Khamis, 9 Februari 2023

DUNIA

 

Murobbina Al Alamah Sayidi Ahmad Al Hadi Al Hasani Hafizahullahu Ta'ala mengatakan maksud kalimah dunia itu daripada bahasa Arab "Daniyyun" - rendah, jadi dunia itu rendah. Dunia itu rendah kedudukannya. 

Beliau mengkisahkan; 

Apabila Nabi Adam a.s memakan buah khuldi, maka perut Baginda merasa sakit untuk buang air. Mana mungkin syurga dijadikan tempat untuk buang air. Maka diturunkan kedunia (bumi) untuk melepaskan hajat Beliau. Jibril a.s mengunakan secebis dari bulunya untuk membelah laluan buang air bagi Nabi Adam a.s. 

Menangis Nabi Adam a.s apabila yang keluar adalah najis yang berbau busuk. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang najis yang berbau busuk. 

Ibunda Siti Hawa pula apabila diturunkan kebumi, akibat makan buah khuldi, maka perutnya sakit dan keluarlah haidnya. Dunia hanyalah sekadar tempat untuk buang darah kotor. 

Iblis pula apabila dihumban keluar, maka terkencing-kencing ia dimukabumi, dan tumbuhlah dari kencingnya itu tumbuh-tumbuhan yang memabukkan, termasuklah tembakau (sekarang dibuat rokok). 

Dan daripada dunia itu, manusia berterusan bergaduh dan saling sakit menyakiti kerana berterusan merebut akan dunia, tempat yang dijadikan untuk buang air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan