Isnin, 20 Februari 2023

PERKARA MENCARIK ADAT(Fitnah Gemar Pada Karamah Dan Mencari Akan Karamah)



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Kita hamba Allah sahaja, kalau ada sesuatu dari Allah tanpa permintaan kita (dapat karamah dan seumpamanya), Alhamdulillah.

Kita (sepatutnya) malu dari pemberian itu sebab kita tahu (kita) tak layak. Itu rasa kehambaan. Jadi, hamba yang betul, (dia) malu dari amalan dia macam orang yang (berbuat) maksiat malu dengan maksiat (yang) dia (lakukan). 

Itu jalan Allah, berhati-hatilah dengan jalan sufi, sebab memang jalan sufi majoriti hantar ke Jahannam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

■ Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

BERHATI-HATI DENGAN PERKARA MENCARIK ADAT

(Bagi Muridin Yang Sedang Dalam Perjalanan Atau Tanpa Guru Yang Kaamil)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Bukanlah maksudnya kita dapat sesuatu yang luar biasa (karamah/perkara mencarik adat) maksudnya jalan itu betul !! Itu kira tak betul !! Timbangan (itu) tak betul !! Jadi janganlah (kita) kira jalan Allah dengan timbangan itu (karamah, kasyaf, dan sebagainya), sebab kadang-kadang ada ISTIDRAJ SYAITAN main atas orang (untuk) nak masukkan lagi (orang tersebut) kedalam jalan yang tak betul. Jadi, bagi karamat, kasyaf, luar biasa, itu ISTIDRAJ !!

Maklum ISTIDRAJ itu tarikan kepada kesesatan, berhati-hati !! Memang jalan sufi itu jalan kepada Allah, dan (ianya) juga (boleh jadi) jalan kepada syaitan !! Sebab itulah sekarang banyak gangguan atas jalan sufi !!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala

Sabtu, 18 Februari 2023

Syurga Makrifat

Allah menciptakan kita untuk mengenalNya, bukan hanya untuk kita kenal diri kita dan mengenal makhluk.

Allah bukan hanya menciptakan syurga untuk kita bernikmat-nikmat dengannya bahkan untuk melihat Allah dalam syurga.

Sebab itulah Allah menyeru hambaNya untuk mentaatiNya dengan sepenuh ikhlas, hanya beribadah kepadaNya, bukan hanya untuk syurga atau selainNya.

Syurga itu sememangnya dikhaskan untuk hambaNya yang beriman, dan syurga yang khas dikurniakan kepada hambaNya yang ihsan, yakni yang beribadah dengan memandang akan Allah yang mengurniakan nikmat dan kelebihan untuknya beramal.

Syurga Makrifat itu lebih utama daripada segalanya. Syurga Makrifat dikurniakan kepada hambaNya di alam dunia lagi bilamana hambaNya senantiasa memandang (syuhud) akan TuhanNya semata-mata. Maka dia akan berada dalam penuh ketenangan hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat.

BUKU YANG SEBENAR


Seorang Murid telah datang bertemu dengan seorang GURU MURSYID.

Murid itupun berkatalah kepada GURU MURSYID tersebut :

"Saya telah Membaca segala macam BUKU-BUKU dan banyak juga Guru-Guru yang telahpun saya ketemui. Maka sekarang saya hanya mahu belajar dengan Tuan Guru pula..."

Lalu GURU MURSYID itupun bertanya :

"BUKU apakah yang pernah kamu baca ?..."

Murid itupun menjawab :

"Saya telah membaca pelbagainya BUKU. 

BUKU ini, BUKU itu dan masih banyaknya lagi BUKU-BUKU orang-orang hebat yang telahpun saya bacanya..."

Maka GURU MURSYID pun berkatalah dengan senyuman :

"Sebenar-benarnya kamu ini pada Hakikatnya masih lagi terlalu Bodoh, Lemah dan Kalah. 

Janganlah sesekali kamu menghargai dirimu sendiri !

Terlalu banyak membaca BUKU-BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain.

Akan tetapi, kamu tidak pernah pula MEMBACA BUKU YANG KAMU SENDIRI TULISKANNYA..."

Murid itupun menjadi sangat-sangat terkejut dengan kata-kata GURU MURSYID itu.

Lalu Murid pun bertanyalah untuk mempelajari dan memahamkan kata-kata 'HIKMAH' daripada GURU MURSYID itu :

"Saya tidak pernah sesekalipun menuliskan apa-apa BUKU, maka bagaimanakah saya hendak Membacanya ?..."

Lalu GURU MURSYID pun menjelaskannya :

"Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa kamu masih lagi Bodoh, Lemah dan Kalah.

Padahal, kamu senantiasa sahaja Menuliskan 'BUKU KARANGAN DIRI' kamu pada setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. 

Tetapi kamu tidak pernah Sedar Diri !

BUKU itu ialah "DIARI BIOGRAFI".

Iaitu, 'BUKU PERIHAL DIRI' kamu atau 'RAHASIA DIRI' kamu sendiri, yang hanya diketahui oleh dirimu sahaja.

Kamu mengatakan bahawa telahpun mempelajari Al-Qur'an daripada ramainya Para Guru-Guru, akan tetapi kamu telah terlupa bahawa Al-Qur'an telahpun mengatakan :

“Bacalah Kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu.”
(QS. Al-Isra' : 14)

"BACALAH BUKU PERIHALMU (RAHASIA DIRI)..."

Tetapi kamu tidak pernah sesekalipun Membacanya dan tidak pula mahu Menyedarinya !

Hidup kamu hanyalah membaca BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain dan kamu pula berbangga-bangga dengannya sahaja.

Ketahuilah bahawa, pada Hakikatnya kamu masih belum lagi Membaca apa-apapun.

Sehinggalah kamu MEMBACA BUKU DIRI KAMU SENDIRI...

Kerana kamu tidak akan pernah bertanggungjawab keatas BUKU orang-orang lain.

Tetapi, kamu akan Wajib bertanggungjawab terhadap BUKU DIRI SENDIRI yang kamu Tuliskannya pada setiap hari, setiap masa dan setiap turun dan naiknya Nafas kamu..."

Murid itupun hanya terdiam membisu dan merenung jauh dengan kata-kata 'HIKMAH' yang tersangat-sangatlah Mendalam daripada GURU MURSYID itu.

Pada Hakikatnya, berapa banyakkah Masa yang telahpun Murid itu luangkan hanyalah dengan sia-sia belaka untuk menerokai dunia luar ?

Sampaikan ia melupakan akan dirinya sendiri dan tidak sekali-kali menerokai dunia dengan sendirinya ?

"PELAJARI, FAHAMI, RASAI DAN ALAMINYA SENDIRI..."

Maka, teruskanlah menyampaikan segala Kebaikkan, sehinggalah berulang-ulang kali selagi masih turun dan naiknya Nafas kamu atau sebelum kamu tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan segala Kebaikkan demi Akhiratmu.

Tetapi, janganlah sesekali pernah terlupa untuk MEMBACA DIRI KAMU SENDIRI...

"TULISKANLAH CERITA HIDUPMU SENDIRI..."

* NOTA.

Yang CELIK betulkan Dunia Dalam, 

Yang BUTA salahkan Dunia Luar.

Yang CELIK jumpa dari Dalam,

Yang BUTA tercari-cari Diluar.

APABILA BUTA SAHAJA DIDUNIAWI TIPU DAYA YANG SEMENTARA INI, MAKA DIAKHIRAT KELAK KEKAL SELAMA-LAMANYA DIDALAM KEADAAN BUTA...

“Dan barangsiapa yang Buta di Dunia ini, nescaya di Akhirat ia akan lebih Buta dan lebih Tersesat dari Jalan”.
(QS. Al-Isra' : 72)

cpf

Jumaat, 17 Februari 2023

NAFSU PADA AMALAN


﷽ ، الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Telah menerangkan Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani at Tijaniy حفظه الله تعالى kepada kami pada perkara amalan yang beserta dengan nafsu, bahawa;

"Jika amalan yang sukar untuk dibuat, namun ianya beserta dgn Gharad (tujuan & habuan) , nafsu bersama amalan tersebut, maka ianya akan menjadi mudah. Jika amalan tersebut kecil, namun tidak beserta dengan nafsu dalam amalan tersebut, maka ianya amat sukar bagi dirinya. Barangsiapa yang memperkemaskan amalan tanpa Gharad, ianya amat berat bagi nafsu kerana tiada bahagian nafsu pada amalan tersebut (sukar bagi nafsu untuk menerim amalan tersebut). Adab dalam amalan ialah mensucikan dan memperkemaskan amalan daripada Gharad"

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Guru kami Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani

ISRA MIKRAJ TANDA KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN BAGINDA SAW

MAKHLUK RABBANI 
محمد بشر ليس كالبشر #بل ياقوتة بين الحجر 

Janganlah kamu menyibukkan akal kamu dengan bertanyakan bagaimanakah Baginda saw mikraj/naik ke langit atau diperjalankan ke baitul maqdis
itulah kenyataan benar yg kamu dengar akannya
para malaikat,mikraj,
buraq,
Rafraf(hamparan/selendang),
batasan sidratul muntaha,
istiwa,
qolam dan bunyian qolam sedang menulis,
kedengaran suara abu bakar,
ucapan wida’ jibril dan doanya
dan amanatnya
terbukanya pintu2 langit
keberadaan malaikat di langit2 dan keajaiban mereka
malaikat kanan dan kiri
syurga dan neraka
bintang yg bersinar
Nabi saw menjadi imam para Nabi2 AS di baitul maqdis
-keajaiban kejadian keseluruhan alam malakut
sesungguhnya semuanya itu ia adalah tersingkapnya rahsia zarrah Nabi Saw

-diperlihatkan kpd Baginda saw akan keajaiban ciptaan Allah swt yg asalnya drpd Nur Hakikat Baginda saw

Isra’ itu bermaksud berenangnya Nabi Saw didalam lautan cahanya2nya melalui pembukaan Rabbani

berjalannya dan Naiknya(mikraj) Nabi saw adalah dengan Zat diri dan ruh Baginda Saw
tetapi bukanlah dengan cara kebiasaan,
bahkan dengan cara yg mencarikkan adat kebiasaan 
yg dipernamakan sebagai fathul akbar
sesungguhnya pembukaan pertama yg berlaku adalah pembukaan pd makrifah akan Tuhannya
maka Allah swt mahabbah akan Nabi saw dan juga menjadikannya makhluk pilihanNya

dan Allah swt meletak akan hijab terhadap Baginda saw drpd mengetahui akan hakikat ciptaan diri Baginda Saw 
adalah kerana hendak mempermudahkan atas Baginda saw akan urusan yg sangat besar(penting) yg tidak diketahui akannya oleh selain baginda saw

yaitu urusan yg akan dipertangung jawab terhadapnya oleh Allah swt
maka tiada kepenatan seumpama kepenatan Baginda saw kerana banyak anaknya
 
kerana keseluruhan makhluk ini adalah anak2nya (didalam medan hakikat)
(ahli taat atau sebaliknya)

adalah Baginda saw berada ditempat yg sama (ketika isra dan mikraj)
bukanlah berpindah mengikut jalan adat kebiasaan bahkan secara luar biasa

adalah Baginda saw isra’ dengan keseluruhan badan Baginda saw dan dengan Ruhnya untuk melihat keseluruhan zarrah yg Allah swt Meng-adakannya di dalamnya

berpindahnya Nabi Saw drpd alam rendah ke alam yg tinggi adalah pada masa yg sama

qudrah Allah swt tiada sekatan oleh sesuatu
hanyasanya kemuncak pencapaian akal adalah ia mengetahui bahawa Allah swt boleh melakukan apa yg dikehendaki olehNya dalam kerajaanNya

sesungguhnya Allah swt telah melakukan sesuatu(menzahir qudrahNya) terhadap kekasihnya yg agung apa yg dikehendakiNya

(ketika isra mikraj)kelihatan matahari dan bulan terbit didalamnya
juga kelihatan orbit2 berada dipaksinya
dan Baginda saw meliputi pengetahuannya perincian Zat dirinya

semua itu adalah berenangnya Baginda Saw didalam lautan hakikat Adamiahnya 

Baginda Saw dan tatkalamana selesai berenang di dalam hakikat Adamiah dan kelaziman2nya
maka seterusnya  Baginda Saw merenangi didalan lautan hakikat Muhammadiyahnya 

maka masuklah Baginda ke dalam hadrah buta/kelam yg Rabbani (العمى الرباني), 

hadrah yg tidak boleh digambarkan akannya (tidak boleh dipersoalkan bagaimana tempat tersebut)
itulah hadrah yg tunggal/Esa yg Allah tajalli dengan sendirinya oleh ZatNya yg maha  tinggi didalam hakikat Muhammadiyah (yaitu dengan kesempurnaan/keseluruhan ZatNya

maka tenggelamlah Baginda Saw di dalam lautan hakikat nur2 kunhi Allah swt..
maka ghaiblah drpdnya Asma2 dan Sifat2 Allah (ketika tenggelam didalam lautan nur2 kunhi)
apatah lagi diri Baginda saw

-itulah hadrah  (ما زاغ البصر و ما طغى)

penglihatan Nabi Saw
tidak berpaling (dan tidak melampauinya) maksudnya, tidak berpaling dari apa yang dilihatnya dan tidak pula melampaui apa yang dilihatnya pada malam ketika ia diisrakkan dan ketika bertemu dengan Allah swt

-dan juga hadrah
‎(لقد رآى من آيات ربه الكبرى)

 (Sesungguhnya dia telah melihat) pada malam itu (sebagian tanda-tanda kekuasaan Rabbnya yang paling besar) yang paling agung, dimaksud adalah sebagian dari tanda-tanda itu, maka dia melihat sebagian dari keajaiban-keajaiban alam malakut, dan Rafraf berwarna hijau menutupi cakrawala langit, dan malaikat Jibril yang memiliki enam ratus sayap.

hadrah yg tidak diketahui akannya melainkan tuan empunya diri yg sedang tenggelam didalam hadrah kunhi tersebut

itulah hadrah yg terputus/terhalang padanya keseluruhan ilmu2  dan isyarat makhluk2 Allah yg lain melainkan diri Baginda saw yg mengetahui akannya

Maha Tinggi hadrah tersebut drpd apa yg cuba kita sifatkan/gambarkan/bayangkan

Rabu, 15 Februari 2023

WASPADA RACUN DALAM IBADAH (Berasa Manis dlm Amalan -ZHAUQ)


#Tujuan utama ilmu Dan ibadah KAMU adalah menjadikan kamu SEBENAR BENAR HAMBA ALLAH ( افلا اكون عبدا شكورا) 

Asy-Syeikh Akbar Al-Arifbiilah Al-Imam Mahiyidin Ibn Arabi Qaddasallahu Sirrahu berkata:

قال الشيخ اكبر العارف بالله الإمام محيي الدين ابن عربي قدس الله سره

أوصيك في هذا التجلي بالعلم وتحفظ من لذات الأحوال فإنها سموم قاتلة وحجب مانعة، فإن العلم يستعبدك له وهو المطلوب منا ويحضرك معه والحال يسودك على أبناء الجنس فيستهبدهم لك قهر الحال فتبسط لهم بنعوت الربوبية وأين أنت في ذلك الوقت مما خلقت له فالعلم أشرب مقام فلا يفوتنك.
Aku berpesan dalam Tajalli ini bahawa hati-hatilah dengan ilmu dan hati-hatilah dengan lazatnya hal (keadaan Ruhani) kerana itu merupakan racun yang mematikan dan hijab yang menghalangi mu kepada Allah Ta'ala. Maka ilmu yang bermanfaat ilmu yg dapat membuat kamu menjadi hamba Allah, kerana ilmu itu sesuatu yang dituntut dari kita dan ilmu yang dapat menghadirkan engkau bersama Allah.
Dan hal atau ahwal dapat menjadikan mu pemimpin pada sesama mu dan hal itu membuat orang menghamba kepadamu dan dengan dorongan kekuatan hal ini kamu memimpin mereka dengan sifat-sifat Kebagusan Rububiyah. Akan tetapi anda tidak sama dengan sifat Kebagusan Rububiyah Allah. Kerana engkau diciptakan bukan untuk hal melainkan untuk Allah dan tetap ilmu itu merupakan maqam yang paling mulia yang tetap engkau tuntut yang tidak boleh luput darimu.

(Kitab Tajalliyat Al-Ilahiyyah dalam Rasa'il Ibn Arabi, Dar Al-Kotob Al-ilmiyah Beirut hal 335).

Hijab (penghalang) antara hamba dan Allah ada 2
1. Hijab ilmu
2. Hijab Hal

Hijab ilmu dalam erti dengan kepintaran yang dimilikinya dapat menimbulkan sifat ujub, sombong dan riya, merasai dirinya paling pintar dengan orang lain. Jelas ilmunya ini menjadi penghalang antara dia dengan Allah. 

Hijab hal dalam erti merasai dzuq dan Syuhud dalam bathinnya, yang membuat dirinya sampai ke alam Malakut yang tujuannya semata mata mengharapkan karamah. Tapi Karamah yang dimilikinya untuk mengharapkan penghormatan dan disanjung sanjung dengan orang lain. Maka hal keadaan Ruhani yg dimilikinya bukan untuk mengabdi dan berubudiyah kepada Allah tapi untuk kemuliaan dirinya dengan makhluk .jelas keramah ini adalah bathil.

ISRAK MIKRAJ DAN PENGAJARAN KEHAMBAAN


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Nabi Musa a.s dengan darjatnya yang tinggi dan kelebihannya telah meminta untuk bertemu dengan Allahﷻ. Lalu Baginda a.s meminta kepada Allahﷻ untuk menyingkapkan hijab yang memisahkan dirinya dengan Tuhannya, “Ya Tuhan, tampakkanlah (diri-Mu) kepadaku agar aku dapat melihat Engkau.” 

Maka Allahﷻ, Tuhan yang tidak terjangkau oleh mata manusia, Yang Maha Kuat lagi Maha Nyata menjawab, “Kamu tidak akan sanggup melihat-Ku.”  

Untuk melihat akan Allahﷻ, Nabi Musa a.s telah diperintahkan dengan syarat untuk bermujahadah dengan berpuasa dan beribadah selama 40 hari dan terpaksa berjalan kaki dengan jauh sehingga ke Gunung Sinai di Selatan Mesir. Namun, pengakhiran dari harapannya adalah Baginda Musa a.s pengsan dan Baginda a.s tidak mampu untuk melihat akan Allahﷻ. 

Namun, Nabi kita Sayidina Muhammad ﷺ melalui jalan kehambaannya, yakni jalan jazbah tanpa meminta kepada Allahﷻ, telah dijemput oleh Allahﷻ untuk bertemu denganNya. Jemputan dari Allahﷻ untuk bertemu denganNya adalah tanpa ada syarat-syarat dan mujahadah, bahkan pula dimuliakan jemputan tersebut bertemankan Jibril a.s dan Buraq, hanya dalam masa yang sungguh singkat untuk bertemu dengan Allahﷻ, tidak perlu 40 hari, bahkan tidak sampai jarak masa satu malam. Inilah tarikan daripada Allahﷻ untuk sampai kepadaNya pada malam Israk dan Mikraj melalui jalan kehambaan. 

Maka, inilah jalan ummat akhir zaman - jalan Jazbah, jalan kehambaan, merasa tidak layak dengan amalan, malu dengan amalan, jalan yang ditunjukan oleh Baginda ﷺ, sehingga hanyalah melalui jalan ini yang mampu menyampaikan seseorang itu kepada  Allahﷻ melalui kurniaanNya. 

Jalan Mujahadah adalah jalan Baginda Musa a.s manakala jalan Jazbah atau Kehambaan adalah jalan Sayidina Muhammad ﷺ. Maka kita sebagai ummat Sayidina Muhammad ﷺ, adalah terlebih baik memilih jalan Sayidina Muhammad ﷺ sebagai ikutan kita - jalan kehambaan, tidak berhajat pada habuan dalam amalan, merasa tidak layak dan malu pada amalan, dan tidak syuhud pada amalan. 

● Sebahagian daripada intipati syarahan Israk dan Mikraj oleh Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala di Zawiyyah Ainurrahmah

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Isnin, 13 Februari 2023

SOLAWATUL FATEH, 3 PERKARA BESAR


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞ 

Solawatul Fateh itu mengandungi tiga perkara yang besar. 

■ Yang pertama akannya, datangnya ia sebagai kurniaan dari Perbendaharaan Allah Yang Maha Agong kepada orang yang menerimanya dan yang melazimi membacanya tanpa engkar mahupun was-was didalam hatinya. Berkata guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Al Maghribi Hafizahullahu Ta'ala, "Solawatul Fateh itu, dia yang mencari pembacanya, bukannya pembacanya yang mencari dia" 

■ Yang kedua akannya, diberikan kefahaman kepada orang melaziminya akan Hakikat Sayidina Muhammad ﷺ . Berkata guru kami Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Al Maghribi Hafizahullahu Ta'ala, "Waqafkanlah diri antum kedalam Solawatul Fateh, dan niatkanlah apabila membacanya untuk makrifah akan hakikat Sayidina Muhammad ﷺ. (Solawatul) Fateh Lima Ughliqa membuka hati-hati yang terhijab daripada Allah, membuka segala hijab-hijab diantara kita dengan Baginda ﷺ, menghilangkan hijab-hijab diantara kita dengan rezeki kita yang zahir atau yang batin". 

■ Yang ketiga akannya, dikasihi akan orang yang melazimi membacanya oleh Baginda Sayidina Muhammad ﷺ dan Allahﷻ. Orang yang banyak berselawat itu, pasti akan dikasihi oleh Baginda Sayidina Muhammad ﷺ sehingga menjadi orang yang hampir dengannya, dan pasti tanpa keraguan mendapat syafaatnya dan beroleh syurga, bahkan Sayidina Muhammad ﷺ itu mengenal orang-orang yang banyak berselawat itu melalui nur selawat yang terpancar jelas menerangi wajah mereka diakhirat nanti. 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Sabtu, 11 Februari 2023

SANAD EMAS (ZAHABI) ATAU SANAD QUTBANIAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين 

Adalah Sanad Thoriqah Tijaniy yang dibawa melalui jalur Murobbina Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani At Tijaniy Hafizahullahu Ta'ala, dipernamakan ianya sebagai SANAD EMAS (SANAD ZAHABI) atau SANAD QUTBANIAH. 

Keterangan oleh Murobbina akan makna SANAD EMAS atau SANAD QUTBANIAH ini bahawasanya; 

"(Ianya adalah) Sanad nama-nama bintang yang dikenali dan disebut oleh masyarakat Maghrib dan Arab. Sanad yang dipanggil di bumi Maghrib, (yakni) dipanggil SANAD EMAS atau SANAD QUTBANIAH, sebab (mereka) yang memegang sanad ini selalunya sampai ke MAQAM QUTBUL GHAOS". 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Wasilah

Telah diajukan soalan kpd sayidina syeikh ahmad tijani r.a tentang maksud 
قوله تعالى : [ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ] .المائدة.
maka syeikh menjawab maksud ayat tersebut ;
" hendaklah kamu bertaqwa kpd Allah dan Takut lah kamu akan azab siksaanNYA yang amat pedih dan hendak lah kamu mencari wasilah( Penghubung) iaitu melalui amalan2 soleh yang Allah Taala redha padanya.. 
dapat diambil intipati ayat melalui tafsir isyari , hendaklah kamu mencari wasilah yang sebenar2 wasilah yang tidak akan terputus ( kukuh) dan Tiada wasilah yang paling Agung kecuali melalui wasilah dan perantaraan Baginda nabi صلى الله عليه وسلم ، dan tiada wasilah utk sampai kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم yang lebih Agung kecuali melalui jalan Selawat Keatas Nya,
dan kesimpulan ayatnya Apa yang dituntut untuk sampai kepada Hadrah Allah Taala Adalah mesti melalui Perantaraan seorang Syeikh Yang Kamil( Sempurna) maka sesungguhnya mencari Syeikh yang Kamil itulah sebesar2 jalan utk kamu sampai kepada Hadrah Allah Taala ..wassalam

Khamis, 9 Februari 2023

DUNIA

 

Murobbina Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala mengatakan maksud kalimah dunia itu daripada bahasa Arab "Daniyyun" - rendah, jadi dunia itu rendah. Dunia itu rendah kedudukannya. 

Beliau mengkisahkan; 

Apabila Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka perut Baginda merasa sakit untuk buang air. Mana mungkin syurga dijadikan tempat untuk buang air. Maka diturunkan kedunia (bumi) untuk melepaskan hajat Beliau. Jibril a.s mengunakan secebis dari bulunya untuk membelah laluan buang air bagi Nabi Adam a.s. 

Menangis Nabi Adam a.s apabila yang keluar adalah najis yang berbau busuk. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang najis yang berbau busuk. 

Ibunda Siti Hawa pula apabila diturunkan kebumi, akibat makan buah khuldi, maka perutnya sakit dan keluarlah haidnya. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang darah kotor. 

Iblis pula apabila dihumban keluar, maka terkencing-kencing ia dimukabumi, dan tumbuhlah dari kencingnya itu tumbuh-tumbuhan yang memabukkan, termasuklah tembakau (sekarang dibuat rokok). 

Dan daripada dunia itu, manusia berterusan bergaduh dan saling sakit menyakiti kerana berterusan merebut akan dunia, tempat yang dijadikan untuk buang air.

SIRI SYARAH SYAMAIL



             بسم الله الرحمن الرحيم 

Bab hadis-hadis mengenai rupa fizikal Rasulullah SAW

3 [3] : al Bara' bin Azib berkata :

Rasulullah SAW merupakan lelaki yang sederhana (ketinggian), jarak antara kedua bahunya jauh, rambutnya lebat (terurai ke bahu) sampai ke telinganya. Memakai pakaian berwarna merah, aku tidak pernah melihat seorang pun lebih tampan daripadanya

Takhrij Ringkas

Al Bukhari (Sahih Bukhari. No. 3551), Muslim (Sahih Muslim. No. 2337), Ahmad (al Musnad. No. 18473), Abu Ya'la (al Musnad. No. 1714), Ibnu Hibban (Sahih ibnu Hibban. No. 6283), Abu Awanah (al Mustakhraj. No. 10312) dan lain lain. Hadis sahih disepakati oleh Bukhari dan Muslim. 

4 [4] : al Bara bin Azib berkata :

aku tidak pernah melihat seorang yang memiliki rambut menyentuh cuping telinga, memakai pakaian berwarna merah, lebih tampan daripada Rasulullah SAW. Baginda memiliki rambut yang menyentuh kedua bahunya. Jarak antara kedua bahunya jauh. Baginda bukanlah seorang yang rendah dan bukan tinggi

Takhrij Ringkas 

Muslim (Sahih Muslim. No. 2337), Ahmad (al Musnad. No. 18558, 18666), Abu Daud (al Sunan. No. 4183), al Termizi (al Jami'. No. 1724, 3635). Hadis sahih. Kata al Termizi : hadis ini hasan sahih. 

Penjelasan Hadis

Kedudukan hadis ini dalam bab rupa fizikal Rasulullah SAW menunjukkan satu lagi sifat fizikal Nabi SAW. 

📌 Nabi SAW digambarkan oleh sahabat al Bara bin Azib mempunyai dada yang lebar atau bidang. Ibarat yang digunakan oleh al Bara ialah jarak yang jauh antara dua bahunya. Manakala hadis dari sahabat yang lain menggunakan lafaz 'dada yang lebar' atau 'dada yang luas'. Kesemuanya membawa maksud yang sama. 

Dada Nabi SAW yang bidang sesuai dengan ciri fizikal lain seperti lengan, tapak tangan dan tulang sendi yang disifatkan dalam beberapa hadis lain sebagai besar dan berisi. Keadaan ini bertepatan dengan sifat tubuh Nabi SAW yang bagus, seimbang dan munasabah seperti yang dinyatakan oleh al Haitami dalam Asyraful Wasail. 

📌 Hadis al Bara juga menyebut bahawa Baginda SAW sederhana tingginya. Lafaz riwayat kedua menggunakan 'tidak rendah dan tidak tinggi'. Pengertian kedua riwayat ini hendaklah difahami dengan maksud bukan terlalu tinggi seperti yang dijelaskan sebelum ini berdasarkan hadis Anas, Abu Hurairah dan Ali RA. 

📌 Hadis juga memperihal sifat rambut Nabi SAW. Rambut Baginda SAW disifatkan sebagai lebat dan agak panjang hingga mencecah cuping telinga. Dalam riwayat Yusuf bin Ishaq, mencecah cuping telinga ke kedua bahu. Menurut ibnu Hajar (Fathul Bari), kebanyakan rambut Baginda SAW berada pada cuping telinga. Baki rambut yang terurai menyentuh bahu. Ibnu Hajar juga mengandaikan perbezaan lafaz hadis kerana perbezaan situasi yang berlaku. Terdapat beberapa keadaan rambut Nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh para sahabat. Ia akan diperjelaskan panjang lebar insya Allah pada bab rambut Nabi SAW. 

📌 Pemakaian pakaian warna merah akan disentuh pada bab pakaian nanti

Faedah dan Pengajaran Hadis

📌 Diharuskan memakai pakaian berwarna merah semata-mata. Ini pendapat mazhab Syafie dan Maliki. Dalil mereka antaranya ialah hadis al Bara ini. 

📌 Pakaian warna merah menyerlahkan kebagusan dan ketampanan Nabi SAW. Nabi SAW mempunyai warna kulit putih kemerahan yang dipadankan dengan pakaian merah. Keserasian ini ditunjukkan oleh bagaimana al Bara mengaitkan keduanya. 

📌 Hadis ini salah satu dalil keelokan dan keindahan fizikal Nabi SAW di samping riwayat sahabat lain seperti Abu Hurairah, Ummu Ma'bad, Jabir bin Samurah, Anas bin Malik, Abu Qirsofah dan seorang sahabat yang tidak dinamakan dalam riwayat Abu Ya'la (al Musnad). Para ulama yang menjelaskan sifat dan ciri fizikal Nabi SAW juga bersetuju bahawa fizikal Nabi SAW secara umumnya adalah elok. Kesimpulannya, hadis-hadis tadi serta hadis lain mengenai sifat fizikal Nabi SAW memberi gambaran mutawatir secara makna tentang keelokan dan keindahan rupa bentuk badan Baginda SAW.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً. والحمد لله رب العالمين. 

📝 Penyusun:
Muslim
Hamba Allah yang memerlukanNya

9 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗤𝗨𝗧𝗛𝗕𝗨𝗟 𝗔𝗨𝗟𝗜𝗬𝗔' 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔


1.Alqutubul Almaktum Sayidi Syeikh Ahmad Attijani R.A
["Ketahuilah dosa zaman ini ( akhir zaman) tidak seorang pun kuasa menghindarinya,sebab dosa itu dicurahkan atas manusia bagaikan air hujan yg sangat lebat.Akan tetapi Perbanyakkanlah amalan penghapus dosa dan yang paling utama ialah SHOLATUL FATIH LIMA UQLIQ."]

2. Imam Abul Hasan asy-Syadzilli R.A
 [“Di akhir zaman tidak ada amalan yang lebih baik daripada berselawat kepada Rasulullah Saw.”] 

3. Imam Ibnu Hajar al-Asqalani R.A
[“Tidak tertolak selawat atas Nabi Saw.”] 

4. Al-Hafidz asy-Syaraji R.A
[“Semua zikir tidak diterima kecuali dengan khusyuk dan hadir hatinya kecuali selawat, maka akan diterima meskipun tanpa khusyuk dan hadirnya hati.”] 

5. Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani R.A
[“Dengan membaca selawat, seorang hamba dapat meraih keredhaan Allah Swt, memperoleh kebahagiaan dan rahmat Allah Swt, barokah-barokah yang dapat dipetik, doa-doa yang terkabulkan, bahkan dia boleh naik ke tingkatan darjat yang lebih tinggi, serta mampu mengubati penyakit hati dan diampuni dosa-dosa besarnya.”] 

6. Syaikh Ibn Athaillah as-Sakandari R.A
[“Siapa yang (merasa) tidak memiliki amalan solat (sunat) dan puasa (sunat) yang banyak untuk menghadap Allah di hari kiamat, maka hendaklah dia perbanyak membaca selawat serta salam kepada Nabi Muhammad Saw.”] 
 
7. Al-Quthb al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad R.A
[“Satu selawat dari Allah cukup untuk seorang hamba, dunia dan akhirat.”] 

8. As-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki R.A
[“Jangan ditinggalkan membaca selawat kepada Rasulullah Saw. Kerana bacaan selawat itu merupakan kunci segala kebaikan dan pintu segala keutamaan untuk agama, dunia dan akhirat.”] 

9. Sayidi Habib Umar Alhafiz hafizahullah [“Sesungguhnya apabila engkau melakukan ketaatan kepada Allah seumur hidupmu, bahkan Allah berikan di atas umurmu adalah umurnya seluruh manusia untuk digunakan dalam ketaatan kepadaNya, maka sesungguhnya lebih hebat satu selawat dari Allah SWT.”]

Rabu, 8 Februari 2023

KAABAH DAN KEMULIAANNYA


KAABAH ADALAH BATIN RASULILLAH SAW

JASAD BAGINDA BERASAL DRPD TURBAH KAABAH

DI ASINGKAN JASAD BAGINDA SAW DI MADINAH KERANA HIKMAH TERTENTU

ASAL USUL KAABAH ADALAH DARIPADA TITISAN YG MENGALIR DARIPADA CAHAYA NUR MUHAMMAD YG MENGHADAP ALLAH SWT

NIAT KETIKA MELAKUKAN HAJI DENGAN MEMASUKKAN KEFAHAMAN TENTANG ASAL USUL KAABAH 

Maksud menghadapnya kita ke arah kiblat yg mulia dengan sebab diri Baginda saw yg mulia
adalah dengan menghadapkan keseluruhan anggota zahir dan batin kita ke arah kaabah

(kaabah adalah ia berasal drpd ruh/cahaya peluh Baginda saw)

kerana mengikut apa yg disuruh didalam alquran dan kerana mengikut akan Baginda Saw

kiblat adalah satu tempat khilafah Allah swt dan benih fitrah segala ciptaanNya

yg menunjukkan kepadaNya Abid yg sebenar (Rasulullah )supaya dapat menyempurnakan arah kita kepada Allah swt

dengan mendahulukan/mengutamakan zahir Nabi yg agung dan batin cahayanya yg memancar..

apabila kamu sudah memahami akannya
maka kamu tahu bahawa baitullah tersebut adalah makhluk ciptaanNya bukanlah tempat sembahan
bukan dapat memberi manfaat, mudharat,
bukan dapat menarik rezeki atau menolak akannya

melainkan qudrat dan iradah Allah yg memberi kesan

jauhkanlah diri kamu drpd menyembah akan batu..

kucupan kita pada hajarul aswad adalah untuk men-agungkan cahaya Allah jua

kerana banyaknya tajalli2 Allah swt di baitullah 
kerana kaabah adalah pintu khilafahnya..

Nabi saw mengucup akan hajarul aswad dan bertawaf adalah kerana meng-agungkan perkara/sesuatu yg Allah swt agungkan akannya 

itulah(kaabah) adalah batin Baginda Saw

kerana Baginda Saw diciptakan drpd tanah baitullah ..

hanya ditanamkan/dimaqamkan pd lain drpd baitullah supaya baitullah itu tidak dijadikan sembahan

kerana banyaknya tajalli Allah swt terhadap kekasihnya Saw padanya

(jikalau digabungkan(diletakkan maqam baginda saw di baitullah)

sesungguhnya Baginda saw berhijrah dr mekah (ke madinah) adalah untuk menyempurnakan kerinduannya kepada rumuz2 batinnya(kaabah)

juga supaya terbangkit/terhasil atasnya pembukaan zohir tajalli kebesaran cahaya2 hakikat2 batin..

maka dihantarlah Baginda saw sebagai Rasul mulia ke jazirah arab

itulah tanah galian kekuatan rahim2 kenabian(tempat lahirnya para nabi)

supaya memperkuatkan atas kesempurnaan kembali kpd daerah batin Baginda saw..

maka Allah swt telah memuliakan tanah arab dan hati2 tanah arab dengan mempertundukkan mereka supaya dapat khidmat kepada ibu mereka (mekah)

itulah ibu segala negeri, 
keluarga,tempat rujuknya dan ruh kpd negeri tersebut

kaabah/mekah bersifat kasih sayang/lemah lembut terhadap cawangan2nya/pecahan2nya
dan bersifat rindu terhadap cawangan2nya

seperti rindunya seseorang kpd sesuatu musim

kesimpulannya: 
bahawasanya Allah swt telah menentukan bahawa tidak akan menerima sesiapa yg bertawajjuh kpdNya tanpa menjadikan Rasulillah saw sebagai khalifahNya(wasitah) secara zahir dan batin

itulah kemuliaan Baginda Saw satu kanzun(rahsia) masa,tempat,jirim2 dan Aradh

tidaklah mulia melainkan dengan sebab khalifahNya Saw dimuliakan/diagungkan oleh Allah swt

semata2 atas dasar kurnianNya..

kiblat seorang yg sedang solat bahawa ia menyedari,beriktikad dan merasai /zauq bahawa ia sedang berada di atas ribaan Baginda Saw

sepertimana seorang anak di atas ribaan ibunya

dan sesungguhnya Baginda saw didalam hadrah Tuhannya..

yg sedang solat bergerak ia dengan sebab digerakkan oleh tuhannya..

menyembah akannya dengan menjadikan Baginda saw sebagai perantara seagung2 makhluk dengan menghadap dengan keseluruhan zatnya dan hatinya di dinding baitullah..
seraya beriktikad bahawasanya ia adalah drpd nafas2 Baginda saw ..

via ~ Qutubul Aqtab Sidi Ahsan Albaqili Alhasani Almaghribi

Selasa, 7 Februari 2023

JAUHI FITNAH JALAN KESUFIAN AKHIR ZAMAN


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

Berhati-hatilah dengan fitnah sufi zaman ini. Dengan fitnah itu (seseorang yang mengikuti jalan sufi) akan jadi musuh Allah, bukan murid jalan Allah.

Bila dapat perkara itu (perkara-perkara yang mencarik adat), kita mesti Ghaddul Basar (merendahkan pandangan). Itu (adalah) ujian Allah, (samada kita) nak Allah atau nak selain dari-Nya (seronok dan terpaut pada perkara-perkara mencarik adat).

Akhir zaman, dengan fitnah itu, (seseorang sufi) akan menjadi musuh Allah, bukan murid jalan Allah. 

Kalau jumpa orang yang banyak bercakap tentang kasyaf, karamah - buang dan tinggalkan jalan itu!!! TAK BETUL.. 

Jalan Allah sangat bersih, jalan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat (mestilah) mensahihkan kehambaan, dan hamba (itu) tiada milik (tidak memiliki apa-apa), tiada apa-apa (keistimewaan), dia (adalah) hak kepada tuan dia, tiada mendakwa saya keakuan, tiada langsung!! Tidak gembira dengan amalannya, tidak rasa bahagia dengan amalan dia, malu dari amalan dia, malu dari martabat yang dia dapat, sebab itu semua hak Tuhan, bukan hak dia.

Itulah KEHAMBAAN !!!

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ 

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

■ Al Arifbillah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi At Tijaniy Hafizahullahi Ta'ala

ORANG_YANG_BAHAGIA_DAN_ORANG_YANG_PALING_BAHAGIA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .....
صباح الخير يا إخواني في الله. جمعة مباركة وهيللة مقبولة. كل جمعة وأنتم بخير ، تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال...

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ، الحَمْدُلِلّٰهِ رَبِّ اْلعٰالَمِيْنَ ، اللَّهُمَ صَل ِعَلَى سَيدِنـَا مُحَمَّدٍ الفاتـِح ِلِمَا أُغلِقَ وَالخاتمِ لِمَا سبقَ نَاصِرِالْحَقِ بِالْحَق ِوَالهـَادِي إلىَ صِراطِكَ المُسْتَـَقـِيم وَعَلىَ آلِه حَقَّ قـَدْرِه وَمِقـْدَارِهِ العـَظـِيم

Seorang pemuda datang pada salah seorang Arif Billah seraya berkata : wahai tuan... katakan padaku bagaimana aku bisa mengetahui bahwa aku tercatat dari golongan orang yang bahagia atau golongan orang yang celaka???

Lalu sang Arif Billah menjawab : Wahai anakku...
Tanda yang memisahkan antara orang yang bahagia dan orang yang celaka adalah 

*"SHOLAWAT ATAS NABI SAW"*

Maka lihatlah dirimu...jika engkau rutin bersholawat pada nabi saw, maka ketahuilah bahwa engkau termasuk golongan orang yang bahagia dunia akhirat, dan jika sholawat atas nabi saw tidak ada dalam kehidupanmu, maka waspada dan berhati-hatilah engkau menjadi orang yang celaka tanpa kau sadari...

Pemuda itu lalu bertanya : apa dalil dari Qur'an atas apa yang kau katakan itu wahai tuanku???...

Arif Billah : Dalilnya jelas dalam firman Allah swt : 

*_"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-NYA bersholawat atas nabi....._*

Orang-orang yang celaka mustahil akan menyertai Allah swt dalam hal apapun, sementara orang-orang yang bahagia akan menyertai Allah swt dan para malaikat-NYA dalam pintu kebahagiaan terbesar...

Pemuda : Apa arti muwazhobah (rutin) bersholawat menurutmu wahai tuanku???...

Arif Billah : Hendaklah engkau menjadikan sholawat sebagai wirid yang tetap setiap malam. Akan tetapi ketahuilah bahwa ada *_orang yang bahagia dan ada orang yang paling bahagia..._*

*_Orang yang bahagia_* adalah orang yang menjadikan sholawat sebagai rutinitas harian...

Sedangkan *_orang yang paling bahagia_* adalah orang yang sholawat telah menjadi makanan, minuman, pikiran, keinginan dan udara yang ia bernafas dengannya. (Artinya sholawat telah menyatu dengannya dan telah mendarah daging)

Seketika air mata pemuda itu berlinang dan ia menangis mendengar ucapan sang Arif Billah yang sangat menyentuh hatinya...

Kemudian sang Arif Billah berkata : berlinangnya air matamu adalah awal dari tanda kebahagiaanmu, seandainya engkau bukan orang yang bahagia, niscaya nafsumu tidak akan membiarkanmu mendatangi dan bertanya padaku...

صلوا على الحبيب صلى الله عليه وسلم...

*الله يقبل علينا وعليكم بمحض فضله ورضاه*
============================

#Achmad_Somady_Aroby
#Jatibarangbrebes #jumat27januari2023 #05rojab1444H #1677

SETINGGI2 DARJAT DISISI ALLAH IALAH KEHAMBAAN


بِسٔمِ اللّٰهِ الرَّحٔمٰنِ الرَّحِئمِ ،الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞

فلا تدعي مرتبة لك مع الله وانتسب للعبودية فإنها جنة العارفين... 
سيدي الحاج الأحسن البعقيلي التجاني رضي الله عنه.

Jangan mengaku-ngaku memiliki martabat di sisi Allah ﷻ( Kasyaf,Martabat,Kewalian Dan lain2), nisbatkan dirimu pada ubudiyah (penghambaan) kerana penghambaan (mengaku sebagai hamba) adalah syurganya kaum arifin... 

(SIDI AL-HAJ AL-AHSAN AL-BA'QILI AL- MAGHRIBI RADHIALLAHU 'ANHU)

Semakin tinggi derajat hamba di sisi Allah ﷻ, maka semakin besar rasa takutnya pada Allah ﷻ serta semakin merasa bahawa ia adalah seorang hamba yang hina, tidak berdaya dan tidak merasa memiliki apapun selain anugerah dan pemberian dari Allah ﷻ.

HATI MUHAMMADI

Hanya seorang Syeikh atau Murobbi atau Waliyullah sahaja yang membawa bersama mereka hati Muhammadiah dan perhiasan Sayidina Rasulillah ﷺ. Carilah mereka sekiranya menginginkan kebaikan-kebaikan agama, dan berdampinglah dengan mereka, disisi mereka susu-susu robbani itu akan mengenyangkan rohani.

عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ 

Dari Anas bin Malik RA, Sayidina Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka pintu kebaikan dan menutup pintu keburukan. Dan sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka pintu keburukan dan menutup pintu kebaikan. Beruntunglah orang yang Allahﷻ jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan melalui tangannya. Dan celakalah orang yang menjadi pembuka pintu keburukan melalui tangannya.” 

(HR. Ibnu Majah no. 237) Status: Hadis Hasan dalam Ash-Shahihah no. 1332

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۞ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ ۞ وَسَلامٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ ۞ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ۞

Ahad, 5 Februari 2023

MUHASABAH DIRI


TUHAN KALIAN BERADA DIBAWAH TELAPAK KAKI AKU !

Adanya sebuah kisah,

Dimana kisah ini telah berlaku kepada Sultanul Awliyah as-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani...

Pada suatu hari, beliau telah didatangi oleh para pemimpin yang ternama di Kota Baghdad untuk mengajak beliau bersama-sama didalam satu malam Majlis Ibadah secara beramai-ramai.

Beliau telahpun menolak pelawaannya, tetapi para pemimpin tersebut tetap juga berkeras untuk mengajak beliau supaya dapat menghadiri Majlis Ibadah tersebut.

"Bagi mendapatkan Keberkatan daripada Sultanul Awliyah..." - Kata mereka. 

Pada akhirnya, dengan Hati yang sangat-sangat berat, Syeikh Abdul Qadir pun bersetujulah untuk menghadiri ke Majlis Ibadah tersebut.

Pada malam Majlis Ibadah tersebut, disatu tempat yang terbuka, telah dihadirinya beratus-ratus umat dengan melakukan Ibadahnya masing-masing.

- Ada yang Bersolat.

- Ada yang Berwirid. 

- Ada yang membaca Al-Qur'an. 

- Ada yang Bermuzakarah. 

- Ada yang Bertafakur.

- Ada yang Bersedekah.

Dan sebagainya...

Syeikh Abdul Qadir pun duduklah disatu sudut dan hanya memerhatikan sahaja akan kesemua gelagat dan telatah umat yang Beribadah itu.

Pada kemuncak Majlis Ibadah tersebut, pihak penganjur pun telah menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberikan Tazkirahnya. 

Beliau telah mencuba untuk mengelakkannya, tetapi beliau tetap juga didesak dengan berkali-kali oleh pihak penganjur. 

"Untuk mendapatkan Keberkatan daripada Sultanul Awliyah..." - Kata mereka lagi.

Akhirnya, dengan Hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir pun bersetujulah untuk menyampaikan Tazkirahnya.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir tersangat-sangatlah ringkas dan pendek sahaja.

Beliau berkata :

"Tuan-tuan dan para hadirin sekalian. tuhan tuan-tuan semuanya berada dibawah telapak kaki saya..."

Dengan ucapan beliau yang sebegitu, maka para hadirin di Majlis Ibadah itupun menjadi terkejut dan menjadi gempar, lalu keadaan pun menjadi riuh rendah.

Para hadirin telah merasa terhina dan tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau yang sebegitu.

Bagaimanakah mungkin seorang Sultanul Awliyah dan Syeikh yang sangat-sangatlah dihormati juga disegani oleh kebanyakkan umat dan juga terkenal dengan Keilmuannya, Kealimannya dan Kewara'annya boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu terhadap tuhan mereka. 

Ini sudahpun menghina Tuhan !

Mereka kesemuanya tidak sanggup bahawa tuhan mereka dihina sampaikan sedemikian rupa.

Maka mereka pun telah bersepakat untuk melaporkan akan perkara itu kepada pemerintah. 

Apabila pemerintah mendapat tahu sahaja berkenaan kejadian itu, maka diarahkannya Qadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir.

Dan jikalau beliau telahpun didapati bersalah, maka hendaklah dihukum pancung keatas beliau.

Pada hari pengadilan yang dilakukannya dihadapan khalayak umat, maka Syeikh Abdul Qadir pun dibawalah untuk menjawab segala tuduhan keatas beliau.

Qadhi pun bertanyalah kepada Syeikh Abdul Qadir :

"Benarkah pada sekian-sekian tempat, tarikh dan masa sekian-sekian, Tuan Syeikh ada berkata dihadapan khalayak umat bahawa tuhan mereka berada dibawah telapak kaki Tuan Syeikh ?..."

Dengan Tenang sahaja Syeikh Abdul Qadir pun menjawabnya :

"Benar, saya berkata sebegitu..."

Qadhi pun bertanya lagi :

"Apakah sebabnya Tuan Syeikh berkata sebegitu ?..."

Jawab Syeikh Abdul Qadir dengan senyuman :

"Jikalau Tuan Qadhi mahu mengetahuinya, maka silalah lihat dibawah telapak kaki saya..."

Maka Qadhi pun mengarahkan para pegawainya untuk mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk melihat dibawah telapak kakinya. 

Ternyata adanya duit satu Dinar yang melekat ditelapak kaki beliau.

Qadhi sememangnya sangat-sangatlah mengetahui bahawa Syeikh Abdul Qadir adalah seorang yang Makruf dan sebagai seorang yang Kasyaf.

Maka fahamlah Qadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajarinya bahawa ;

Kesemua orang-orang yang Beribadah pada malam Majlis Ibadah itu sebenar-benarnya adalah tidak Beribadah KERANA TUHAN. 

Tuhan sekali-kali tidak ada didalam segala Ibadah mereka !

Pada Hakikatnya, mereka tetaplah hanya bertuhankan Duniawi Tipu Daya yang sementara ini semata-mata.

Dan duit satu Dinar itu pula adalah menjadi lambang dan simbolnya...

* NOTA.

Jikalau pada zaman Sultanul Awliyah as-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani umat sudahpun 'Kehilangan Tuhan' didalam segala Ibadah mereka, apatah lagi di Dunia Akhir hari ini ?

Itu didalam Hal Ibadah, jikalau didalam menjalani kehidupan sehari-harian pula, sudah tentulah Tuhan tidak akan pernah langsung diambil peduli.

Semoga Allah SWT mencabut segala cinta dan keagungan terhadap Duniawi Tipu Daya yang sementara ini didalam Hati kita.

Agar kita tidak menyibukkan Hati kita dengan segala sesuatu selain daripada Allah SWT.

Juga agar kita tidak akan pernah terjatuh kedalam Jurang Kenikmatan dan Jurang Pertelingkahan.

Dan agar Duniawi Tipu Daya yang sementara ini akan hanya berada ditangan kita sahaja, dan ianya tidak akan pernah sesekali sampai kedalam Hati kita.

Ya Allah !

Cabutlah Penyakit Al-Wahn (Cinta Dunia dan Takut Mati) didalam Hatiku, dan bersihkanlah Hatiku Suci Sesucinya Baitullah'.

Agar dapatku kekal BERTAUHID dan BERIMAN Kepada-Mu sehinggalah ke akhir hayatku.

Semoga hari-hari kita di Dunia Akhir hari ini menuju ke Sakaratul Maut tidak sesekali Bernafas didalam keadaan HARAM !

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(QS. al-An'am : 162)

Jumaat, 3 Februari 2023

MALAIKAT MEMINTAKAN AMPUN UNTUK ORANG YANG MEMBACA SHOLAWAT SAMPAI HARI KIAMAT

 
جاء في الخبر عن النبي صلي الله عليه وسلم انه قال : ان الله تعالي خلق ملكا له جناح في المشرق وجناح في المغرب ورأسه تحت العرش ورجلاه تحت الارض السابعة وعليه بعدد خلق الله تعالي ريش , فاذا صلي رجل او امرأة من امتي علي , امره الله تعالي ان ينغمس في بحر من نور تحت العرش فيه , فينغمس فيه , ثم يخرج وينفض جناحه فيقطر من كل ريشة قطرة فيه , فيخلق الله تعالي من كل قطرة ملكا , يستغفر له الي يوم القيامة .

Telah datang kabar dari Nabi Saw, sesungguhnya Beliau Bersabda :

”Sesungguhnya Allah Swt Menciptakan Malaikat yang mempunyai satu Sayap di Timur dan satu sayap di Barat, Kepalanya di bawah Arsy, kedua Kakinya berada di bawah Bumi ketujuh dan Malaikat ini mempunyai bulu sebanyak hitungan Makhluk-Nya Allah Swt. 

Ketika salah seorang dari Ummatku baik laki-laki maupun perempuan membaca Shalawat kepadaku, maka Allah Swt Memerintahkan kepada Malaikat tersebut untuk menceburkan diri kedalam Lautan dari Cahaya yang berada di bawah ‘Arsy.

Lalu Malaikat menceburkan diri kedalamnya kemudian keluar dan mengkibas-kibaskan Sayapnya, maka meneteslah dari setiap Bulu satu tetes.

Kemudian Allah Swt menciptakan dari setiap tetesnya Satu Malaikat yang memintakan ampun untuk orang yang membaca Shalawat tadi sampai Hari Kiamat".

قال بعض الحكماء سلامة الجسد , قلة الطعام , وسلامة الروح في قلة الآثام , وسلامة الدين في الصلاة علي خير الانام

Sebagian Ulama’ Ahli Hikmah berkata :

”Selamatnya Jasad dalam sedikitnya makan, selamatnya Ruh dalam sedikitnya dosa dan selamatnya Agama dalam Bershalawat kepada Makhluk terbaik (Nabi Muhammad Saw)".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

RAHSIA SELAWAT FATIH IJAZAH KHUSUS DAN IZIN KHAS FADHLUL ILAHI HAKIKAT ASMA2 DAN ZAT


Aku mendengar drpd Syarif Ahmad Alhadi Alhasani Hafizahullah taala tentang hasilan yg terhasil drpd bacaan selawat fatih dengan bilangan huruf selawat fatih..
(Sebanyak 489x)..
padanya rahsia yg sangat besar,tiada harus/mampu bagi seseorang untuk menyelami serta mendalami didalam lautan rahsianya melainkan seseorang itu telah memutuskan sebarang kecenderungan utk menghasilkan serta berusaha utk mendapat suatu rahsia atau khasiat tertentu pd amalannya

keutamaan selawat fatih bandingannya seperti diri Baginda saw yg dibaca atasnya tidak menerima perkongsian (tujuan/khasiat)pd mana2 cara

barangsiapa menghendaki/mencari akan Hakikat Muhammadiah yg agung,maka hendaklah ia meninggalkan apa yg selainnya

hendaklah ia berusaha keras akan dirinya dengan setinggi2 tajrid drpd akar2 gharad dan tujuan beserta dengan tuhannya dan hambanya
maka pd ketika itu akan tersingkap sebahagian drpd rahsia2 Hakikat Muhammadiah tersebut

Dan sahlah hubungannya dengan Hakikat Muhammadiah secara tahkik,bukan dengan waham dan sangkaan 
sepertimana berlaku kpd kebanyakan pendakwa2

maka sir/rahsianya ialah pada meninggalkan keinginan utk mendapat sir dan pembukaan dengan menyucikan drpd syahwat hendak kpd pembukaan serta menanti akan pembukaan

berkata Maulay Albaqili RA pd penghujung kitab iraahnya ketika membicarakan tentang Syeikhul Akbar Syeikh Ahmad Tijani Ra drpd perbahasan bilangan huruf selawat fatih,yaitu 489x setiap pagi dan petang
wajiblah baginya pembukaan didunia dan akhirat

caranya ialah :
1-
أَعُوذُ بِاللهِ مَنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 
بسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ الرَّحْمَانِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ إهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ أَنْعَمْتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ ولآ الضَّآلِّين ، آمِين ............1x

2-

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ والهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ وعَلَى آلِهِ حقّ قَدْرِهِ ومِقْدَارِهِ العَظِيمِ .....489x

3-
اللَّهُمَّ بِجَاهِ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ إِفْتَحْ لِي مِنْ كُلِّ بَابِ خَيْرٍ فَتَحْتَه عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ رَسُولِكَ وَبِجَاهِ الخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ إِخْتِمْ لِي بِخَاتِمَةِ النَّاجِينَ الرَّاجِينَ الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ 
 " قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ " 
وَبِجَاهِ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ أُنْصُرْنِي عَلَى جَمِيعِ الأَعْدَاءِ نَصْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُ أَتَتَّخِذُنَا هُزُءَا " قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الجَاهِلِنَ " 
وَبِجَاهِ الهَادِي إلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ إِهْدِنَا ًصِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ " مِنَ النَّبِيِّينَ والصِّدِّيقِينَ والشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ اللهِ " ............... 3x

peringatan bahawa asas dan tunjang kpd amalan ini dan zikir2 dalam toriqah kita ialah tiada menanti kpd sesuatu (khasiat) dan berusaha utk mendapatkannya
kerana ia adalah pendakwaan atas kelayakan dan keahlian terhadap sesuatu yg diamalkan

ia melepasi dan berpisah drpd hadrah kehambaan kpd hadrah ketuanan dan memperzahirkan akan sifat ketuanan

moga Allah melindungi kita drpd kehinaan dan maksiat

hadrah ini adalah hadrah fadhlul ilahi yg tidak terhenti atas meminta2 atau buat kerja atau usaha utk dpt sesuatu ,atau syuhud keahlian dan kelayakan 

adalah ditegah atas seorang hamba mengharapkan upah atas kerjanya,apatah lagi ia berusaha utk mendapatkan upah drpd tuannya

maka seorang hamba tidak harus atasnya pada uruf dan pada akal meminta gantian/upah atas kerjanya (walaupun dengan lintasan hati)

Syarat amalan ijazah tersebut 👆🏼 adalah bagi yg pernah ambil ijazah Selawat Fatih dan meminta ijazah drpd Admin secara personal

LAFAZ ALLAH SWT


LAFAZ ALLAH bagi kalangan AHLI SUFI adalah merupakan Isim Khumasi (5 huruf).

Sedangkan, menurut Ibnu Arabi' pula adalah Sudasi (6 huruf). 

Pendapat beliau itu adalah berdasarkan adanya Huruf 'ALIF' sebelumnya Huruf 'HA' dan terdapatnya Huruf 'WAU' setelahnya.

1) ALIF PERTAMA. 

Ibaratnya KEESAAN ALLAH yang Meniadakan segala sesuatu yang banyak selain daripada Diri-Nya semata-mata.

Sehinggalah tidak adanya yang kekal Dihadapan-Nya. 

Ertinya, yang Kekal daripada kesemua yang Ada hanyalah Satu, yaitu :

- DIA (AL-HAQ).

2) LAM AWAL. 

Yang merupakan Tabir daripada KEAGUNGAN (AL-JALAL), kerana ianya dekat dengan Huruf 'ALIF'.

Maka Kemuliaannya menjadi paling tertinggi bagi DZAT ALLAH. 

Terdapatnya dua sifat, yaitu :

- KEBESARAN (AL-ADZMAH).

- KEMAMPUAN (AL-IQTIDAR).

3) LAM AKHIR.

Merupakan Tabir daripada KEINDAHAN MUTLAK (AL-JAMAL AL-MUTLAK) yang Bersemayam didalam kesemua tanda-tanda KEBENARAN ALLAH.

Adanya dua hal yang terkandung, yaitu :

- ILMU (AL-ILMU).

- KEHALUSAN (AL-LATIF).

4) ALIF.

Yang Ditiadakan (Dihilangkan atau Dilenyapkan).

Ditiadakan didalam Penulisan, namun ianya tetap ADA didalam Ucapan. 

'ALIF' yang gugur bermaknanya Kesempurnaan, yaitu :

- Yang tidak mengenal batas akhir sebagai isyarat Hakikat Wujud KESEMPURNAAN DZAT ALLAH.

5) HA.

Perlambangan unsur Keinsanan, sepertinya didalam :

"Katakanlah wahai Muhammad (Sebagai manusia) bahawa Allah itu ESA".

Ertinya, di isyaratkan bahawa kesemuanya haruslah kembali Kepada-Nya semata-mata. 

6) WAU.

Yang ada diatas Huruf 'HA'.

Didalam hal ini Huruf 'HA' adalah ALAM GHAIB.

Dan Huruf 'WAU' pula adalah untuk ALAM SYAHADAH. 

Yang dimaksudkannya ALAM SYAHADAH itu adalah ALAM KESAKSIAN.

Posisi Huruf 'WAU' diatas 'HA' adalah merupakan Refleksi yang Ghaib diatas yang Nyata.

* NOTA.

Jikalau hanya sekadar gambar sahaja yang dengan begitu engkau sudahpun Nafsi.

Lalu bagaimanakah pula dengan LAFAZ ALLAH disaat engkau Melihatnya ? 

Janganlah engkau hanya melihat gambar Lafaznya itu sahaja, akan tetapi pandanglah "DZAT YANG EMPUNYA".

Insan yang benar-benar telahpun 'SAMPAI' Kepada-Nya itu adalah yang bilamana ianya Menyebutkan sahaja akan Nama-Nya, maka akan bergetar hancurlah Hatinya dan Terkuncilah segala-galanya lenyap didalam DIAM. 

Apabila TIDAK NYATA DI NYATAKAN, maka ianya akan menjadi NYATA SENYATA-NYATANYA...

Firman Allah SWT yang bermaksud :

اِنَّمَا الْمُؤْمِنُوْنَ الَّذِيْنَ اِذَا ذُكِرَ اللّٰهُ وَجِلَتْ قُلُوْبُهُمْ وَاِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ اٰيٰتُهٗ زَادَتْهُمْ اِيْمَانًا وَّعَلٰى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوْنَۙ

"Sesungguhnya orang-orang yang Beriman adalah mereka yang apabila Disebut Nama Allah Gementar Hatinya, dan apabila Dibacakan Ayat-Ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) Imannya dan hanya kepada Tuhan mereka Bertawakal."
(QS. Al-Anfal : 2)

Beliau SAW bersabda :

“Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, kalian pasti akan sedikit ketawa dan banyak menangis”.

cpf

Khamis, 2 Februari 2023

KISAH APABILA NABI MUSA INGIN MELIHAT KEADILAN ALLAH


Pada suatu hari Kalimullah, Nabi Musa AS bermunajat kepada ALLAH SWT di bukit Tursina. Beliau memohon kepada ALLAH, "Ya, ALLAH tunjukkanlah keadilan-MU kepadaku."

Maka ALLAH menjawab permohonan Nabi Musa AS, "Jika Aku menampakkan keadilan-KU kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkanku."

"Dengan taufik-MU." kata Musa, "Aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilan-MU."

ALLAH SWT menjawab, "Kalau begitu, pergilah engkau ke perigi itu". Bersembunyilah engkau di dekatnya dan saksikan apa yang akan terjadi." Maka Nabi Musa pun segera menuju tempat mata air yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT, segera beliau bersembunyi di atas pokok yang berdekatan dengannya.

Beberapa waktu kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwudhu dan meminum airnya. Setelah itu ia solat dan meletakkan kantong di sisinya yang berisi wang seribu dinar.

Setelah selesai solat, penunggang kuda tadi segera pergi dengan terburu-buru sehingga terlupa kantong wangnya tertinggal. Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil yang ingin meminum di perigi itu. Dia melihat sebuah kantong ditempat itu, dia mengambilnya, setelah itu segera pergi dari tempat tersebut.

Setelah anak kecil tadi berangkat, datanglah seorang tua yang buta, dia meminum dan kemudian berwudhu, lalu solat.

Beberapa saat kemudian datanglah penunggang kuda yang ketinggalan kantongnya tadi. Dia menemukan seorang tua yang sedang berada tempat itu.

Si penunggang kuda berkata, "kamu pasti mengambil wangku yang tertinggal di sini." Betapa terkejutnya bukan kepalang si tua yang buta itu, dia berkata, "Bagaimana aku dapat mengambil kantung wangmu sementara mataku tidak dapat melihat."
Penunggang kuda berkata, "kamu jangan berdusta, tidak ada lagi orang selain kamu di sini."

Si tua menjawab, "Betul, saya memang disini tapi tidakkah kamu nampak yang mataku tak dapat melihat." Si penunggang kuda itupun berkata, "Mengambil kantong tidak semestinya dengan mata ! Tetapi dengan tangan! Tanganmu boleh mengambil kantongku.Kembalikan!!"

Akhirnya sipenunggang kuda tidak sabar sehingga segera membunuh orang tua buta itu. Setelah itu, dia segera menggeledahnya, tetapi kantong yang berisi wang tidak ditemukan. Maka dia segera pergi meninggalkan mayat si tua tadi.

Ketika Nabi Musa melihat peristiwa yg baru saja terjadi, beliau berkata, "Ya Tuhan, aku tidak sabar akan kejadian ini. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa engkau melakukan yang sedemikian ?"

Tidak lama kemudian, datanglah Jibril AS, dan berkata, "ALLAH memerintahkanku untuk menyampaikan penjelasan-NYA kepadamu. DIA menyebutkan bahwa diri-NYA maha mengetahui hal-hal ghaib yang engkau tidak ketahui. 

DIA menyebutkan bahwa anak kecil yang mengambil kantong milik si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya semula."

"Pada waktu dulu, ayah anak kecil itu bekerja pada si penunggang kuda itu. Namun secara zalim ayah anak tadi tidak dibayar atas pekerjaan yang dilakukannya. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam kantong tersebut. Adapun orang tua buta yang mati dibunuh tadi adalah orang yang telah membunuh ayah anak kecil itu dulunya, sebelum si tua itu mengalami kebutaan."

Demikianlah. Sungguh Maha Besar ALLAH SWT yang telah berfirman, "Tidakkah kamu perhatikan bahwa ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan DIA lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan DIA lah yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih ramai melainkan DIA berada bersama mereka dimanapun mereka berada. Kemudian DIA akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui Segala Sesuatu." (QS Almujadalah: 7).

"DIA lah ALLAH, Yang tiada Tuhan selain DIA, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata. DIA lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (QS Al-Hasyr: 22).

Semoga bermanfaat untuk semua.

Di balik sana


Di balik sana ada segolongan manusia yang kelihatan berbuat taat kepada Allah, ketaatan mereka hanyalah kepada Allah

Jika ditanya kenapakah kamu berbuat taat, langsung dijawab kerana menurut perintah Allah, kami hamba Allah walaupun kami tak layak untuk mengakuinya.

Apakah di sebalik itu ada kelebihan dalam berbuat taat itu? Langsung dijawab mereka, ya sudah semestinya, namun juga kami tak layak untuk menggapainya kerana apa yang kami perbuat ini penuh dengan kealpaan dan kesyirikan.

Lalu dipersoalkan lagi kepada mereka apa yang diperbuat itu tampak penuh kebaikan dan kekhusyukan, lantas jawab mereka itu pada zahirnya, tapi hakikatnya penuh pendustaan.

Lihatlah golongan ini, mereka beribadah penuh khusyuk, hanya memandang kepada Allah, tidak hanya melihat kepada kelebihan-kelebihan dalam beramal, namun melangkaui batasan itu dengan menumpukan sepenuh pandangan hati, jiwa dan raga mereka kepada Allah Yang Maha Pemurah yang mengurniakan kelebihan beramal dan memudahkan mereka untuk beramal.