Selasa, 18 Jun 2019

PANDANGLAH DGN MATA HATI

1. Bila Talqin dikatakan BIDAAH
Amalan itu ditinggalkan...
Talqin tidak bergema lagi!

2. Bila Tahlil Arwah dikatakan BIDAAH
Amalan itu ditinggalkan...
Tahlil tidak bergema lagi!

3. Bila Qunut dikatakan BIDAAH
Amalan itu ditinggalkan...
Qunut tidak bergema lagi!

4. Bila membaca Yasin setiap malam jumaat dikatakan BIDAAH
Amalan itu ditinggalkan...
Yasin tidak bergema lagi!

4. Bila membaca Al Quran tanpa memahami maksud dikatakan sia-sia!
Amalan itu ditinggalkan...
Al Quran tidak bergema lagi!

5. Bila zikir beramai- ramai dikatakan SESAT
Amalan itu ditinggalkan..
Zikir tidak bergema lagi!

TIDAKKAH KAU NAMPAK?

Tiada lagi gema2 Talqin, Tahlil, Qunut, Yasin,  Alunan Al Quran bersilih ganti dengan zikir di malam hari. Bumi semakin sepi dari gema2 memuji Allah. 

Hanya ada satu makhluk sahaja yang memohon kepada Allah untuk SESATKAN umat manusia. Betapa bijaksananya dia menjauhkan umat manusia dari Allah.

"Dia (iblis) berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku SESATKAN keturunannya, kecuali sebahagian kecil". [QS. Al-Isra ayat 62]

Menghadap telefon  dari pagi hingga malam tidak pun kita katakan SESAT
Sebaliknya sebarang usaha ke jalan Allah sentiasa ada perkataan SESAT.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENYESATKAN DAN DISESATKAN?

HANYA IBLIS SAHAJA YANG SENTIASA CUBA MENYESATKAN MANUSIA!

Akhirnya Iblis tertawa berdekah-dekah..kerana berjaya menyesatkan manusia.

BUMI SEMAKIN  SEPI DARI GEMA-GEMA MEMUJI ALLAH!

ALLAHU AKHBAR!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan