Jumaat, 20 Mei 2016

Bukit Panau

Keindahan Bukit PAnau

Kalau anda memandu dari bandar pasir mas ke bandar tanah merah anda akan berjumpa papan tanda Bukit Panau. Bukit panau  mempunyai sejarahnya yang tersendiri

Anda boleh mendaki ke puncak melalui jalan menara telekomunikasi. Panorama dari puncak bukit panau akan membuatkan anda terpegun  keasyikan . Bagi peminat sukan lasak bukit ini sesuai untuk aktiviti riadah.

Bukit Panau bukan sahaja pernah dijadikan sebuah tempat untuk bertapa, bersuluk, beruzlah dan mengasingkan diri untuk memantapkan lagi tuntutan ilmu kebatinan dan kerohanian. Tetapi Bukit Panau pernah dijadikan sebagai "landmark" bagi pelaut antarabangsa yang mudah diakses dari Laut China Selatan.

Namun, hakikatnya pada tahun 1349 Masihi, Bukit Panau telahpun dijadikan sebagai perkampungan terawal  dan pertemuan Wali Songo (Wali Sembilan) untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa, malah terdapat sebuah gua yang terlindung di sebalik pandangan umum itu pernah dijadikan gelanggang persilatan.

Pahlawan besar yang pernah bertapa dan menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan sebagaimana yang tercatat dalam lipatan sejarah ialah dikenali“Hang Tuah”. Hang Tuah pernah menuntut ilmu persilatan yang meliputi bidang kebatinan dalam gua Bukit Panau sejak usia awal 1400 tahun dari salah seorang ahlul bait yang juga dari keluarga Rasulullah S.A.W  bernama Syed Thananuddin atau masyarakat di situ menggelarkannya sebagai Syeikh Saman atau catatan dalam sejarah dikenali sebagai Adi Putra.

Bahkan Sayed Thananuddin yang merupakan guru Hang Tuah itu adalah adik kepada Syed Hussein Jamadil Kubra yang merupakan Ketua Wali 7 (Tanah Melayu) dan juga Datuk Wali Songo (Indonesia/Jawa). Hakikatnya, Bukit Panau telah dijadikan perkampungan Wali Songo untuk memulakan dakwah ke Tanah Jawa. Dikatakan, asal usul nama negeri “Kelantan” berasal dari tempat itu apabila kumpulan Wali Songo yang diketuai Sunan Bonang datang ke Bukit Panau itu dan apabila kedua-duanya bersalam terbitlah “kilatan” dari arah gua di bukit itu sebanyak tiga kali.

Dari istilah kilatan mewujudkan nama Kelantan dikekalkan sehingga hari ini. Pancaran kilat itu boleh disaksikan di kawasan taman rekreasi tempat Puteri Sa’adong dan Cik Siti Wan Kembang bersemayam dikenali Taman Serendah Sekebun Bunga di Pangkal Kalong (Ketereh, Kota Bharu), Danau To' Uban (Pasir Mas) dan di Kampung Pengkalan Kiat (Machang). Bahkan Bukit Panau amat jelas apabila berada di Kampung Pengkalan Kiat ini kerana Bukit Panau itu dipisahkan oleh Sungai Kelantan sejauh kira-kira 600 meter. Sejarah berkenaan luput ditelan zaman disebabkan sikap iri hati pihak British yang memadamkan sejarah tempat itu supaya tidak diketahui oleh generasi yang akan datang.

Di puncak bukit panau terdapat satu makam lama yang tidak di ketahui asal usul nya.

Sumber /kreadit :

www.azmisejarah.blogspot.my
www.merahsilu.blogspot.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan