Jumaat, 13 Mei 2016

Tausiah Sayyidi di KL

Alhamdulillah selesai sudah pengajian malam tadi dengan Murobbina wa Mursyiduna Al Faqir Sayyidi Ahmed AlHadi AlHassani Al Maghribi Hafizohullah. Amat mendalam perbahasannya.
Terasa diri ini betapa kerdilnya dan banyak dosa lagi. :(

*Sebelum perbanyakan ibadah buangkanlah sifat anani (keAkuan). Kerana jika kewujudan diri dalam diri masih wujud. Maka ia akan menjadi hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

*Hendaklah memandang orang lain dengan pandangan yang penuh penghormatan. Dan merasakan diri ini banyak kekurangan dan banyak kelemahan. Kerana kita tidak mengenali wali Allah dikalangan manusia yang mana satukah wali Allah.

*Asal penciptaan ruh adalah suci bersih. Bila ditiup masuk ke jasad yang penciptaannya dari tanah yang kotor maka lahirlah nafsu.

*Semua jalan toriqat adalah bertujuan membuangkan sifat keAkuan diri sehinggakan tidak merasakan dirinya wujid lagi. Yang wujud dan layak disembah hanya Allah swt sahaja.

*Untuk membuang segala bentuk keduniaan di dalam hati itu mudah. Sebaliknya susah untuk membuangkan diri wujud dalam diri (keAkuan).

*Sifat keAkuan itulah penyebab iblis dihalau dari syurga walhal iblis adalah ketua kepada para malaikat.

*Di dunia ini Allah swt telah kurniakan berbagai klinik untuk merawat orang yang sakit. Ada perubatan herba, ada perubatan moden cara barat, ada perubatan cara cina.
Manakala klinik untuk mengubati ruh yang sakit adalah toriqat.

*Bila sesorang yang sedang sakit pergi ke klinik jumpa doktor. Maka dia akan mendengar dan menuruti kata2 doktor. Jika melawan kata2 doktor jawabnya doktor akan suruh dia balik. Begitulah bila kita mengikuti sesuatu jalan toriqat yang muktabar dan mempunyai guru yang mursyid maka hendaklah mengakui diri kita ini sedang sakit. Dan hendaklah jujur dengan sang mursyid. Ikuti apa yang disuruh.

*Setiap toriqat mempunyai manhaj tersendiri untuk membersihkan ruh yang sakit. Iaitu untuk menundukkan nafsu. Contoh Syazali menggunakan huruf bagi mengetuk nafsu itu. Amat jelas sekali diterangkan lagi benerapa manhaj toriqat yang lain.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan