Pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj
ialah:
1. Kuasa Allah S.W.T. adalah tidak terbatas dan Dia boleh melakukan
apa sahaja yang dikehendaki oleh-Nya, seperti membawa Rasulullah
S.A.W. Dari kota Mekah ke Baitul Maqdis dan dibawa mengadap ke hadrat-
Nya di Sidratul Muntaha di dalam jangkamasa yang begitu singkat,
iaitu satu malam.
Ini kerana apabila Rasulullah S.A.W. menceritakan
tentang peristiwa ini kepada masayarakat umum di Mekah, mereka
mentertawakan Rasulullah. Hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq
mempercayai kata-kata Rasulullah, dan beliau diberi gelaran "As-
Siddiq" yang bermaksud "orang yang benar".
2. Sebelum Rasulullah di"israkkan, baginda telah menjalani suatu
"pembedahan" untuk membersihkan hati, dan dimasukkan unsur rohani,
iman dan hikmat.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa di dalam peringkat pertama untuk bertemu Allah S.W.T., kita perlu membersihkan
diri dan jiwa kita daripada pelbagai sifat mazmummah yang tidak baik
dan menanamkan sifat mahmudah yang baik.
Dengan jiwa yang tenang, penuh keimanan dan ketakwaan akan dibawa bertemu dan mengadap Allah
S.W.T.
3. Pelbagai peristiwa yang dilihat dan dialami oleh Rasulullah S.A.W.
semasa di dalam Israk bersama malaikat Jibrail memberikan gambaran
menyeluruh perihal umatnya di bumi ini dalam menjalani kehidupan
sebagai khalifah Allah.
Ada yang melakukan kebajikan, ada yang melakukan kemaksiatan dan mereka menerima balasan yang setimpal
dengan apa yang telah mereka kerjakan daripada Allah S.W.T.
4. Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada Rasulullah dan umatnya
bahawa iman dan akidah yang teguh merupakan asas kepada sifat
keislaman yang sejati dan akan diberi balasan baik oleh-Nya.
Ini berlaku kepada tukang sikat Firaun, Mashitah sekeluarga. Walaupun
diugut dan dibunuh oleh mereka yang kufur, Allah S.W.T. menganggap
pengorbanan itu sebagai suatu syuhada atau jihad kerana
mempertahankan agama Allah.
5. Orang yang beramal soleh dan berjihad di jalan Allah akan diberi
balasan berlipat ganda seperti satu kaum yang menanam dan menuai
hasil tanaman mereka yang keluar berulang-ulang kali.
6. Rasulullah telah memilih minuman untuk baginda iaitu susu berbanding arak yang ditawarkan oleh Jibrail A.S. Ini jelas
menunjukkan bahawa susu merupakan minuman yang berkhasiat dan arak
pula minuman yang tidak disukai oleh baginda dan juga Allah S.W.T.
kerana ia memabukkan dan akan menyesatkan umat Islam daripada
mengingati Allah S.W.T.
7. Beberapa tempat yang telah disinggahi oleh Rasulullah untuk mengerjakan solat seperti Madinah, Bukit Tursina dan Masjidil Aqsa adalah tempat yang terpilih dan mulia. Maka jika kita berkesempatan untuk berkunjung ke sana, adalah sunat untuk mengerjakan solat di
tempat-tempat tersebut.
8. Allah S.W.T adalah Maha Pengampun lagi Maha Mendengar. Bermula
daripada perintah agar umat Islam diwajibkan mengerjakan solat 50
kali sehari semalam, atas permohonan Rasulullah S.A.W. sebagai
kekasih-Nya berulang kali (sebanyak 9 kali), Allah S.W.T telah mengurangkannya kepada 5 kali sahaja sehari semalam seperti yang kita kerjakan sehingga hari ini.
9. Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi merupakan ayat-ayat suci Al-Quran
yang banyak keberkatannya sekiranya dibaca dan diamalkan di dalam
kehidupan seharian. Ini kerana surah ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W. semasa mengadap-Nya.
http://roslimn.tripod.com/israkmikraj.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan