Jumaat, 17 Februari 2023

NAFSU PADA AMALAN


﷽ ، الْحَمْــدُ لِلَّــه ، وَصَـلَّى اللَّـهُ عَلَـى سَــيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْــفَاتِحِ الْخَـاتِـم وَعَلَـى آلِـهِ حَــقَّ قَــدْرِهِ وَمِــقْدَارِهِ الْـعَــظِيـم 

Telah menerangkan Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani at Tijaniy حفظه الله تعالى kepada kami pada perkara amalan yang beserta dengan nafsu, bahawa;

"Jika amalan yang sukar untuk dibuat, namun ianya beserta dgn Gharad (tujuan & habuan) , nafsu bersama amalan tersebut, maka ianya akan menjadi mudah. Jika amalan tersebut kecil, namun tidak beserta dengan nafsu dalam amalan tersebut, maka ianya amat sukar bagi dirinya. Barangsiapa yang memperkemaskan amalan tanpa Gharad, ianya amat berat bagi nafsu kerana tiada bahagian nafsu pada amalan tersebut (sukar bagi nafsu untuk menerim amalan tersebut). Adab dalam amalan ialah mensucikan dan memperkemaskan amalan daripada Gharad"

Semoga Allah ﷻ melimpahkan RahmatNya, BarakahNya dan MaghfirahNya buat Guru kami Murobbina Sayyidi Syarif Ahmad al Hadi al Hasani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan