#Tujuan utama ilmu Dan ibadah KAMU adalah menjadikan kamu SEBENAR BENAR HAMBA ALLAH ( افلا اكون عبدا شكورا)
Asy-Syeikh Akbar Al-Arifbiilah Al-Imam Mahiyidin Ibn Arabi Qaddasallahu Sirrahu berkata:
قال الشيخ اكبر العارف بالله الإمام محيي الدين ابن عربي قدس الله سره
أوصيك في هذا التجلي بالعلم وتحفظ من لذات الأحوال فإنها سموم قاتلة وحجب مانعة، فإن العلم يستعبدك له وهو المطلوب منا ويحضرك معه والحال يسودك على أبناء الجنس فيستهبدهم لك قهر الحال فتبسط لهم بنعوت الربوبية وأين أنت في ذلك الوقت مما خلقت له فالعلم أشرب مقام فلا يفوتنك.
Aku berpesan dalam Tajalli ini bahawa hati-hatilah dengan ilmu dan hati-hatilah dengan lazatnya hal (keadaan Ruhani) kerana itu merupakan racun yang mematikan dan hijab yang menghalangi mu kepada Allah Ta'ala. Maka ilmu yang bermanfaat ilmu yg dapat membuat kamu menjadi hamba Allah, kerana ilmu itu sesuatu yang dituntut dari kita dan ilmu yang dapat menghadirkan engkau bersama Allah.
Dan hal atau ahwal dapat menjadikan mu pemimpin pada sesama mu dan hal itu membuat orang menghamba kepadamu dan dengan dorongan kekuatan hal ini kamu memimpin mereka dengan sifat-sifat Kebagusan Rububiyah. Akan tetapi anda tidak sama dengan sifat Kebagusan Rububiyah Allah. Kerana engkau diciptakan bukan untuk hal melainkan untuk Allah dan tetap ilmu itu merupakan maqam yang paling mulia yang tetap engkau tuntut yang tidak boleh luput darimu.
(Kitab Tajalliyat Al-Ilahiyyah dalam Rasa'il Ibn Arabi, Dar Al-Kotob Al-ilmiyah Beirut hal 335).
Hijab (penghalang) antara hamba dan Allah ada 2
1. Hijab ilmu
2. Hijab Hal
Hijab ilmu dalam erti dengan kepintaran yang dimilikinya dapat menimbulkan sifat ujub, sombong dan riya, merasai dirinya paling pintar dengan orang lain. Jelas ilmunya ini menjadi penghalang antara dia dengan Allah.
Hijab hal dalam erti merasai dzuq dan Syuhud dalam bathinnya, yang membuat dirinya sampai ke alam Malakut yang tujuannya semata mata mengharapkan karamah. Tapi Karamah yang dimilikinya untuk mengharapkan penghormatan dan disanjung sanjung dengan orang lain. Maka hal keadaan Ruhani yg dimilikinya bukan untuk mengabdi dan berubudiyah kepada Allah tapi untuk kemuliaan dirinya dengan makhluk .jelas keramah ini adalah bathil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan