Ahad, 5 Februari 2023

MUHASABAH DIRI


TUHAN KALIAN BERADA DIBAWAH TELAPAK KAKI AKU !

Adanya sebuah kisah,

Dimana kisah ini telah berlaku kepada Sultanul Awliyah as-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani...

Pada suatu hari, beliau telah didatangi oleh para pemimpin yang ternama di Kota Baghdad untuk mengajak beliau bersama-sama didalam satu malam Majlis Ibadah secara beramai-ramai.

Beliau telahpun menolak pelawaannya, tetapi para pemimpin tersebut tetap juga berkeras untuk mengajak beliau supaya dapat menghadiri Majlis Ibadah tersebut.

"Bagi mendapatkan Keberkatan daripada Sultanul Awliyah..." - Kata mereka. 

Pada akhirnya, dengan Hati yang sangat-sangat berat, Syeikh Abdul Qadir pun bersetujulah untuk menghadiri ke Majlis Ibadah tersebut.

Pada malam Majlis Ibadah tersebut, disatu tempat yang terbuka, telah dihadirinya beratus-ratus umat dengan melakukan Ibadahnya masing-masing.

- Ada yang Bersolat.

- Ada yang Berwirid. 

- Ada yang membaca Al-Qur'an. 

- Ada yang Bermuzakarah. 

- Ada yang Bertafakur.

- Ada yang Bersedekah.

Dan sebagainya...

Syeikh Abdul Qadir pun duduklah disatu sudut dan hanya memerhatikan sahaja akan kesemua gelagat dan telatah umat yang Beribadah itu.

Pada kemuncak Majlis Ibadah tersebut, pihak penganjur pun telah menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberikan Tazkirahnya. 

Beliau telah mencuba untuk mengelakkannya, tetapi beliau tetap juga didesak dengan berkali-kali oleh pihak penganjur. 

"Untuk mendapatkan Keberkatan daripada Sultanul Awliyah..." - Kata mereka lagi.

Akhirnya, dengan Hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir pun bersetujulah untuk menyampaikan Tazkirahnya.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir tersangat-sangatlah ringkas dan pendek sahaja.

Beliau berkata :

"Tuan-tuan dan para hadirin sekalian. tuhan tuan-tuan semuanya berada dibawah telapak kaki saya..."

Dengan ucapan beliau yang sebegitu, maka para hadirin di Majlis Ibadah itupun menjadi terkejut dan menjadi gempar, lalu keadaan pun menjadi riuh rendah.

Para hadirin telah merasa terhina dan tidak berpuas hati dengan kata-kata beliau yang sebegitu.

Bagaimanakah mungkin seorang Sultanul Awliyah dan Syeikh yang sangat-sangatlah dihormati juga disegani oleh kebanyakkan umat dan juga terkenal dengan Keilmuannya, Kealimannya dan Kewara'annya boleh mengeluarkan kata-kata yang sebegitu terhadap tuhan mereka. 

Ini sudahpun menghina Tuhan !

Mereka kesemuanya tidak sanggup bahawa tuhan mereka dihina sampaikan sedemikian rupa.

Maka mereka pun telah bersepakat untuk melaporkan akan perkara itu kepada pemerintah. 

Apabila pemerintah mendapat tahu sahaja berkenaan kejadian itu, maka diarahkannya Qadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir.

Dan jikalau beliau telahpun didapati bersalah, maka hendaklah dihukum pancung keatas beliau.

Pada hari pengadilan yang dilakukannya dihadapan khalayak umat, maka Syeikh Abdul Qadir pun dibawalah untuk menjawab segala tuduhan keatas beliau.

Qadhi pun bertanyalah kepada Syeikh Abdul Qadir :

"Benarkah pada sekian-sekian tempat, tarikh dan masa sekian-sekian, Tuan Syeikh ada berkata dihadapan khalayak umat bahawa tuhan mereka berada dibawah telapak kaki Tuan Syeikh ?..."

Dengan Tenang sahaja Syeikh Abdul Qadir pun menjawabnya :

"Benar, saya berkata sebegitu..."

Qadhi pun bertanya lagi :

"Apakah sebabnya Tuan Syeikh berkata sebegitu ?..."

Jawab Syeikh Abdul Qadir dengan senyuman :

"Jikalau Tuan Qadhi mahu mengetahuinya, maka silalah lihat dibawah telapak kaki saya..."

Maka Qadhi pun mengarahkan para pegawainya untuk mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk melihat dibawah telapak kakinya. 

Ternyata adanya duit satu Dinar yang melekat ditelapak kaki beliau.

Qadhi sememangnya sangat-sangatlah mengetahui bahawa Syeikh Abdul Qadir adalah seorang yang Makruf dan sebagai seorang yang Kasyaf.

Maka fahamlah Qadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajarinya bahawa ;

Kesemua orang-orang yang Beribadah pada malam Majlis Ibadah itu sebenar-benarnya adalah tidak Beribadah KERANA TUHAN. 

Tuhan sekali-kali tidak ada didalam segala Ibadah mereka !

Pada Hakikatnya, mereka tetaplah hanya bertuhankan Duniawi Tipu Daya yang sementara ini semata-mata.

Dan duit satu Dinar itu pula adalah menjadi lambang dan simbolnya...

* NOTA.

Jikalau pada zaman Sultanul Awliyah as-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani umat sudahpun 'Kehilangan Tuhan' didalam segala Ibadah mereka, apatah lagi di Dunia Akhir hari ini ?

Itu didalam Hal Ibadah, jikalau didalam menjalani kehidupan sehari-harian pula, sudah tentulah Tuhan tidak akan pernah langsung diambil peduli.

Semoga Allah SWT mencabut segala cinta dan keagungan terhadap Duniawi Tipu Daya yang sementara ini didalam Hati kita.

Agar kita tidak menyibukkan Hati kita dengan segala sesuatu selain daripada Allah SWT.

Juga agar kita tidak akan pernah terjatuh kedalam Jurang Kenikmatan dan Jurang Pertelingkahan.

Dan agar Duniawi Tipu Daya yang sementara ini akan hanya berada ditangan kita sahaja, dan ianya tidak akan pernah sesekali sampai kedalam Hati kita.

Ya Allah !

Cabutlah Penyakit Al-Wahn (Cinta Dunia dan Takut Mati) didalam Hatiku, dan bersihkanlah Hatiku Suci Sesucinya Baitullah'.

Agar dapatku kekal BERTAUHID dan BERIMAN Kepada-Mu sehinggalah ke akhir hayatku.

Semoga hari-hari kita di Dunia Akhir hari ini menuju ke Sakaratul Maut tidak sesekali Bernafas didalam keadaan HARAM !

Firman Allah SWT yang bermaksud : 

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
(QS. al-An'am : 162)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan