KAABAH ADALAH BATIN RASULILLAH SAW
JASAD BAGINDA BERASAL DRPD TURBAH KAABAH
DI ASINGKAN JASAD BAGINDA SAW DI MADINAH KERANA HIKMAH TERTENTU
ASAL USUL KAABAH ADALAH DARIPADA TITISAN YG MENGALIR DARIPADA CAHAYA NUR MUHAMMAD YG MENGHADAP ALLAH SWT
NIAT KETIKA MELAKUKAN HAJI DENGAN MEMASUKKAN KEFAHAMAN TENTANG ASAL USUL KAABAH
Maksud menghadapnya kita ke arah kiblat yg mulia dengan sebab diri Baginda saw yg mulia
adalah dengan menghadapkan keseluruhan anggota zahir dan batin kita ke arah kaabah
(kaabah adalah ia berasal drpd ruh/cahaya peluh Baginda saw)
kerana mengikut apa yg disuruh didalam alquran dan kerana mengikut akan Baginda Saw
kiblat adalah satu tempat khilafah Allah swt dan benih fitrah segala ciptaanNya
yg menunjukkan kepadaNya Abid yg sebenar (Rasulullah )supaya dapat menyempurnakan arah kita kepada Allah swt
dengan mendahulukan/mengutamakan zahir Nabi yg agung dan batin cahayanya yg memancar..
apabila kamu sudah memahami akannya
maka kamu tahu bahawa baitullah tersebut adalah makhluk ciptaanNya bukanlah tempat sembahan
bukan dapat memberi manfaat, mudharat,
bukan dapat menarik rezeki atau menolak akannya
melainkan qudrat dan iradah Allah yg memberi kesan
jauhkanlah diri kamu drpd menyembah akan batu..
kucupan kita pada hajarul aswad adalah untuk men-agungkan cahaya Allah jua
kerana banyaknya tajalli2 Allah swt di baitullah
kerana kaabah adalah pintu khilafahnya..
Nabi saw mengucup akan hajarul aswad dan bertawaf adalah kerana meng-agungkan perkara/sesuatu yg Allah swt agungkan akannya
itulah(kaabah) adalah batin Baginda Saw
kerana Baginda Saw diciptakan drpd tanah baitullah ..
hanya ditanamkan/dimaqamkan pd lain drpd baitullah supaya baitullah itu tidak dijadikan sembahan
kerana banyaknya tajalli Allah swt terhadap kekasihnya Saw padanya
(jikalau digabungkan(diletakkan maqam baginda saw di baitullah)
sesungguhnya Baginda saw berhijrah dr mekah (ke madinah) adalah untuk menyempurnakan kerinduannya kepada rumuz2 batinnya(kaabah)
juga supaya terbangkit/terhasil atasnya pembukaan zohir tajalli kebesaran cahaya2 hakikat2 batin..
maka dihantarlah Baginda saw sebagai Rasul mulia ke jazirah arab
itulah tanah galian kekuatan rahim2 kenabian(tempat lahirnya para nabi)
supaya memperkuatkan atas kesempurnaan kembali kpd daerah batin Baginda saw..
maka Allah swt telah memuliakan tanah arab dan hati2 tanah arab dengan mempertundukkan mereka supaya dapat khidmat kepada ibu mereka (mekah)
itulah ibu segala negeri,
keluarga,tempat rujuknya dan ruh kpd negeri tersebut
kaabah/mekah bersifat kasih sayang/lemah lembut terhadap cawangan2nya/pecahan2nya
dan bersifat rindu terhadap cawangan2nya
seperti rindunya seseorang kpd sesuatu musim
kesimpulannya:
bahawasanya Allah swt telah menentukan bahawa tidak akan menerima sesiapa yg bertawajjuh kpdNya tanpa menjadikan Rasulillah saw sebagai khalifahNya(wasitah) secara zahir dan batin
itulah kemuliaan Baginda Saw satu kanzun(rahsia) masa,tempat,jirim2 dan Aradh
tidaklah mulia melainkan dengan sebab khalifahNya Saw dimuliakan/diagungkan oleh Allah swt
semata2 atas dasar kurnianNya..
kiblat seorang yg sedang solat bahawa ia menyedari,beriktikad dan merasai /zauq bahawa ia sedang berada di atas ribaan Baginda Saw
sepertimana seorang anak di atas ribaan ibunya
dan sesungguhnya Baginda saw didalam hadrah Tuhannya..
yg sedang solat bergerak ia dengan sebab digerakkan oleh tuhannya..
menyembah akannya dengan menjadikan Baginda saw sebagai perantara seagung2 makhluk dengan menghadap dengan keseluruhan zatnya dan hatinya di dinding baitullah..
seraya beriktikad bahawasanya ia adalah drpd nafas2 Baginda saw ..
via ~ Qutubul Aqtab Sidi Ahsan Albaqili Alhasani Almaghribi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan