Sabtu, 18 Februari 2023

BUKU YANG SEBENAR


Seorang Murid telah datang bertemu dengan seorang GURU MURSYID.

Murid itupun berkatalah kepada GURU MURSYID tersebut :

"Saya telah Membaca segala macam BUKU-BUKU dan banyak juga Guru-Guru yang telahpun saya ketemui. Maka sekarang saya hanya mahu belajar dengan Tuan Guru pula..."

Lalu GURU MURSYID itupun bertanya :

"BUKU apakah yang pernah kamu baca ?..."

Murid itupun menjawab :

"Saya telah membaca pelbagainya BUKU. 

BUKU ini, BUKU itu dan masih banyaknya lagi BUKU-BUKU orang-orang hebat yang telahpun saya bacanya..."

Maka GURU MURSYID pun berkatalah dengan senyuman :

"Sebenar-benarnya kamu ini pada Hakikatnya masih lagi terlalu Bodoh, Lemah dan Kalah. 

Janganlah sesekali kamu menghargai dirimu sendiri !

Terlalu banyak membaca BUKU-BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain.

Akan tetapi, kamu tidak pernah pula MEMBACA BUKU YANG KAMU SENDIRI TULISKANNYA..."

Murid itupun menjadi sangat-sangat terkejut dengan kata-kata GURU MURSYID itu.

Lalu Murid pun bertanyalah untuk mempelajari dan memahamkan kata-kata 'HIKMAH' daripada GURU MURSYID itu :

"Saya tidak pernah sesekalipun menuliskan apa-apa BUKU, maka bagaimanakah saya hendak Membacanya ?..."

Lalu GURU MURSYID pun menjelaskannya :

"Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa kamu masih lagi Bodoh, Lemah dan Kalah.

Padahal, kamu senantiasa sahaja Menuliskan 'BUKU KARANGAN DIRI' kamu pada setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat. 

Tetapi kamu tidak pernah Sedar Diri !

BUKU itu ialah "DIARI BIOGRAFI".

Iaitu, 'BUKU PERIHAL DIRI' kamu atau 'RAHASIA DIRI' kamu sendiri, yang hanya diketahui oleh dirimu sahaja.

Kamu mengatakan bahawa telahpun mempelajari Al-Qur'an daripada ramainya Para Guru-Guru, akan tetapi kamu telah terlupa bahawa Al-Qur'an telahpun mengatakan :

“Bacalah Kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu.”
(QS. Al-Isra' : 14)

"BACALAH BUKU PERIHALMU (RAHASIA DIRI)..."

Tetapi kamu tidak pernah sesekalipun Membacanya dan tidak pula mahu Menyedarinya !

Hidup kamu hanyalah membaca BUKU yang dituliskan oleh orang-orang lain dan kamu pula berbangga-bangga dengannya sahaja.

Ketahuilah bahawa, pada Hakikatnya kamu masih belum lagi Membaca apa-apapun.

Sehinggalah kamu MEMBACA BUKU DIRI KAMU SENDIRI...

Kerana kamu tidak akan pernah bertanggungjawab keatas BUKU orang-orang lain.

Tetapi, kamu akan Wajib bertanggungjawab terhadap BUKU DIRI SENDIRI yang kamu Tuliskannya pada setiap hari, setiap masa dan setiap turun dan naiknya Nafas kamu..."

Murid itupun hanya terdiam membisu dan merenung jauh dengan kata-kata 'HIKMAH' yang tersangat-sangatlah Mendalam daripada GURU MURSYID itu.

Pada Hakikatnya, berapa banyakkah Masa yang telahpun Murid itu luangkan hanyalah dengan sia-sia belaka untuk menerokai dunia luar ?

Sampaikan ia melupakan akan dirinya sendiri dan tidak sekali-kali menerokai dunia dengan sendirinya ?

"PELAJARI, FAHAMI, RASAI DAN ALAMINYA SENDIRI..."

Maka, teruskanlah menyampaikan segala Kebaikkan, sehinggalah berulang-ulang kali selagi masih turun dan naiknya Nafas kamu atau sebelum kamu tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan segala Kebaikkan demi Akhiratmu.

Tetapi, janganlah sesekali pernah terlupa untuk MEMBACA DIRI KAMU SENDIRI...

"TULISKANLAH CERITA HIDUPMU SENDIRI..."

* NOTA.

Yang CELIK betulkan Dunia Dalam, 

Yang BUTA salahkan Dunia Luar.

Yang CELIK jumpa dari Dalam,

Yang BUTA tercari-cari Diluar.

APABILA BUTA SAHAJA DIDUNIAWI TIPU DAYA YANG SEMENTARA INI, MAKA DIAKHIRAT KELAK KEKAL SELAMA-LAMANYA DIDALAM KEADAAN BUTA...

“Dan barangsiapa yang Buta di Dunia ini, nescaya di Akhirat ia akan lebih Buta dan lebih Tersesat dari Jalan”.
(QS. Al-Isra' : 72)

cpf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan