wajib mempunyai ilmu tentangnya terlebih dahulu sebelum berkata-kata atau berbuat sesuatu. Kata Imam Al Bukhari rah: العلم قبل القول والعمل
Ilmu kena ada sebelum bercakap atau beramal.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan