Khamis, 2 Februari 2023

Di balik sana


Di balik sana ada segolongan manusia yang kelihatan berbuat taat kepada Allah, ketaatan mereka hanyalah kepada Allah

Jika ditanya kenapakah kamu berbuat taat, langsung dijawab kerana menurut perintah Allah, kami hamba Allah walaupun kami tak layak untuk mengakuinya.

Apakah di sebalik itu ada kelebihan dalam berbuat taat itu? Langsung dijawab mereka, ya sudah semestinya, namun juga kami tak layak untuk menggapainya kerana apa yang kami perbuat ini penuh dengan kealpaan dan kesyirikan.

Lalu dipersoalkan lagi kepada mereka apa yang diperbuat itu tampak penuh kebaikan dan kekhusyukan, lantas jawab mereka itu pada zahirnya, tapi hakikatnya penuh pendustaan.

Lihatlah golongan ini, mereka beribadah penuh khusyuk, hanya memandang kepada Allah, tidak hanya melihat kepada kelebihan-kelebihan dalam beramal, namun melangkaui batasan itu dengan menumpukan sepenuh pandangan hati, jiwa dan raga mereka kepada Allah Yang Maha Pemurah yang mengurniakan kelebihan beramal dan memudahkan mereka untuk beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan